Katakan YA! Untuk Pengalaman Berharga Bersama Friso Gold

Anak adalah anugerah terindah buat kita. Anugerah yang diamanahkan untuk kita jaga, besarkan dan berikan mereka sepenuh kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi.
Setiap anak mempunyai kecenderungan dan minat yang tersendiri. Walaupun adakalanya, ianya menuntut pengorbanan masa dan wang ringgit. Tapi demi keinginan anak, kita cuba berikan.
Proses pembesaran anak juga tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti luar mereka. Mereka gembira bermain, melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama adik-beradik mahupun rakan-rakan seuia mereka yang lain.
Anak-anak yang comel...
Anak-anak yang membesar sihat...
Anak-anak yang suka bermain...

Dan kita sebagai ibu-bapa perlulah berikan mereka yang terbaik!
Antara yang terbaik :)
Susu FRISO GOld yang merupakan jenama susu tepung rumusan yang menyokong sepenuhnya buat ibu-ibu di Malaysia dengan menagatakan YA! pada pengalaman. Demi menggalakkan anak-anak untuk dapat belajar menerusi pengalaman dan penemuan dengan perkara di dunia luar mereka, terutama melakukan aktiviti di luar rumah :)
Satu sidang media telah diadakan bagi melancarkan kempen YES EXPERIENCES! telah diadakan dan ianya telah dihoskan oleh Serena C yang ceria...

Kempen yang bertujuan untuk menarik minat lebih ramai ibu-ibu di Malaysia untuk berkata YA! Pada setiap pengalaman yang anak-anak inginkan, membenarkan mereka menerokai dunia kegembiraan merekan. Ini kerana Friso Gold percaya kanak-kanak akan belajar banyak perkara positif melalui pengalaman menarik yang telah mereka lakukan.

Secara tidak langsung anak-anak kita akan membesar dengan lebih yakin dan menjadi insan yang serba-boleh!

Dalam pelancaran media itu juga, 2 tayangan video tentang 2 ibu hebat berkongsi tentang pengalaman mereka memenhuhi permintaan yang munasabah dari anak yang dikasihi.
Liz Yahaya seorang jurutera dan juga mommy blogger yang mempunyai 2 anak lelaki tampan berkongsi tentang dirinya sebagai seorang ibu yang sangat "protective".
Tidak pernah membayangkan anak-anaknya memelihara haiwan perliharaan, dek kerana bimbang tentang faktor kebersihan dan kesihatan. Tapi apabila beliau mengatakan YA! dengan membelikan seekor arnab untuk anak sulungnya Aiden, ternyata ianya memerikan pengalaman baru dan bermakna buat diri dan anaknya. Paling ketara sikap bertanggungjawab Aiden begitu terserlah sejak memelihara arnab di rumah.
Personaliti tv terkenal Low Ngai Yuen yang merupakan seorang hos rancangan TV dan juga penerbit filem turut sama berkongsi pengalamannya. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya sibuk, masa bersama dan waktu membesarkan anak adalah sangat mencabar dirinya.
Apatah lagi setiap anaknya mempunyai keinginan pengalaman baru yang berbeza, bermain dalam hujan contohnya dapat membantu mengatasi masalah anaknya Zi Yi yang sangat takutkan air. Begitu juga keputusan memelihara anak anjing yang comel. Biarpun beliau agak takut pada mulanya tapi melihat kesungguhan anak-anaknya yang besar menjaga dan bermain dengan haiwan perliharaan mereka, akhirnya Low Ngai Yuen akur yang beliau perlu sentiasa ada sikap YA! pada pengalaman baru buat anak.

Kelihatan terpancar betapa anak-anak kesayangan Low Ngai Yuen begitu gembira apabila ibu mereka sentiasa menyokong keinginan mereka untuk merasai pengalaman baru.
Sesi temuramah bersama Dr. Khoo Phaik Choo (Konsultan Paedetrik), Low Ngai Yuen (personaliti TV), Liz Yahaya (Jurutera dan mommy blogger) serta Ms Loo Mei Fong (Pakar Nutrisi dari Dutch Lady).

Menerusi diskusi penerangan tentang keperluan imunisasi yang diperlukan anak, antaranya seperti nutrien penting B6 & C, GOS, Zink dan DHA yang boleh diperolehi dari FRISO GOLD. Secara tidak langsung ianya sangat membantu ketahanan semulajadi badan kanak-kanak agar membesar sihat dan ceria.

Contoh aktiviti luar yang boleh dilakukan oleh ibu dan anak-anak...
Hasil idea/cadangan beberapa mommy blogger yang terlibat dalam projek ini.
Antaranya...
Bermain alatan muzik di luar rumah...
Memang seronok!
Bermain bola sepak...
Lontaran bola...

Dan, untuk ibu-ibu yang mahu turut sama berkongsi pengalaman mereka melakukan aktiviti luar bersama anak, bolehlah layari...

 -laman web www.frisogold.com.my/yestoexperiences bermula 6 Ogos 2015
- boleh cuba aktiviti yang ada dalam web @ berkongsi idea anda bersama ibu-ibu lain
- menghantar gambar-gambar pengalaman ibu dan anak sekaligus berpeluang menebus serta-merta hadiah-hadiah/ganjaran esklusif...

"Pengalaman, tidak kira besar atau kecil boleh memberikan memori kekal, memupuk kemesraan dan yang paling penting membantu si manja kecil untuk belajar baru. Namun hanya apabila si manja kita kuat dari dalam, barulah dia mampu untuk menerokai segala penagaman baru bersama kita ibunya dengan sepenuhnya."
Kata-kata dari Ms Wong Vai Chi, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries.

Jom YA! Pada Pengalaman Baru Buat Anak Kita!!!!

Katakan YA! Untuk Pengalaman Berharga Bersama Friso Gold Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 30, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.