Menikmati Hidangan BENTO Halal di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

konnichiwa 
ohayoo gozai masu 
 o genki desu ka ? 
Tiba-tiba ajer kan....
Hahahahah...
Berpeluang merasai sendiri kehebatan makanan yang cukup popular di Jepun sememangnya mengujakan! Dengan konsep ala rumah di Jepun, dekorasi tumbuhan hijau segar serta pelbagai seleksi menu halal hidangan Jepun menjadikan Restoran Jepun Agehan yang terletak di Hotel Grand BlueWave Shah Alam ini harus dikunjungi.

Yang menariknya hidangan BENTO yang ditawarkan di sini telah memperolehi sijil HALAL daripada pihak JAKIM. Untuk pengetahuan semua, harga set ditawarkan adalah dari serendah RM42+  (set normal) sehingga RM65+ Untuk set executive).

Hidangan yang disediakan dalam set ini semuanya menggunakan bahan mentah yang segar. Di masak dengan teliti mengikut kaedah tradisional.

Antara set BENTO yang ditawarkan:-







Jadi kita boleh pilih, jenis hidangan BENTO yang kita gemari :)

Saya sendiri telah mencuba keenakan salmon teriyaki....
Yang mengabungkan ikan salmon, ayam dan juga hidangan laut yang lain, dimakan pula dengan nasi (dari beras Jepun) yang enak.

Memang terbaik!!!
Untuk makluman semua Agehan Japanese Restaurant’s di Level 1A  Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Dibuka setipa hari dantara 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Restoran ini kemudiannya beroperasi semula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.


Ada perkhidmatan penghantaran sekitar kawasan Shah Alam. Jika permintaan pernghantaran dari luar Shah Alam seperti Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang , terdapat bayaran tambahan akan dikenakan.

Promosi BENTO ini akan berakhir pada 30hb November 2015.



Keterangan lanjut boleh layari FB Hotel Grand BlueWave ataupun hubungi di talian 3-5511 8811 ext 2723 , 2724 dan 272
Grand BlueWave.

Selamat BerBENTO!

Menikmati Hidangan BENTO Halal di Hotel Grand BlueWave Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 27, 2015 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.