Saya dan Afiq Menunjukkan Skill di Pertandingan Memasak Junior Chef Nestum

Berentap di acara adalah satu perkara yang mengujakan. Apatah lagi dari beratusan penyertaan yang mengambil bahagian, kita terpilih salah seiorang 8 finalis.


Seawal pukul 8.30 pagi, kami sudah berada di sini - Bagus Bakeri Kota Damansara. Seperti yang kita semua sedia maklum, Bagus Bakeri ni menawarkan pelbagai bahan masakan/ramuan untuk "baking" dan "bakeri". Yang menariknya bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan barangan bahkan harga yang dijual sangat berpatutan. Patutlah kedai ni glamer untuk mereka yang membuat biskut, pastri dan kek!

Di hari kejadian pelbagai aktiviti yang berlangsung di sini. antaranya kita akan lihat "truck" Nestum yang menjual beg berisi barangan Nestum dengan harga berbaloi iaitu RM20. *didalam setiap pek terdapat barangan Nestum dan Nestle.

Dan setiap pembelian pek juga membolehkan kita membuat cabutan bertuah (memusing roda hadiah) bagi mendapat tambahan hadiah Nestle.

Ok, ada props juga boleh bergambar....

Hadiah-hadiah yang ditawarkan...
Jeng...jeng..jeng...
Tapi hamper adalah untuk juri jemputan yang hadir ya...


Siyes...
First time saya join pertandingan memasak yang melibatkan ramai juri--8 orang tau!!1
Hahahahahaha...
Ada 2 chef mengikut kepakaran..selainnya dari pihak Astro, Global Station Network, Nestle dan juga Bagus Bakeri....(big boss semuanya ni heheh)

Ekceli saya lupa dah nama masakan saya ni...erkkk nama panjang dierler...
Cuma sebab masa join peraduan di FB ni, rasanya kita perlu kongsikan satu resepi sempena ramadhan yang kita gemar menyediakan bersama anak-anak kita...

So, saya memang buat ala bergedel @ meatball (sebab kurang penggunaan kentang)...
Cuma kelainannya ianya lebih berkhasiat sebab saya masukkan "nestum" sebagai salah satu bahan utama. Dan juga saya salut "bergedil istimewa" saya bersama Nestum. Jika bergedil digoreng dengan suhu kepanasan yang sesuai dan minyak yang berpatutan--ianya akan ranggup gitu....

Silalah cuba makan dengan kuah soto!!
Fuyooooh, memang ada kick..
Atau boleh dijadikan kudapan ringgan pada waktu senggang :)


Ambil mood sebelum memasak...
Saya memang "relax" jer...
Walaupun ada up status dalam FB "harapku satu ajer, janganlah dapurku terbakar!" -hahahaha..

Since, bila melibatkan masakan daging dan kentang...
Saya tak beranilah amik risiko terus uli jadikan doh dan goreng...
Apa yang saya buat...
Rebus sekejap kedua-dua bahan ini....

sebab dalam sebarang pertandingan memasak...
Paling penting masakan tu kena masak!
Kalau tak masak, memang juri tak berani rasa pun....kannnn

Lepas dah siap masak, kami juga dikehendaki membuat persembahan dengan menerangkan hidangan yang disediakan. Hokeh, memasing semuanya membijak di sini. Memang kelakar rasanya.

Tapi saya memang salute pemenang hadiah GP, bukan sahaja platting hidangan yang disediakan memang menarik, pada masa mempersembahkan hidangan beliau siap bernyanyi lagi. Pehhh memang sporting!!

Ok, harap maap...
Gambar semasa saya dan Afiq memasak..
Begitu juga gambar hidangan dah siap...
Lupa nak amik...

Kena tunggu pihak Nestum upload gambar kitaorang kat FB (errk kalau ada, kihkih)

Untuk acara ni juga peneraju drama bersiri Karipap & Strawberi juga di jemput..
Cuma artis kanak-kanak sahaja ya...
Antaranya Rykarl, Jelita dan Mia Sara (Mia tiba lewat atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan)..


Hanya satu hadiah utama dan semua peserta mendapat hadiah saguhati. Not bad uolls...dapat barangan yang dibawa balik set tupperware valuenya lebih RM500...Chantek sangat...

Untuk hadiah utama ada satu hadiah tambahan iaitu dpat pakej bercamping di Janda Baik. Wahhh ni kalau saya dapat, memang percutian yang di idamkan oleh my laki...Ahem, my laki kan jenis yang cuka bercuti2 ala macam ni "adventure" katanya!!

Dan ini adalah pemenang utama....
Rasanya masakannya dinamakan "Krabi Patties"...tapi berinspirasikan kartun Sponge Bob :)

Peserta pertandingan bersama juri dan artis jemputan...
Hahahahaha...
Kelakar pulak tengok gambar ni....
Ada yang selfie, ada yang bertegur sapa, ada yang mengucapkan tahniah...
Adatler, bila dah ada anak2 bergambar sama...bukan senang ya :p
Berpeluh...

Habis acara penyampaian hadiah, kami dijamukan dengan hidangan makanan tengahari yang lazat. Hari yang menggemukkan buat saya, dahlah pagi diberikan sarapan (saya makan banyak pulak tu, hiks)..My Amani sempat membuat aktiviti (face art), dan ramai pengunjung gigih beratur untuk mengambil gambar bersama pelakon Karipap & Strawberi - Rykarl, Jelita dan Mia..

Saya sempat menggunakan voucher yang diberi oleh Bagus Bakeri....
Semua ini saya bayar dalam RM50 ajer :)

Ini adalah hadiah yang saya menangi...
Set tupperware dan "bakery tools for kids"
Alhamdulillah :)

Rezeki buat anak-anak...
Lepas ni kalau nak pergi piknik atau berkhemah, bolehlah guna set tupperware yang dimenangi.


TQ TQ Nestum dan semua penaja pertandingan..
Yup, ianya salah satu hari yang ohsem!!!
Saya dan Afiq Menunjukkan Skill di Pertandingan Memasak Junior Chef Nestum Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 17, 2015 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.