Sunday, October 18, 2015

Allianz FOODIE HUNT 2015


Acara bermula seawal 9 pagi di Plaza Sentral, KL dan berakhir di Restoran Rebung, Bangsar. Yang menariknya ke semua peserta 96 orang dari 32 kumpulan perlu menggunakan samada komuter, monorail, lrt atau STAR dalam melengkapkan ke semua misi di restoran sekitar KL yang terpilih. Terdapat 8 checkpoint antaranya nasi lemak tanglin,  nasi padang di Kampung Baru, masakan kampung dengan ulam-ulaman di Kampung Baru juga, roti canai special banjir telur separuh masak dua biji, cendol terbaik di Pudu, manisan indian, mee goreng mamak di Restoran Pelita dan nasi kandar Fierce.

Sebelum memulakan acara, kami perlu memanaskan badan dulu dengan melakukan senaman zumba yang dipimpin oleh sis Eva. Tapi biasalah sebagai pengamal media, orang lain bz berzumba, we all bz bergambar, kahkahkah.

Ucapan perasmian oleh  Mr Rangam Bir, Chief Executive Officer of Allianz Life Insurance Malaysia Berhad.

Flag Off!!

Bertabahlah mak!!!
Bersesak2 dalam train, hahahaha

Saya sememangnya excited sebab nak cuba pelbagai makanan. So, saya follow jer 2 teamate saya yang merancang perjalanan. Ater cuba bayangkan saya tak makan dari malam sebelum hari kejadian punya gegeh nak memenuhkan perut untuk misi FOODIE HUNT, ekekekekeke.

Misi 1 : Nasi Kandar PELITA Jalan Ampang
 First pit stop kitaorang kat sini.
Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang....

Disebabkan saya paling lapor, so secara automatik saya menawarkan untuk menyahut cabaran misi. Makan mee goreng mamak panas. Woiii memang terbaekla. Silapnya kat check point ni ramai peserta yang sangkut sebab mee tak goreng lagik. Adoihai.

Memang kelam kabut terutama bila mee dah siap secara berperingkat. Batch kumpulan pertama yang sampai tak dapat makanan sebab dicaras oleh kumpulan yang baru sampai. Saboo jerlah :p


Misi 2 & 3 : Kampung Baru

 Untuk misi kedua dan ketiga kami gerak ke Kampung Baru. Oh mak aihhhh, masa kat Kampung Baru ni, dia punya jauhnya nak kena berjalan tuhan jewr yang tahu. Dalam hati memang dah berkata-kata "kenapalah aku join Foodie Hunt ni, huhuhuhu"

Capek..
Capek..

Restoran pertama kita orang terjah kat Kampung Baru adalah restoran yang pamos dengan lauk-lauk kampung.

Kali ni Nannie yang kena makan, hahahahah.
Banyak giler petai kena telan....Adoihai...

 Kitaorang tengok sambil melayan wefie yang disertai Nanie yang sedang bersungguh menjalani misi.

Di kampung baru ada 2 misi. Yang mana satu lagi restoran terletak jauuuuuuh dari yang pertama. Kali ini Restorang Padang Pak Ali. Sebab saya yang melaksanakan misi so gambar dari HP sendiri takdelah...

Tapi sedapnya nasi padang yang ada lauk gulai lemak ikan, masakan jering bersama secangkir teh o panas. Sedaaaap tapi tak sempat saya nak menikmati hidangan dengan sempurna sebab makan ya rabbiii gelojoh habis.

Misi 4 & 5 : Jalan Masjid India

 Selesai di Kampung Baru, kami bergegas ke Jalan Masjid India. Lupa dah nama kedai yang diterjah. Tapi di sini ada manisan yang menanti dan juga ada tugasan khas. Nannie kali ni yang menyambut cabaran menikmati manisan. Saya dan Kak Lily sempat merasa yang "sample" dari tauke kedai kasi rasa as complimentary. Jadilah!! Sedap wooo, manisan yang ada rasa susu tuuu...

