Thursday, July 23, 2015

6 Iklan Raya 2015 Yang Mencuri Hati Saya

Seperti dalam kebanyakan perayaan, iklan di kaca televisyen sememangnya ditunggu dan mencuri pandangan saya dan keluarga. Tapi sebenarnya bila tengok yang disiar di kaca TV, kebanyakan iklan sudah dipendekkan @ disunting bagi memenuhi kehendak tayangan yang dibenarkan.

Antara iklan Raya yang menarik untuk tahun 2015 pilihan saya adalah:

Iklan dari TMNet...
Kalau ikutkan cerita sebenar iklan ni, anak gadis itu adalah seorang yang agak kedekut. Tapi apabila dia dibantu oleh mereka yang lebih susah darinya, membuatkan dirinya berfikir tentang keaplaan dirinya untuk bersikap lebih berperikemanusian dan tidak kedekut.

Antara bait kata2 yang dipetik dari iklan menarik minat saya ialah...

Orang susah lagikan memberi...
Inikan pula saya...

Orang berbudi kita berbahasa, 
Orang memberi kita merasa.....

Syarikat Petronas setiap tahun tidak pernah menghampakan kita dengan iklan2 yang ditayangkan mereka. Saya masih ingat setiap iklan arahan dari arwah sutradara terkenal Yasmin yang banyak menampilkan sifat kemanusian dan perhubungan manusia dalam setiap iklannya.


Iklan dari Bob Lokman...

Kisah seorang tua yang menjalani kehidupannya...
Sedih juga...

Kisah anak yang merindui ayahnya...

Filem pendek kisah sedih seorang anak merindui ayahnya yang dipenjarakan akhirnya terubat menjelang Hari Raya. Iklan ini agak panjang kerana soroton bagaimana ayahnya dipenjarakan sehinggalah anak ini membesar dan menunggu saat ayahnya dibebaskan.

Iklan yang suwittt...
Biasanya iklan yang dijamu pada kita terutama pada perayaan hari Raya, mesti iklan yang sedih2... Tapi dari BSN kali ni, iklan yang agak kiut dan menghiburkan.

Ianya mengenai Pengacau Raya yang hadir di rumah di Hari Raya untuk mengacau segala-galanya. Last2 pengacau ni kena kacau dodol, ekekekekek.

Paling menyentuh perasaan...
Ok, iklan ni paling WIN di hati saya...
Mula-mula saya tak paham tentang kisah apa yang ingin disampaikan, biarpun katanya ini adalah berdasarkan kisah benar, Tapi bila kita tonton sampai habis barulah kita paham.

Tentang seorang pemuda yang sudah insaf dan kesal atas kesilapan yang dilakukan. Dan peluang bertemu dengan ayahnya yang di bawah jagaan rumah orang tua, benar-benar menyentuh perasaan.

Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan setiap insan berhak untuk mendapat kemaafan.

Dan saya masih ingat iklan raya ni...
Tentang ketabahan 2 kawan baik yang ingin pulang berhari-raya untuk menemui ibu tercinta. Ahem... arwah ibu di pusara sebenarnya.

Iklan komersial walaupun penceritaan yang tidak sama tapi objektifnya adalah serupa...
Kemaafan...
Keseronokan...
Kerinduan...
Ketabahan...

Inikan RAYA...

4 comments:

mummy_ayu said...

most iklan2 tu..buat mata Ayu masuk habuk...cedih sgt..siap sedu sedan kadang2..memang menyentuh perasaan.

emalin mohd said...

Ada iklan yang dikongsikan tu saya tak tengok lagi..huhu
Tak sempat nak tengok tv musim-musim raya ni

Mama Zharfan said...

khusyuk i tgk all the ads...mostly sedey2

aimi said...

Sbb xtgk tv sgt byk xtau. Mujur byk ada kt sini. Byk menyentuh hati. :'( thanks kak ayu