Night Of Fright 3, Keseraman Malam 3 Kali Ganda Si Sunway Lagoon

*MC yang begitu ceria mengacarakan majlis
Sememangnya tidak dinafikan saya begitu teruja untuk menghadiri "Night of Fright" di Sunway Lagoon. Apatah lagi saya tidak pernah lagi terlepas peluang untuk menghadirinya setiap tahun. Dan pastinya untuk kali ketiga, "Night of Fright 3" memberikan lebih banyak kejutan dan saspen terutama penambahan watak-watak seram yang popular samada di kalangan masyarat Asia mahupun antarabangsa.
 Ucapan pembukaan Mr. Sean Choo Shyang Lin, Pengurus Besar Sunway Lagoon.
 Ucapan pengenalan "Night of Fright 3" oleh Mr Lynton V Harris, Chairman & Chief Executive Officer, The Sudden Impact! Entertainment Company.
Pada malam pembukaan kita dapat saksikan pra-perkahwinan pasangan bahagia ini...

Dalam melayani malam penuh emosi, beberapa kejutan dan "gimmick" terhadap kedua mempelai ini telah berlaku..Mereka telah diculik...

Dan lagenda Mr Chaos salah seorang zombi residen di sini  dan Ms Havoc membuat "havoc" dengan merampas majlis mereka ..Yang kelakarnya Mr Chaos dan Ms Havoc pula meminta mereka dikahwinkan dengan disaksikan kehadiran karektor hantu yang turut sama memeriahkan majlis perkahwinan mereka..
 Karektor hantu bersama dengan VIP...

Di Night Of Fright 3 juga membawa sekali lagi  Escape From Pudu 2, yang mana menempatkan lebih ramai penjenayah yang menakutkan di setiap sel di dalam penjara ini. Seperti berada didalam cerita "Prison Break", bila kita berada didalam penjara ini, kita perlu pandai mencari jalan keluar. Elemen keseraman seperti jeritan banduan dan kemunculan warden penjara secara tiba-tiba memang benar-benar menakutkan.
"The Mummy's Revenge Tomb of Terror - in 3D" yang sentiasa mendapat perhaian pengunjung. Di sini kita akan terserempak dengan karektor Cleopatra, Ramsey, Pengembara dan banyak lagi. Berada di sini memberi kita pengalaman seperti mengembara di bumi Mesir!
Tarikan terbarudi Terrortory-X --> TOXIC- The Scariest Place Unearthed. Kawasan "devasted wasteland" yang memboleh kita  melihat banyak "mutant"!
Death Port, tempat untuk mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan, Semua jenis penjenayah dibunuh secara kejam di sini, huhuhu.
Di Night of Fright 3, kita akan dapat melihat zombie lanun (pirate zombies), yang berkeliaran di zon Pirate Jack's Loaker O' Lanterns. Yang mana-mana zombies ini akan berkeliaran untuk mencari harta karun mereka yang hilang..
Yang terbaru dan yang lama di KEVIN HILL- di mana semua mahkluk kejahatan tinggal!

Serius best....
Meh layan gambar karektor dengan my anaks :)
the clown...
Hahahahahaha
Macam hantu korea dalam Ring O
Siapa yang pernah menonton filem Jepun tentang hantu yang akan muncul pada pukul 5 petang terutama di kawasan permainan kanak-kanak?

Ianya adalah kisah hantu Jepun yang menjadi lagenda. Berkisarkan tentang seorang wanita yang bernama Sadoka Dori sering mendera anaknya kerana tekanan jiwa. Ini kerana suaminya telah curang dengan meninggalkannya dan beralih kepada wanita cantik. Dek kerana terlalu tertekan, beliau sering merasakan dirinya tidak cantik. Sadoka Dori telah membunuh anaknya dan secara tidak tidak sengaja salah seorang anaknya terpotong mulut ibunya sehingga terbelah di hujng kedua belah bibir.  Hantu ini dikatakan menculik kanak-kanak, dengan bertanyakan soalan maut "Adakah aku cantik?", dan kemudiannya hantu ini akan menggunting mulut kanak-kanak tersebut. Ianya dikatakan roh hantu Sadoka Dori yang berjangkit pada setiap wanita dewasa. Cara nak tahu kerasukan roh Sadako Dori ke dalam tubuh wanita ialah wanita yang dirasuk akan mengeluarkan bunyi batuk yang sama.
Menarik dan teruja bukan.

Pengunjung juga boleh memakai kostum seram dan menyertai keseraman Night of Fright 3 dengan hanya bayaran RM58 sahaja dikenakan dan boleh bermain dengan semua permainan di Amusement Park.

Manakala untuk pengunjung Sunway Lagoon yang sudah berada di sini sejak awal siang, boleh menyertai Night of Fright 3 di waktu malam dengan membuat penambahan bayaran RM35 sahaja.

Untuk pengetahuan semua, malam Night of Fright 3 hanya membenarkan pengunjung dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun sahaja.

Dan ianya esklusif untuk tarikh :-

2,3, 8-10, 15-17, 22-24 dan 29-31 Oktober 2015 bermula daripada pukul 7.30malam sehingga 11.30malam.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket boleh layari:

603-56390000
Night Of Fright 3, Keseraman Malam 3 Kali Ganda Si Sunway Lagoon Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 02, 2015 Rating: 5

4 comments:

  1. wahhh dr dlu n try g tp hahahha x p p lg tq rajin akk tulis cerita2 psl hantu tu coz sy ni MEMANG PEMINAT CERITA2 SEWRAMMM suke giler horror movie n whatsoever! seriously fanning haha

    ReplyDelete
  2. scarynya... Ayu ni penakut. so memang tidak la.. he he he..

    ReplyDelete
  3. Iday memang tak pernah pergi tempat2 camtu. sure penat jerit. hahahaha. tapi macam best. mcam nak try. HAHAHA

    ReplyDelete
  4. suzai....kan kan best kalau baca dan dengar citer hantu...hehehe

    mummy ayu....klu cam ayu, msk pudu lagi seram...sebab org banduan kat situ cam hantu...

    sayaiday..iday sila pergi memang best hehehehehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.