Friday, June 26, 2015

Berkongsi Pendapat Produk Kecantikan di Muffin.my

Saya telah diperkenalkan dengan satu laman web yang membuat review pelbagai produk kecantikan.Laman web http://www.muffin.my :) . Untuk pengetahuan semua Muffin.my merupakan platform terbaik dalam mendapatkan pendapat pengguna lain dan kita juga sebagai pengguna juga boleh berkongsi pengalaman tentang produk kecantikan yang pernah digunakan. 

Paling menarik Muffin.my menawarkan lebih 24,000 review produk dari 520 jenama produk kecantikan terkemuka.

Sebagai seorang wanita bekerjaya, saya sentiasa mahu kelihatan hebat dan tampil menarik setiap hari. Untuk merealisasikan ke arah itu saya sentiasa memastikan melakukan penjagaan muka setiap hari serta akan berhias mengikut kesukaan setiap kali hendak keluar bekerja.

Dan produk di atas mampu melengkapkan rutin penggunaan penjagaaan dan tatarias diri setiap hari.


Produk dari Mask House Korea ini merupakan kologen "mask" yang dipakai menutupi di bahagian dahi sekitar mata dan hidung.

Sepertimana "face mask" yang lain bentuknya, tapi untuk produk ini ianya lebih unik kerana menumpukan bahagian yang perlu diberi tambahan khasiat kologen iaitu di sekitar ruang mata dan dahi.

Agak melekit tapi saya cukup suka kerana dapat merasai penyerapan gel dan mampu meyejukkan di bahagian ruang sekitar mata. Apa yang pasti menggunakan produk ini dapat mengurangkan kerengsaan atau kepenatan mata terutama di hari-hari yang bekerja.

Selepas menggunakannya dalam 20 minit, saya terasa di bahagian mata terutamanya lebih selesa, segar, lembut dan kulit terasa lebih elastik.



Produk NEESYA - Illuminating Essence, saya gunakan setiap hari iaitu sebelum tidur dan waktu pagi.

Saya sangat suka bau "natural"nya, yang penting ianya sesuai untuk kulit saya iaitu kulit kombinasi. Memakainya pun agak mudah kerana ianya tidak melekit atau berminyak.

Hanya letak sedikit mengikut amaun yang diperlukan. Sapukan ke muka secara perlahan, dan ianya akan terus meresap ke dalam kulit muka dengan lebih cepat. Dengan keadaan setiap hari yang kering produk ini mampu mengekalkan kelembapan pada wajah :)


Bedak kompak adalah antara produk wajib yang digunakan sebelum keluar rumah. Saya memilih SILKYGIRL 01 Natural yang sesuai dengan tona kulit saya (warna kulit orang Asia). Yang penting bila saya menggunakan produk ini saya tidak perlu memakainya berkali-kali setiap hari. Pakai seklai, dan ianya tahan lama. Apatah lagi bedak kompak ini juga mengandungi pelindung matahari iaiti SPF 30/PA+++. Mudah digunakan dan warna ton dimuka kelihatan semulajadi berseri.

Pelengkap gaya saya setiap hari ialah lipstik bibir!
Dan saya memilih produk SILKYGIRL juga.
Kenapa?
Sebab lipstik mampu melembapkan bibir saya 10 jam lamanya...

Nampakkan, keunikkan lipstik ini yang mempunyai bahagian melembapkan bibir (di bahagian putih), dan warna pilihan juga sangat sesuai dengan jiwa saya :)

Sangat praktikal. Mudah digayakan. Paling penting ianya membantu menambah keserian pada wajah.

Sebenarnya terdapat banyak barangan produk kecantikan menarik yang uolls semua boleh dapatkan maklumat dengan hanya layari www.muffin.my, dan mulalah membuat carian di situ.

Semoga anda semua bertambah berseri dan jelita!

No comments: