Wednesday, September 16, 2015

Untuk Peminat Hidangan Korea, Jangan Lupa Terjah Restoran Pelicana Chicken

Ahn-nyong-ha-se-yo?

Restoran Pelicana sememangnya sudah tersohor di negara Korea. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1982 dengan mempertengahkan ayam goreng terbaik style korea bersama sos istimewa. Dan kini Pelicana sudah meluaskan franchais, mula diperkenalkan di Malaysia khas buat peminat-peminat hidangan Korea di sini.

Untuk pengetahuan semua, Restoran Pelicana Chicken yang terkini telah dibuka di :-

Atria Shopping Gallery
Level 3, Lot T23A
Damansara Jaya, Petaling Jaya
Tel: 03-7733 4300


Antara yang mencuri perhatian, hidangan terbaru dari Restoran Pelicana Chicken ~ Garlic YangNyeom Chicken

Kehebatan rasa ayam ber"juicy" bersama sos istimewa dan unik, resepi khas dari negara Korea!
Kenalkan 5 jenis hidangan ayam "Peli YangNyeom Chicken" dari Restoran Pelicana Chicken :-


-Garlic YangNyeom Chicken
-Original YangNyeom Chicken 
-Spring Onion YangNyeom Chicken
-Charcoal BBQ YangNyeom Chicken
-Hot Spice YangNyeom Chicken

Harga: 4 ketul Rm 9.50, 8 ketul Rm 18.90 dan 14 ketul Rm 32.90


Peli YangNyeom Chicken Hot Spicy

Untuk peminat pedas yang tegar. Anda harus mencuba hidangan ini. Ayam yang digoreng bersama sos cili korea. Memamng menyengat rasanya. Tapi yang hairannya biarpun ianya sangat pedas, tapi kesedapan ayam goreng bersama sos ini tetap ada. Ini kerana disebalik rasa pedas, kita masih rasa manis dan juga keranggupan bijan menjadikan hidangan ini begitu istimewa.


Peli YangNyeom Chicken Original

Hidangan yang sesuai buat kanak-kanak. Tidak pedas. Kegaringan ayam masih terasa dengan rasa sos yang manis-manis...

Garlic YangNyeom Chicken

Hidangan ni sememangnya "win" di hati saya. Sememangnya rasa bawang putih segar yang dimasak bersama sos enak dari Korea. Apatah lagi untuk lebih kick atas hidangan ini ditabur dengan potongan halus bawang putih di atasnya.



Peli YangNyeom Chicken Spring Onion

Istimewa buat kanak-kanak. Menu ayam ini tidak terlalu pedas. Sosnya terasa manis-manis bawang.


Peli YangNyeom Chicken Charcoal BBQ 

Untuk mereka yang suka masakan pedas yang tidak keterlaluan. Saya rekomenkan menu ini. Kita akan terasa kepedasan di hujung bibir sahaja. Masih boleh meratah beberapa ketul! Sedap wooooooo!!

Pure Chicken Breast Salad RM12.90

Menu terbaru di Restoran Pelicana Chicken. Bagi mereka yang sukakan sayur, ini hidangan terbaik yang harus dicuba. Salad ini memang mengenyangkan kerana komposisi rencah dan ramuannya yang menggabungkan ayam goreng, tomato, telur, salad dan mayonis serta sos cheesy yang giler sedap.

Pelicana Ramen RM13.90

Korea dan ramen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kelainan di Restoran Pelicana Chicken, ada memperkenalkan hidangan ramen yang dimasakkan kuah yang mempunyai rasa masam-manis keju. Bersama hidangan ramen ini juga disertakan ayam crispy Pelicana.

Hidangan air minuman boleh rujuk di sini ya :)


Dan saya telah menikmati...
Ice Lemon Tea dan Chocolate Frappe

Dan juga Cappucino Frappe!!

Sususatur restoran didalam restoran yang sangat kemas dan santai...


Bersama dekorasi yang minimalis yang menarik. Paling penting setiap ruang makan yang disediakan berseuaian dengan bilangan pelanggan yang datang mengikut usia, secara individu, berpasangan mahupun berkeluarga.

Kemeriahan makan-makan bersama rakan media yang lain...

Memang best!!!!
 Untuk keterangan lanjut mengenai restoran boleh lawati- 



Good Food, Great Place, Truly Korean

7 comments:

Sally Samsaiman said...

ayam goreng lepas tu sos macam2 jenis.. menggoda sungguh..

Tommy Tong MY said...

Wah, lama tak makan
rindu ayam korea ni

renaelyng said...

Sos kesukaan saya? Spring Onion! Manis dan sedap! :D

Ivy Gan said...

I kinda like their ramen though. Worth trial!

eyza said...

I love Hot Spice YangNyeom Chicken .. So yummy... :)

Auntie Lilly said...

Paling sedap adalah Spring Onion YangNyeom Chicken dan Garlic YangNyeom Chicken!

BestRestaurant ToEat said...

best memang sedap sekali