Thursday, October 1, 2015

1899 Ukiran Dari PLAY-DOH® “Membentuk Kepelbagaian Komuniti” Direkodkan di Dalam The Malaysia Book of Records

Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan pada 26 September 2015: di Ground Floor Highstreet 1 Utama Kuala Lumpur telah menjemput masyarakat di sekitarnya untuk menyertai sama. Sepanjang tempoh pameran terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan dan paling mencuri perhatian aktiviti yang melibatkan seisi keluarga untuk mencipta rekaan berinspirasikan Malaysia daripada  PLAY-DOH® .


“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” 


kata Cik Regina Toh, Pengurus Pemasaran, Malaysia & Singapura.     


Sememangnya kita semua tahu PLAY-DOH® mudah dan boleh dioleh dengan pelbagai cara, membuat pilihan warna dan menggunakan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk yang diinginkan. Secara tidak langsung ianya memberikan kebebasan kepada setiap orang untuk melahirkan kreativiti dan imaginasi mereka. 






Pengunjung muda ini juga berpeluang mempelajari teknik baru di PLAY-DOH® School, melakukan eksprimen di tapak permainan bebas dan mencuba set permainan PLAY-DOH®Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe istimewa!




Contohnya seperti di PLAY-DOH® School, kanak-kanak akan diberi tunjuk ajar cara pembelajaran yang menarik menerusi visual daripada PLAY-DOH®. Secara tidak langsung menjadikan ianya salah satu alat pembelajaran yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar menggunakan PLAY-DOH® yang berwarna-warni :)

Ejaan I-C-E-C-R-E-A-M, boleh diilakukan dengan hanya menggunakan kompaun dari PLAY-DOH®!

Comelll sangat!!!!

Pengunjung kanak-kanak juga boleh menyertai aktiviti di bengkel yang mengajar mereka untuk menggunakan set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and Scoop Ice Cream  di Sweet Shoppe. Pelbagai bentuk ais krim dan cup cake yang menarik dan comel disediakan oleh anak-anak ini. Sepanjang bengkel say adapati, kanak-kanak yang menyertai memang bersungguh-sungguh melakukannya dengan bantuan instruktor dari PLAY-DOH®. Masing-masing cuba menghasilkan hasil yang terbaik. Paling penting mereka begitu seronok bermain dengan set-set istimewa dari PLAY-DOH® ini.

Apa yang saya perhatikan sepanjang acara berlangsung, setiap ahli famili menyertainya memanag merasai keseronokannya. Mereka saling berbincang, ada juga ibu-bapa yang membantu anak-anak mereka untuk membuat pilihan objek yang ingin dibentuk PLAY-DOH®.

Mereka bermain dan belajar pada masa yang sama,
Tanpa tekanan mahupun mengejar masa,
Yang penting mereka saling bekerjasama,
Menjadikan objek yang direalisasikan dalam bentuk yang begitu istimewa!

Yup--->objek melambangkan MALAYSIA tanahair tercinta :=)


Ironinya, ikon makanan (karipap, mee, donut dll) dan buahan (manggis, durian, pisang), mercu tanda terkenal (KLCC, Menara KL), pakaian dan budaya Malaysia, antara sculpture yang popular ditampilkan dengan gah sepanjang roadshow Bulan PLAY-DOH® dengan penuh kemeriahan.


Antara hasil ciptaan my Ameer....
Hehehehheeh..
Atas bantuan sepenuh mummy-nya ya!
Chewah sangat, itik comel saya tu!!!

Setiap peserta yang terlibat sama dalam mengejar target sculpture juga menerima cenderahati dari PLAY-DOH®. Memang best....

Variasi permainan PLAY-DOH®, dijual sepanjang roadshow di sini dengan harga yang sangat berpatutan.


Kemuncak sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran akan dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi  dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. 

Dalam merealisasikan misi untuk mendapatkan ukiran sculpture terbanyak, pihak PLAY-DOH® juga telah memilih 2 sculpture sebagai  The Most Outstanding Play-Doh sculptures direka sepanjang acara.

Dan pemenangnya ialah.... 

Adik Aina Qistina (berusia 7 tahun)

Atas hasil kreatif "kemeriahan bakul buah-buahan"
*foto boleh rujuk di atas.

Seorang ayah,  Alvin Teoh (36 tahun)

Rekaan yang memenangi hati juri iaitu maskot Doh Doh!!


(Kanan) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore menunjukkan jumlah akhir final  sculptures bersama Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, disaksikan Doh Doh, Play-Doh's official maskot!

Rekod telah dicatat dan ianya yang terbaru di Malaysia sebanyak 1899 ukiran scupture daripada PLAY-DOH® dapat direka dibentuk. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan.



pic: kredit Rane Chin
Di samping itu, para pengunjung yang menyertai roadshow PLAY-DOH® juga berpeluang menyertai peraduan melalui instagram. Dengan hanya memuat naik gambar anda di instagram bersama #playdohmonth2015 dan sekiranya gambar anda antara 5 gambar yang menerima LIKES tertinggi, maka anda berpeluang juga menerima hadiah istimewa dari PLAY-DOH®.

Nantikan pengumuman pemenang pertandingan dan maklumat terkini tentang Bulan PLAY-DOH® di www.playdoh.com ya!


Keseronokan bermain dengan PLAY-DOH® tidak berakhir di acara itu sahaja,
Bahkan anak-anak saya masih terus bermain di rumah, membuat pelbagai rekaan dengan teruja!

PLAY-DOH® menjadikan dunia kanak-kanak lebih ceria!!


Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 1956, kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur, menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di rumah dan sekolah di seluruh dunia. 

2 comments:

sayaiday mohd nor said...

Anak buah suka sangat main play doh ni, tapi penat nak pesan kat dia jangan campur warna, nanti semua jadi 1 warna macam coklat2 hitam. hahahaha.

tapi bila teman main, dengan2 kita sekali melayan. hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

wahh baguihnya mak sedara hehehehehe