Sunday, August 2, 2015

PNKids Gummies Pasti Menjadi Kegemaran Kanak-Kanak

Kehidupan kanak-kanak hari ini sememangnya sangat aktif dan mereka sangat memerlukan sokongan imunisasi terbaik!

Dengan pembelajaran sekolah setiap hari, aktiviti bersama rakan, bermain dan juga waktu mengulangkaji pelajaran yang padat sememangnya memerlukan tubuh badan yang sihat dan pemikiran yang cerdas. Badan mereka memerlukan banyak tenaga dan pada masa yang sama badan mereka juga perlu sentiasa sihat dan sukar untuk dijangkiti kuman. Tidak dinafikan selain daripada hidangan seimbang yang anak saya ambil setiap hari, kadangkala mereka juga ada menikmati makanan yang berlebihan gula ataupun garam (kudapan ringkas). 

Jadi sebagai ibu saya harus memastikan keperluan nutrisi setiap hari buat anak saya cukup dan saya juga pelu mencari alternatif makanan sihat bagi mengimbangi pemakanan yang mereka ambil setiap hari.
Dijemput menghadiri pelancaran GUMMIES PNKids yang kaya dengan vitamin dan mineral sememangnya sangat dinantikan oleh saya. Melihat sendiri secara dekat "GUMMIES" ini terutama dari segi khasiat dan kebolehan membantu perkembangan pertumbuhan kanak-kanak sangat membantu buat ibu yang mempunyai anak yang pelbagai ragam dalam memilih hidangan makanan yang diinginkan setiap hari.
Untuk pasaran Asia, Singapura merupakan negara pertama produk ini dilancarkan. Dan kini PNKids sudah mula dipasarkan di Malaysia. Terdapat 6 jenis produk GUMMIES PNKids yang ditawarkan dan masing-masing mempunyai khasiat, vitamin dan mineral yang tersendiri. Ini bergantung kepada keperluan dan kesesuaian kanak-kanak itu sendiri.

PNKids gummies  tidak mengandungi:
  • Laktos
  • Gluten
  • Soya
  • Kekacang
  • Gelatin
  • Pengawet
  • Pewarna Tiruan
  • Perasa Tiruan
  • Telur

Yang menariknya, GUMMIES PNKids ini didatangkan dalam botol yang mengandungi 60 biji kapsul GUMMIES yang sesuai untuk kanak-kanak seusia 2 tahun ke atas.

Antara yang menarik perhatian saya :)
Untuk kanak-kanak lelaki.
Untuk kanak-kanak perempuan.

GUMMIES  Boys dn Girls -yang menyokong kanak-kanak membesar dan boleh mengelakkan mereka daripada mengalami kekurangan vitamain dalam badan.

Harga yang ditawarkan:
PNKids Boys - RM55.80/RM58.60 (EM)
PNKids Girls - RM55.80/RM58.60 (EM)
OMEGA 3 DHA - Buat anak-anak yang cerewet dengan bau hanyir dari minyak ikan, GUMMIES ini sangat disyorkan ya. Ianya kaya dengan DHA, EPA dan Omega 3. 

Harga yang ditawarkan: 
PNKids Omega 3 DHA - RM72.50/RM76.10 (EM)
CLEAR- kaya vitamin A,D,E,C dan B12, Iodin, Asid Folik dan Asid Panthonik. Yang mana kita sedia maklum vitamin A bagus untuk kesihatan mata dan juga membantu dalam mengekalkan kulit sihat. Manakala Asid Folik penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Harga yang ditawarkan: 
PNKids Clear - RM69.80/RM73.30 (EM)
GUMMIES GROW - kaya dengan Kalsium yang sangat membantu untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta kaya dengan Vitamin D yang sangat membantu penyerapan Kalsium khasnya ke dalam badan.

Harga yang ditawarkan: 
PNKids Grow - RM60.40/RM63.40 (EM)
VITAGEST - pelbagai campuran khasiat buah dan sayuran (antaranya seperti bayam, timun, saleri, parsley, nenas, epal hijau, pear, kiwi, passion fruit dan lemon) dan juga GUMMIES ini  kaya dengan vitamin C.

Harga yang ditawarkan: 
PNKids VitaGest - RM65.00/RM68.30 (EM)

Oh ya, informasi untuk semua bermula 29 Julai 2015- 2 Ogos 2015 (hari ni hari terakhir) bertempat di Old Wing One Utama berlangsungnya pameran bergerak PNKids dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan harga yang ditawarkan serta varians PNKids ini juga jauh lebih murah yang bakal ditawarkan di pasaran.

Antaranya bila berada di sini boleh beraktiviti di booth-booth di bawah...
Terdapat juga photobooth mengambil gambar, face painting dan macam-macam lagi.
Harga yang ditawarkan sempena dengan pameran bergerak.
Memang berbaloi sangat uollls...
Terdapat juga promosi yang menarik yang ditawarkan. Memang besh!

Untuk mendapat GUMMIES PNKids jangan lupa untuk terjah gedung farmasi utama di seluruh Malaysia. Dan untuk mendapat keterangan lanjut boleh hubuingi:-

Kinsmedic Sdn Bhd
9-2, WismaFiamma,
No. 20, Jalan 7A/62A, 
Bandar Manjalara 52200
Kuala lumpur
Customer Careline : 1300-88-8848
Laman web : www.pnkids.com.my

Gummies enak kanak-kanak suka,
Pemakanan terbaik, kesihatan terpelihara!

No comments: