Monday, August 24, 2015

Keseronokan Kanak-Kanak Bermain Sambil Beraktiviti di Star Light Kids

Anak-anak sememangnya sangat suka bermain. Dengan bermain mereka bukan sahaja boleh menikmati zaman keseronokan dalam usia mereka sebagai seorang kanak-kanak, bahkan ianya mampu memberikan impak positif dalam diri mereka. Kanak-kanak yang bermain mereka akan melakukan perlbagai aktiviti melibatkan fizikal, pergerakan otot dan merangsangkan daya berfikir. Jika mereka bermain dalam kumpulan, mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain...

Selain daripada beraktiviti di luar rumah, kanak-kanak juga boleh beraktiviti dalam kawasan tertutup seperti didalam kompleks membeli-belah. Yup! tidak dinafikan berkunjung ke pusat membeli-belah bersama keluarga memang antara aktviti yang digemari olah masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Cuba bayangkan bila kita berada di bawah satu bumbung, pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan selain daripada pergi shopping dan makan-makan satu keluarga.

Dan yang terbaru di pusat membelah-belah di  Avenue K, kita boleh membawa anak-anak kita bermain di STAR LIGHT KIDS, "indoor playground" yang mempunyai keluasan sehingga 5,500 kaki persegi keluasannya.

Berkonsepkan seperti berada di dalam sebuah kapal angkasa lepas, STAR LIGHT KIDS bukan seperti taman permainan biasa yang kita boleh didapati di mana pusat membeli-belah. Malah ianya jauh lebih hebat. Ini kerana STAR LIGHT KIDS turut menyediakan pelbagai aktiviti/program menarik yang dirancangkan setiap bulan yang boleh kita sertai sekali.

Saya dan anak-anak berkesempatan menghadiri majlis pembukaan STAR LIGHT KIDS pada hari Sabtu yang lepas. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan hari pembukaan.

Antaranya..
Face Painting!
Ini antara aktiviti yang My Amani memang suka sangat...

Corak di muka yang dipilih untuk hari kejadian...
Suwitttt sangat :)

My Ameer dengan trademark SUPERMAN...
Alololololo....

Ada "Kids Paper Sand Art"...

Ada photobooth....
Untuk bergambar sponton sebagai kenang-kenangan...

Kelibat beberapa selebriti juga memeriahkan acara pembukaan. Antaranya Zahid AF bersama anak dan isteri, Allysa (ana Erra FAzira) bersama ayahnya Tengku Emran..

Pak Nil juga ada :)

Sasha Saidin bersama anaknya juga ada....

STAR LIGHT KIDS diusahakan secara bersama 3 adik-beradik iaitu Shaz Lydia, Shaz Elanie dan Shaz Elyza.
Pembukaan STAR LIGHT KIDS dengan bermatlamat untuk menyediakan tempat permaianan kanak-kanak yang selamat untuk bermain, belajar, bersosial dan melakukan aktiviti indoor.

Selain itu, berada di STAR LIGHT KIDS adalah salah satu aktviti ideal bersama keluarga- di mana pesekitaran yang mesra untuk seisi keluarga berlibur bersama.

Terdapat pelbagai fasiliti permainan yang disediakan di dalam STAR LIGHT KIDS...
Antaranya seperti taman permainan, ball-pit, ball-blasting arena, trampolin dan pelbagai lagi.

Trampolin!!







See, my cheeky Ameer!

Yang menjadi tumpuan mak ayah juga...Ball-Blasting Arena




Terdapat juga fasiliti lain di STAR LIGHT KIDS....
Menerusi pintu kabin ini...

Ianya akan membawa kita samada ke Kabin 1 ataupun tandas...

Terdapat tandas untuk lelaki dan juga perempuan...

Di tandas perempuan ada diseiakan kemudahan untuk menukar lampin bagi mereka yang membawa bayi ke sini.

Di Kabin 1 terdapat tempat untuk beraktiviti. Oh ya! STAR LIGHT KIDSs juga akan mengadaka pelbagai aktiviti/program yang melibatkan kanak-kanak dan ibubapa. Antaranya seperti Zuma & Yoga untuk ibu-bapa,"urban gardening", kelas menari dan pelbagai lagi. Seronok bukan??

Jika anda hendak mengadakan kelainan pada majlis hari jadi anak anda. Sepertinya menyambut hari jadi bertemakan "spaceship" dan sebagainya. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan "Personalized Party Packages" daripada STAR LIGHT KIDS.

Setiap pengunjung yang ke sini perlu memastikan keadaan mereka benar-benar sihat. Mereka akan dipastikan bebas daripada demam (suhu badan akan diambil), harus memakai stokin ketika bermain dan tangan akan dibersihkan dengan "hand sanitizer" sebelum dibenarkan menggunakan fasiliti permainan yang disediakan.

Kemudahan menyimpan kasut di rak juga ada disediakan.

Terdapat 2 servis yang ditawarkan oleh Star Light Kids:-
- Per-Entry (ibubapa/penjaga boleh menemani anak didalam)
-Drop & Shop (ibubapa tidak perlu menemani tetapi ada syarat2 yang perlu dipatuhi)

Ok jangan lupa terjah uoolls...
STAR LIGHT KIDS
L2-14A, Level 3,
Avenue K,
Jalan Ampang, 
Kuala Lumpur
03-21818687

Dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 8 malam :)

Untuk keterangan lanjut boleh layari :


8 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya!!!

IQ = Iez Qis said...

wah, sangat menarik! kalau anak dah lahir dan besar nanti nak bawak ke sini! =)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

seronok jugak nampak tempatnya

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- mmg menarik :)

Iez- jangan lupa bawa :)

Ila- mmg seronok :)

mummy_ayu said...

wah..menariks tu!!

AyuArjuna BiGoshh said...

mummy ayu- memang menarik :)

adianiez AIDA said...

wow! terbaik ni.
semakin byk pusat hiburan berilmu mcm ni utk anak2 ekk.
bagus bagus :)
tq for sharing...

AyuArjuna BiGoshh said...

aida :)