Saturday, July 4, 2015

"Meriahnya Syawal" di 1 Utama

Kehangatan rakyat Malaysia untuk menyambut hari lebaran sememangnya semakin hari semakin terasa. Kemeriahan turut dapat dirasai apabila kita mengunjungi pusat membeli-belah seperti 1 Utama yang turut sama mengadakan pelbagai promosi, memberi sentuhan dekorasi ala suasana hari-raya serta pelbagai aktiviti sepanjang bulan ramadan.

Bertemakan "Meriahnya Syawal", 1 Utama telah memperkenalkan suasana kampung yang agak unik dengan gaya tersendiri. Bukan sahaja kita akan dapat lihat pelbagai props seperti rumah kampung, pasu-pasu bunga seperti yang terdapat di rumah desa, peti surat dan sebagainya. Bahkan sepanjang kita berjalan, kaki kita akan memijak rumput hidup yang bertanah seolah kita berjalan sekeliling kampung.

Rumah kampung bertangga batu, 
Seni ukiran yang bermutu,
Unik dan "rare" untuk zaman alaf baru,
Sesuatu yang harus di kenang ke anak cucu :)

Berkelip-kelip lampu lip-lap..
Menceriakan suasana agar tidak malap...

Skuter ini adalah "legend", nampak klasik apatah lagi ianya diparkir di hadapan rumah kayu bertangga batu :)

Pengunjung 1 Utama, bukan sahaja boleh mencuci mata dengan melihat seolah keindahan suasana kampung di dalam kompleks membeli-belah. Bahkan, kita juga boleh mendapatkan pelbagai juadah, biskut-biskut raya dan macam-macam lagi keperluan untuk menyambut aidilfitri di sini.

Antara lain;
 Di Booth Creation, yang menawakan pelbagai biskut tradisional yang masih digemari iaitu biskut tart,semperit, suji dan macam-macam lagi.

 Di booth Magnifique, variasi biskut raya moden diperkenalkan. Saya paling tertarik dengan karamel almond, dan juga biskut pelangi yang berwarna-warni.

 Pastiya, biskut "homemade" antara yang mencuri tumpuan pengunjung :)

 Di booth Ari delight, kita boleh dapatkan kuih "batang buruk" yang sememangnya agak sukar untuk didapatkan di tempat lain..



 Dan banyak lagi booth-booth yang menjual pelbagai jenis biskut raya..



 Bagi yang rindukan juadah di pagi raya. Boleh dapatkan segala macam rendang berserta rendang dan lemang di sini.

 Terdapat rendang daging dan ayam..

 Serunding dan dodol...

 Lemang dan kuih pelita pun ada!!

 Penyejuk tekak dengan ais krim sangkaya ya :)

Selain daripada juadah makanan dan biskut, di kawasan legar ini terdapat booth yang menawarkan pelbagai perkakasan barangan elektrik. Ini termasuklah ketuhar, oven dan sebagainya.

Berdekatan dengan kaunter "customer service" di level G, turut kelihatan beberapa peragaan baju raya dengan rekaan terkini dari beberapa butik yang terdapat di 1 Utama.

Mencari inspirasi berpakaian sedondon...

Sememangnya jubah juga antara pakaian yang menjadi trend untuk dipakai di pagi raya pada tahun ini.

 Selain dari kita membeli-belah di sini, kita juga boleh melihat pelbagai demonstrasi masakan dan menyertai pebagai aktiviti yang disediakan. Contohnya, ketika saya berada di sini, saya berkesempatan melihat Chef Sherson Lian (chef yang popular terlibat dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa di TV3)
 Oh ya, saya dapat pelajari cara menyediakan nasi dal bersama ayam percik dari Chef Sherson.

Kelly bersama hidangan istimewa yang disediakan oleh chef. Pastinya saya akan mencuba membuatnya untuk hidangan hari raya nanti.

Meriahnya Syawal di 1 Utama sememangnya terasa. apatah lagi terdapat banyak kedai dan butik yang menawarkan promosi jualan Hari Raya. Dan antara kedai dan butik yang sempat saya terjah adalah:

Di sini, saya mencari baju santai untuk dipakai ketika menziarahi sanak-saudara..

Pakaian buat anak-anak tercinta...

Baju buat suami...

Memang rambang mata ketika hendak memilihnya..
Baju kurung moden warna coklat atau biru laut ...hmmmm

Juga tidak dilupakan barangan dekorasi untuk rumah. Banyak sangat pilihan di 1 Utama!

Maskot 1 Utama sempena "Meriahnya Syawal" yang super cute :p

Bagi pemegang kad keahlian ONECARD, yang datang berbuka di outlet F&B ONECARD yang terpilih (senarai di atas), turut boleh menikmati ganjaran 3X UPoints. Antara outlet F&B yang terlibat seperti Absolute Thai, Sushi King, TGI Friday, Secret Recipe, Pizza Hut dan banyak lagi.

Untuk paparan aktiviti lebih jelas sepanjang kempen "Meriahnya Syawal" di 1 Utama..

Buat ahli ONECARD dan juga pemegang kad Maybank, ada hadiah percuma juga menanti anda. Dan keterangan lanjut boleh rujuk pada gambar di atas.


Carian lebih lanjut boleh klik : 

Facebook: fb.com/1Utama
Instagram: @1Utama
Twitter: @1UtamaOfficial
WeChat: 1Utama

Meriahnya syawal di 1 Utama,
Jom ke sini  berbelanja sakan untuk Raya!

1 comment:

Mama Zharfan said...

waaa tak tahu pun ada butik fyi kat 1utama...my fav brand tu!! so far beli bj2 fyi kat parkson jer