Wednesday, September 2, 2015

Krumba Persaing Sangkaya

Mungkin kita dah biasa dengan produk Sangkaya. Produk konfeksi ais yang berasaskan rasa sari buah kelapa, memang sedap!!!

Tapi baru-baru ini ketika saya mengunjungi Citta Mall, saya ternampak satu kiosk yang baru dibuka dan dikenali sebagai Krumba. Apa yang saya dipahamkan produk dari kiosk Krumba ini lebih kurang sahaja dengan Sangkaya. Yang membezakannya, Krumba ni memang pure dari puri kelapa. Itu apa yang diberitahu oleh pemilik Krumba yang kebetulannya berada di situ.

Biarpun ianya kiosk kecik, tapi suasana kiosk ini agak menarik. Siap ada props basikal, minyak lampu tanah, raga...

Memang nampak suasana kampung epik sungguh!!

Maapla....
Tak nampa apa kat dalam menu....

Selain dari ice-blended kelapa...
Kat sini terdapat juga gelato dan juga minuman berfiber (minuman kesihatan)


Minuman kesihatan katanya diperbuat dari teh dan campuran dengan bahan-bahan organik seperto rose bud dan macam-macam lagi.

Antara gelato yang ditawarkan di sini...
Sebab saya datang malam, so kebanyakan produk yang dijual memang dah abis...

Simple tapi tetap menarik..

Disediakan juga bangku dan meja, bagi pengunjung yang nak minum sambil melepak santai di situ..

Saya dah mencuba rasa original ice blended Krumba...
Not bad!

Tapi saya tak tahulah bagaimana rasanya gelato Krumba ni....
Sebab gelato ni sebenarnya pesaing kepada produk sangkaya...

Apapun minuman dan gelato dari Krumba mahupun Sangkaya bagi saya mahal juga...

Hmmm...sebab mungkin saya dah terbiasa membeli ice blended kelapa kat pasar malam yang harganya dalam RM3 jer...

Tapi bila dah ada jenama terus harga dier jadi sembilan hengget...
Adeh!


4 comments:

mama tisya said...

nmpk menarik..biasala dh ada jenama rege pn up

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sesekali bolehla kan kak

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- die punya sari kelapa lagi pekat rasanya

ila- sekali sekala merobekkan poket heheheheh

ChemistriX said...

hi sis. boleh saya tanya sikit. apa pandangan sis tentang jenama krumba dari segi visual dan penjenamaan.

terima kasih.