Tuesday, June 30, 2015

Throwback!!!l Menjejaki Peninggalan Sejarah di Pulau Pinang

Yang ini memang entri "throwback"...kahkah
Punya lama ai kasi simpan buat perkasam dalam draft :=)
Sebab ianya agak menarik, ai kasi up jugak...
Rugi wooo tak kongsi pengalaman best2..
Apatah zaman sekarang ramai orang kita yang jenis bila melancong mesti target nak shopping walhal banyaknya tempat peninggalan sejaran yang boleh kita lwat dan kenang kembali..

Chewah,,,,

Cam mengata diri sendiri pulak...
Sebab ai giler soping kannn...

Atas kesungguhan Dedet membentuk ai agar lebih menghargai "alam & manusia" serta "sejarah malaysia"...15 tahun lamanya, laa ni baru bersungguh nak melawat tempat2 yang perempuan jarang nak terjah bila pergi melancong, hiks.

Dpendekkan sesi pengenalan yang agak merapu..

Jom layan gambar ketika kami sempat melawat yang dikatakan "Kota Jejak Warisan" Pulau Pinang..hahaha betul ke..lantak pi laaaaa...

Ada tiket kena bayar bila nak masuk tapi takdelah mahal mana...
Murah jer...
Tapi siyes ai menang ingatan kurang sikit tak hengat berapa hengget...

Kenalkan versi orang jawa Francis Light dan bini dier,

Ini adalah antara gambar pertama sebelum sesi lawatan dimulakan...
So, muka see boleh dikategorikna masih kelihatan cuns lagi...

Agak2 marah tak Lim Guan Eng, hahahahaha

Ini lah Francis Light...katanya.,.....
Zaman dulu boleh dikategorikan jejaka mat saleh yang hensem jugakler...

Lepas tu semua kena paksa dengan Dedet untuk membaca sejarah Francis Light..

Bergambar kenangan dengan Francis Light....Hahahahahaha

Anak2 ai, bab bergambar dengan wall memang dowang cukup suka...tak payah suruh bahkan menjerit sakan suh Dedet dowang rakamkan..

Ini dulu tempat perbicaraan, tempat berkumpul askar-askar penjajah..

Dari pintu masuk..
Lokap untuk pesalah...
Pakaian pesalah lebih kurang macam ni, siap ada tag nombor besar bagak macam tu..

Dalam setiap bangunan ada barang peninggalan sejarah yang boleh kita baca dan lihat sendiri.

Menariknya di setiap dinding kubu terdapat lukisan dan penerangan tentang sejarah Pulau Pinang-termsuklah cerita perang, penjajahan dan sebagainya.

Kawasan ini agak luas uollls....
Ini merupakan tangga untuk ke atas dataran yang meletakkan begitu banyak meriam lama...

Ini adalah gambar pemandangan..hahahahah
Sowie uollls, gambar bidikan my laki...ai pun tak tahu motip nya apa...

Seni pokok..hahahaha
Ok, nampak sangat markah sejarah ai cukup2 makan hahahahah

Yang buat ai kagum di sini, ialah susn atur kubu pertahanan yang telah dibina..
Bukan sahaja sangat kukuh tapi orang zaman dulu sangat idealistik dalam merangka pembinaan kubu..

Akid ini buka tandas ya...
Ini merupakan laluan sempit di kubu...

Laluan sempit ini juga dijadikan port bergambar oleh Dedet..
Motip????

Model tangga...



Ater bayangkan, zaman peperangan dulu manusia sudah mula memikirkan buat pembinaan "ala kubu bertutup" macam ini..

Ok, jangan salah paham bukan untuk tempat tinggal manusia tapi ianya merupakan tempat simpanan serbuk senjata api...

Keluasan di bahagian dalam seperti ini...

Asal boleh jaaa...boleh juga dijadikan port bergambar seisi keluarga ceria..

Ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan pelawat iaitu "Kota Cornwallis"...

Kerana di sini menempatkan banyak meriam-meriam lama yang digunakan di zaman perang..
Dan setiap meriam ini mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri..

Luas juga kwasan perletakan meriam ni..

Dan meriam ini di susun kebanyakkan mengikut yang asal iaitu megadap laut..
So ai bajet dulu meriam-meriam ni digunakan untuk tembak kapal perang...
Cam bijak kan jawapan kihhh

My fren Diyana (penghuni Pulau Pinang sejak lahir hahaha), dier citer ada kisah salah satu meriam kat situ. Meriam yang paling panjang...Ai lupa dah camana kisahnya...hahah tapi yang ai tahu sampai sekarang kononya orang lama di Penang percaya kalau nak pregnant (pompuan dah kahwin yang tak dapat anak setelah sekian lama), bolehlah peluk meriam panjang itewww...Katanya boleh dapat anak ...tapi ni semua boleh dikatakan kepercayaan tahyul....so kita takleh lah percaya sangat...huhuhu
Banyakkaannnn meriammmmmmmm....

Bergambar kenangan di lokasi meriam..hahaha aishhh


Model Afiq menggayakan pakaian jenama Bossini, seluar Gap Kids, kasut pasar malam seksyen 17

Taman peringatan ni sangat luas uolls...

Dan banyak tempat duduk disediakan buat orang yang malas berjalan seperti ai, huhu

Dah akhir entri baru ai tayang, apa yang ada di sini...
Punyalah suka sejarah kan....


Hahahahahahhahaha
Apapun, bagi orang-orang yang datang ke Penang selain daripada uolls terjah ke Muzium Trick Art 3D, kat sini sebenarnya antara tempat uolls patut terjah- belajar, menyelami dan memahami sejarah negara menerusi peninggalan artifak yang berharga...

Priceless kot!

3 comments:

Miera Nadhirah Tan said...

Hahaha... so nice... Cantik gambar gambar Ayu....

Miera Nadhirah Tan said...

Hahaha... so nice... Cantik gambar gambar Ayu....

AyuArjuna BiGoshh said...

tq miera :)