Abis ajer Nanie makan, kami diberikan sehelai kertas untuk menjawab semua soalan yang diberikan. Soalannya tentang "Namakan semua manisan yang nanie makan"..

Hohoho

Mujur dapat menjawabnya dengan melihat senarai menu di kedai. Kalau ikut pengetahuan am memasing semuanya "failed"..kahkah


Setel makan manisan, kami bergegas ke lagi satu restoran yang tidak jauh dari restoran ini iaitu restoran yang menawarkan roti canai special sebab ada 2 biji telur separuh masak..Kali ini Kak Lily pulak yang menikmatinya....

Wohoooo, seb baik kak Lily adooo kalau saya memang takleh masuk dengan telur separuh masak cenggitu, huhuhu..

Misi 6 : Pudu
Siyeslaaah. Kalau tak kerana FOODIE HUNT, saya tak tahu langsung kewujudan cendol yang sedap di area Pudu. Telan air liuq jerr saya tengok Cik Lily menikmati. Biarpun kedai nampak buruk biasa-biasa sajer, dengan lokasinya agak terpencil tapi inilah kedai yang kita boleh merasai sendiri rasa cendol yang terbaek!!

Misi 7 : Nasi Lemak Tanglin (failed)
Abis keenam misi, tinggal satu lagi misi khas dan misi bonus. Misi khas ni antara yang paling mencabar sebabnya jarak nak berjalan kaki tu sangat jauh. Ketika kami berada di lokasi keenam iaitu cendol jam menunjukkan pukul 11 pagi. Sempat marshal di situ memberitahu kami hanya 2 kumpulan baru sampai ke nasi lemak Tanglin (misi khas). Disebabkan masa ada lagi, kalau diikutkan misi perlu dihabiskan sebelum jam 1 tengahari. Saya dan teamate decide nak cubalah untuk ke misi makan nasi lemak di Tanglin.

Strategi kitaorang memang silap. Mungkin juga disebabkan kita orang tak familar dengan laluan lrt, star dan komuter dan banyak faktor sebenarnya. Kitaorang dah berjalan separuh ke lokasi misi tapi patah balik sebab hilang arah, tujuan dan pedoman. Kahkahkahkah

Masa patah balik, tuhan jer tahu betapa berapa kilo lemak berjaya dihapuskan. Even rasanya saya yang melantak cam apa banyaknya masa menjalankan misi pun boleh terasa lapor balik.

Kak Lily pulak claim yang peha dia ada rasa kurus sikit...lagi statement sengal takleh blah hahahahahah

Misi 8 : Misi BONUS (kawasan Bangsar) --dari kul 11 sehingga 1 sahaja
Last2 kitaorang gerak ke checkpoint bonus iaitu makan nasi beriani rasanya..

Kali ni saya volunteer makan.
Makan sampai licin siap kak Lily order air teh o ais limau untuk saya sebab kagum dengan saiz perut yang boleh lagi diminta isi nasik. Hahahahahaha

Sedap wooo rugi korunk tak makan (ayat penyata khas buat nannie dan kak Lily)

Misi : BONUS CHALLENGE
Soalan BONUS ni cam penentu jugak untuk pemilihan ranking...

Yang kelakarnya kan bila fikir2 balik jawapan yang kitaorang kasi...

Jawapan team kitaorang:-
1. Teh Tarik (yang ni betul)
    Ans: teh Tarik

2. APOM (kitaorang silap sepatutnya jawapan penuh APOM BALIK)
   Ans : Apom Balik

3. Biskut bijirin, kahlkahkahakah...takleh blah...idea asal...coward dalam BM pengecut..so cam ada bunyi kut kut tu yang bantai biskut..lepas tu bijirin sebab word grain, kahkahkah
    Ans : Chicken Rice Ball -->punyalah jauh jawapan betul dengan jawapan kitaorang, kahkah

4. Roti Paun...yang ni jawapan lagi takleh blah.....Sebabnya gambar bom tu Nannie kata pokok. Saya ngan kak lily pun follow bantai ingat pokok. Even masa saya ada suarakan masa fikirkan jawapan ini dalam LRT.
 Saya: Apersal pokok ni cam pelik ada 2 kali rimbunan. 
Teamate: Biasalah lukisan pokok ada banyak stail....

terus masa tu saya fikir rimbunlaa..roti pohon laa...wakaka...

sampailah terhasil roti paun..

Kalau ikut jawapan Nannie, dia rasa the bread story....hahhaha lagi larik jauh bukan nama makanan jadi nama kedailah pulokkk

Saya rasa kitaorang jer kot yang jawab salah soalan ni, kahkah...

ans : roti bom

5. Ayam Pongteh (ok ni kitaorang betul)
 ans : Ayam Pongteh

6. Sata...yang ni pun kelakar. Ekceli saya gugel yang keluar Pulau Perhentian, Pulau Ketam. Sampai nak suggest nama makanan   Mee Ketam, hahahahaha..

Last2 kak Lily kata Sata...camana terkeluar nama sata saya pun tak tahu, kihkih

ans: Rendang (klu Pulau Redang)

7. Tongkat Ali buahahahahahahahhahaha..

Idea dari Nanie dia kata 50U tu maksudnya 5o tahun ke atas so ianya releven untuk minum tongkat ali

Cam saya fikirkan gambar lelaki itu membawa maksud SADO..hahahah

ans: BAULU

8. Pisang. salah gak...sebab kurang lengkap

ans: pisang goreng

9. Pasembur (yeayyy yang ni kitaorang betul)

ans : Pesembur

10. sup ekor, hahahahah

Idea dari Nannie, sebab dia kata dia gugel kuar nama sup ekor..

kak Lily pula cadangkan kopi sebab bersempena dengan nama kedai kopi nora danish.

ans : otak-otak


Bila membandingkan jawapan dari team kitaorang dengan jawapan sebenar memang kelakar...Jauh beza...tapi memang bestla, sebab belajar sesuatu yang paling penting dalam hidup "must think out of box and be creative!!"

Selesai semua misi.
Kami balik ke pangkal jalan iaitu Restoran Rebung Bangsar!

Memang saya tadah bahu kat akak-akak kat sini..
Lenguh, sakit sendi, longgar lutut semuanya rasa...

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk 10 yang terbaik:-

1st Prize: GoPro Hero4 x 3
2nd Prize: Samsung Galaxy A7 Smartphone x 3
3rd Prize: Samsung 32" LED TV x 3
4th Prize: HuaWei Talk Band B2 Smartwatch x 3
5th Prize: Fujifilm Instax Camera Mini90 x 3
6th Prize: H&M Gift Card worth RM 400.00 x 3
7th Prize: H&M Gift Card worth RM300.00 x 3
8th Prize: 2 Majestic Hotel Dining Vouchers x 3
9th Prize: AEON Shopping Vouchers worth RM200.00 x 3
10th Prize: KFC Vouchers worth RM 100.00 x 3



 Hadiah utama peserta dari Penang..memang hebak woooo....(takde gambar lah pulok)..
Hadiah ketiga kumpulan Mani and friends (gambor takde)..
Begitu juga dengan no 2 dan seterusnya..

Yang ada gambar kumpulan Daud and the group dari team budget good-good..

Dowang dapat nombor 8 rasanya dan juga penerima hadiah khas sebab kumpulan pertama yang register untuk Foodie Hunt (gegeh)

 Banyak moral of the story yang kitaorang bertiga kutip hari ni.

Paling penting rancang perjalanan terutama yang melibatkan lokasi LRT dan komuter. Dan kena belajar cara mengungkaikan klu.

Apapun, kitaorang memang enjoy biarpun pertama kali join!!!

Sebabnya kitaorang biasa blogkan untuk food review, makan secara santai2..
Kali ni masuk cabaran makan makanan sedap dengan cepat!!

 Apa yang penting, saya kini baru tahu rupa-rupanya banyak kedai dan tempat makanan menarik di sekitar KL yang boleh diterjah.

psst: kak Lily dan Nannie, please lepas ni kita pergi makan nasi lemak tanglin...misi kita yang tak tercapai itu....dan kalau boleh kita pergi repeat cendol sekali kat jalan pudu. Tapi kali ni, ai request naik keta ya! No more lrt and so on..hihi

pssssssssssssssst: tq for the pics, kawan Daud, Faly, Cik Lily dan saper sahaja///

xoxo;

33 comments:

Elee Yi said...

I am also clueless of the chicken rice ball answer and we also sesat at kampung baru haha

That Skinny Elephant said...

Coward grain, loll!! Betul betul kena think out of the box, I wouldn't have guessed it. Enjoyed reading your post. Good day!

Jessie Koo said...

Muahaha. Mmg kiter sesat kat kg baru pon. Jalan sampai nak pening. Dah sampai Tapi X nampak. Putar dah 1 jam. Terbalik. Lol

Elya Roza said...

restoran pak ali nimmg win makanan kampung dia !

Bearhy Hui Ying said...

Nasi Kandar PeLITA is my favorite!!!

cindyrina said...

whoa so much fun! Nasi dgn lauk ikan goreng dgn petai...terbaikkkk!!!

Miera Nadhirah Tan said...

Awesome.... Teringin nak join hari itu tapi tak jadi pasal last minute ada orang pull out sebelum registration...

Miera Nadhirah Tan said...

Awesome.... Teringin nak join hari itu tapi tak jadi pasal last minute ada orang pull out sebelum registration...

Betty Liew siaw fan said...

Best kan event itu. Lari and then eat.. i nearly muntah cos too full

Syafiera Yamin said...

best gila dapat makan sedap sedap. teringin nak makan kariii

Jacqueline Khoo said...

Food hunt gonna have a lot of fun dear! Had once before and never forget about it as it is so challenging and you overcome it with your friends! :D

5 little angels said...

Bestnya. Lepas baca u punya post, I nak join untuk tahun hadapan. Yeah...

wfc said...

wow...interisting food funt.teringin nak join ur fun too...

Shini Lola said...

Look likes a fun experience! =D

kakalina wak said...

Wow! Foodie hunt! It must be very fun. From all your photos I can feel your happiness. Hope to join this kind of event next time. =)

xin sheng huo said...

Wow~~~ foodie hunt looks so interesting~
Can eat and learn at the same time :D

Sherry said...

wow.. run and eat then run again.
good to know you learn something.

Emily said...

Macam best je. No need to worry about putting on weight since there's so much running!

Pamela Yeoh said...

macam enjoy betul. Nice event!

Arisa Chow said...

Mesti panas kan dgn haze of lagi :( tapi banyak jugak the makanan you all enjoyz ni haha!

Kelly Chin said...

Best la join treasure hunt i pun suka sebab it more of a team work and lots of fun if the team memang ngam.

Anfieldyee said...

Syioknya boleh participate in food hunt! Must be very fun finding new gem at KL! Hopefully I'll have the chance to do so ;P

Koey Leow said...

Wow! Such a fun event!! Omg run, eat and run again? So much fun and interesting

Leona Lim said...

Seronoknya! Dapat makan Dan hang out sama besties memanglah best sangat kan

仙妮 said...

bestnya foodie hunt! am sure you had enjoyed it very much : ) I have never participated in foodie hunt before...Ha..Ha..but got food tripsss with friends la : ) Cheers, https://siennylovesdrawing.wordpress.com/

Carol Lam said...

wow...so fun, wish I could join too. I'm going to check out those food you've gals went too :D

Cecilia Qianqian said...

I have joined their amazing hunt last year but not the food one. This is so fun and interesting activity!

Isaac Tan said...

wow, seronoknyeeeee. such a great effort by allianz to organize this food event.

Isaac Tan said...

wow, seronoknyeeeee. such a great effort by allianz to organize this food event.

Ivy Kam said...

Interesting event to hunt the foods down, you guys seemed have so much fun there :)

cleffairy said...

Wow...nice event. Too bad I missed this.

alizasara said...

Seronoknya! sepatutnya join tpi busy pulak haritu :'(

reiayunan said...

Wow! This looks like a fun food adventure! Glad you had a great time.