Monday, August 3, 2015

DISNEY JUNIOR LANCARKAN PERADUAN BARU – ‘MILES FROM TOMORROWLAND: THE SEARCH FOR DISNEY JUNIOR’S SPACE ADVENTURES’

Hari yang ceria, hari yang bahagia. Chewaaaah...
TQ for inviting us, ya!
Hari Sabtu minggu lepas, dalam kesibukan kami seisi famili ke sana ke mari dek undangan beberapa jemputan rumah terbuka, sempat juga kami berkunjung ke Petrosains KLCC bersempena dengan Tayangan Perdana Siri Animasi terbaru dari Disney Junior.

Siri animasi ‘MILES FROM TOMORROWLAND: THE SEARCH FOR DISNEY JUNIOR’S SPACE ADVENTURES’ akan berdurasi lebih kurang 30 minit dan akan mula ditayangkan di Disney Junior bermula 17 Ogos 2015  pada jam 9 pagi.
Selain daripada acara santai di mana kami berpeluang menonton bersama blogger dan keluarga mereka di atas "bean bag" yang empuk dan kalerful, terdapat juga pelbagai aktiviti disediakan buat anak-anak yang hadir ke tayangan tersebut. Antara lain ada acara mewarna, membuat topeng dan macam-macam lagi.
Dan paling seronok, apabila anak-anak ini dapat menonton rancangan animasi yang ditayangkan sambil menikmati juadah hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur, nyummmehhhh!!
Gambar animasi ini sangat cantik dan menarik.
Paling penting isu yang ingin disampaikan dalam siri ini mampu mendidik anak-anak ke arah menjadi lebih positif dalam kehidupan dan juga elemen kekeluargaan yang sangat kuat dalam setiap penceritaan.
Animasi ini adalah berkisarkan tentang keluarga Callisto yang terdiri dari ibunya seorang Kapten kapal, Phoebe,  Ayahnya bernama Leo jurutera mekanik, kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baiknya adalah Merc sebuah ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. 
Animasi ini akan memperlihatkan kita bagaimana pengalaman keluarga ini mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan iaitu "ikatan keluarga".  

Antara trademark perkataan yang sering dilontarkan dalam animasi ini:-

“Blastastic!”
“Superstellar!”
“Galactic!”
“Let’s rocket!”

Comel, kannnnnnnnnnnnnnnnnn...
 Am I "Blastastic!” or “Galactic!” mummy?
  “Oh Ameer, you're my super cutie energetic"
Dan untuk pengetahuan semua ya, bersempena dengan pelancaran siri animasi ini, satu pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ telah dimulakan di seluruh Asia Tenggara! 

Ianya terbuka untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun untuk mencipta Starjetter mereka sendiri (seperti kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas). Dan kita juga boleh membawa keluarga untuk mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula yang 1 Ogos 2015 untuk menyertai pelbagai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!


BAGAIMANA NAK SERTAI: 

Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang mengandungi beberapa helaian aktiviti menyeronokkan. Dan terdapat juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. 

Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini--------------Pehhhhhhhhhhhhhhh

**********
Ahem... Sambil-sambil beraktiviti "Miles from Tomorrowland" di Petrosains, boleh juga uolls dan keluarga belajar dan beraktiviti tentang dunia sains dan alam di sini. Macam anak-anak saya...
 Ada dinasour...
 Belajar sains dalam kehidupan...
Jadilah kreatif dan kritis... Dan banyak lagi.....

**********
Jangan lupa ya uolls...

Peraduan ini bermula dari 17 Julai 2015 hingga 14 Ogos 2015. 
Tayangan perdana siri baharu bermula 9 pagi, 17 Ogos, Isnin,  dan disiarkan setiap Isnin 9 pagi. 

Apapun “Let’s rocket!” with “Superstellar!”

5 comments:

Shazana Mhd Sobri said...

tq for sharing. menarik

Shazana Mhd Sobri said...

tq for sharing. menarik

mummy_ayu said...

best!! nampak Ayu hari tu tapi tak sempat nak tegur..

Salina Johari said...

warghhhh...nak gitau Khalish la...

AyuArjuna BiGoshh said...

shazana- mmg menarik :)

mummy ayu- laaa...ya ke...tu lah hr tu mmg kelam kabut huhu

salina- habaq...jangan tak habaq hehehe