Jom Kita Sertai Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia...

Lifetime membawakan jelajah MasterChef Asia edisi sulung dan set dapurnya yang ikonik ke Malaysia!


Saksikan sendiri set dapur MasterChef Asia yang ikonik dan temui juri-juri dan peserta-peserta yang mewakili Malaysia dalam rancangan masakan yang terhebat! Pada bulan Ogos ini, kenali mereka dengan lebih dekat lagi di acara terbuka di Mid Valley Megamall dan sertailah jelajah MasterChef Asia yang julung kali diadakan.

Maklumat lanjut: 

Pameran Dapur MasterChef Asia
Tarikh : 19 hingga 23 Ogos 2015, Rabu hingga Ahad 
Masa   : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah
Info          : Sebagai bonus tambahan, saksikan penampilan tetamu istimewa selebriti Datuk Chef Fazley Yaakob yang akan mengadakan demonstrasi masakan di lokasi yang sama pada hari-hari tertentu!

Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia
Tarikh    : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa     : Dari 12 tengahari
Tempat  : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah

Bermula 12 tengahari pada 22 Ogos, Sabtu, para peminat MasterChef berpeluang menyertai sesi beramah mesra bersama para juri MasterChef Asia yang pertama, Susur Lee, Bruno Ménard dan Audra Morrice; dan juga peserta-peserta dari Malaysia Jasbir Kaur, Marcus Low dan Sophia Zulkifli. Namun bukan itu sahaja – MasterChef Asia tidak akan lengkap tanpa Mystery Box Challenge! Saksikan cabaran memasak yang mendebarkan secara langsung di mana Jasbir, Marcus dan Sophia akan bertarung di hadapan penonton, dan saksikan bagaimana para juri menilai prestasi mereka. Tunggu dan lihat apa yang mereka bakal sajikan!


Jom Kita Sertai Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 19, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. wow! i suka tengok rancangan Masterchef .. yang ni wajib tengok ni..

    ReplyDelete
  2. rancangan feveret aida ni :)
    apapun masterchef, mesti tgk :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.