Tuesday, July 7, 2015

Juadah Kegemaran Saya Setiap Kali Raya!

Hidangan lontong antara hidangan yang menjadi kegemaran saya. Dengan rasa kuah lemak dan pedas sambal, bersama sayuran seperti kubis dan tempe benar-benar membangkitkan selera, terutama bila menikmatinya dengan seluruh seisi keluarga.

Apatah lagi suasana di kampung yang mana berkumpulnya ramai ahli keluarga, sememangnya begitu ketara kemeriahannya. Pada kebiasannya kami adik-beradik akan mula berkampung di rumah mak dan masing-masing akan bergotong-royong menyediakan hidangan raya. Paling tidak lupa sambal pedas yang dimakan bersama lontong yang disediakan oleh mak! Sememangnya benar-benar memberi rasa yang begitu "kick" menjadikan lontong kami begitu istimewa rasanya.
Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan #mameechefflontong. Mee segera ini adalah hasil idea dan kreativiti resepi asli yang dihasilkan oleh Chef Ismail. Menurut Chef Ismail, beliau mengambil masa yang lama untuk menghasilkan resepi lontong terbaik dengan menggunakan mi tarik asli.

Hasil resepi yang berjaya dihasilkan, seterusnya dibuat penyelidikan sehinggalah terhasil #mameecheflontong keluaran Mamee Chef. Apa yang menarik tentang mee ini, rasa dan tekstur hidangan tidak sama seperti mana-mana mee segera. Ianya seperti mee tarik yang dimasak bersama kuah lontong secara tradisional. Serius sedap!!!
Didatangkan dalam paket eksklusif samada berbentuk pek mahupun cawan.
Penyediannya sangat mudah...
Hanya masukkan semua bahan...
Dan siap untuk dimakan. Untuk lebih rasa kepedasan, saya tambah 2 cili api :)
Menikmati #mameecheflontong dengan penuh teruja,
Mampu mengembalikan nastolgia hari raya!
Mi tarik yang istimewa,
#mameecheflontong ternyata istimewa!

Dan kini jika kita nak menikmati lontong, tak perlulah tunggu pagi syawal atau di acara istimewa. Dengan adanya #mameecheflontong segalanya mudah untuk disediakan, dan paling penting rasanya dan kesedapannya kekal sama seperti menikmati hidangan lontong yang dimasak secara tradisional.

Keterangan lanjut mengenai #mameecheflontong boleh layari, https://www.facebook.com/mymameechef

Nyummehhhh...

4 comments:

Illy Ariffin said...

cili padi memang pergh side kick front kick haahahaha :)

Mia said...

Bestnya makan lontong. Dah ada yang segera, boleh la makan selalu.
hehe
Salam ziarah dan salam lebaran

Azieera TajulRahim said...

Hi, singgah bw #mameecheflontong!
Jemput singgah link
http://satujanjikita.blogspot.com/2015/07/lontong-dan-raya.html

Mama Zharfan said...

terliur la plak