Friday, October 9, 2015

Pets Day Out di Petsmore!

PETSMORE, boleh dikatakan kedai yang menawarkan pelbagai keperluan haiwan perliharaan. ini termasuklah makanan dan aksesori. Apa yang menarik PETSMORE turut menawarkan servis SPA dan juga hotel buat haiwan perliharaan seperti kucing dan anjing.

Pengacara merangkap perancang majlis, Cik Sabrina yang comel, menyampaikan kat-kata aluan kepada semua tetamu yang hadir.

Menurut Encik Sean Saw, pemilik PETSMORE;

Pemilik haiwan perliharan berkemungkinan mempunyai kecenderungan untuk mengubah atau membatalkan rancangan perjalanan mereka jika mereka tidak boleh membuat penyusunan sesuai untuk penjagaan haiwan kesayangan. Tetapi dengan adanya perkhidmatan dari PETSMORE, mereka tidak perlu bimbang lagi tentang haiwan kesayang perliharan mereka.

Di PETSMORE kakitangan kami bukan sahaja terlatih tetapi mereka juga adalah pencinta haiwan yang sangat penyayang yang senantiasa membantu. Mereka sangat memahami dan menyelami kerisauan pelanggan terutama ketika meletakkan sepenuh kepercayaan menyerahkan haiwan peliharaan mereka. Jadi yakinlah bahawa PETSMORE mampu memelihara dan menjaga haiwan-haiwan peliharaan dengan khidmat terbaik.

Antara haiwan perliharaan jinak yang mencuri perhatan saya di sini ialah:- 
Kucing yang mempunyai iras seperti Garfield!

Alolololo...comelnya...

Cantik warna bulu kucing ini :)

Kucing yang diletakkan didalam bilik kaca yang bersih.

Si Black yang gebu gebas...

pic kredit : Kak Hanny Abdullah
PETSMORE seksyen 2 Petaling Jaya, antara cawangan yang besar dan luas. Ini kerana cawangan ini mempunyai 3 tingkat dan mampu menempatkan banyak binatang perliharaan pada satu-satu masa.

Dengan hanya merujuk kepada panduan yang diberikan seiap tingkat, memudahkan setiap pelanggan apabila mereka datang ke PETSMORE!

Contohnya di tingkat Ground Floor. Pelanggan boleh dapatkan pelbagai jenama makanan yang bersaiz sehingga 15 kg untuk kucing, anjing, hamster dan lain-lain.

Contoh pencuci dan makanan haiwan perliharaan..

Aksesori di dalam kolam :p

Makanan buat ikan-ikan kesayangan...

Sempena dengan Pets Day Out, kami para media turut dijemput untuk  bergambar dengan haiwan perliharaan di PETSMORE...
Untuk dijadikan seerti "covr" majalah dan hasilnya memang semuanya cantikcantik uollls...

Nannie Isa dengan anak bongsunya...
Lupa pulak saya nak tanya nama..
Ahaks...

Bergambar untuk diabadikan dalam cover page!

Ni adalah kucing kesayangan salah seorang blogger yang hadir di acara Pets Day Out di PETSMORE.


Untuk pengetahuan uolls semua ya,  sebanyak RM150 penjimatan bagi percubaan pakej dandanan asas buat kucing pertama. Untuk 5 sesi pula, penjimatan sebanyak RM265 akan diberikan untuk kucing yang seterusnya, perkhidmaatan seperti pembersihan telinga, penjagaan kuku, mandi serta penggeringan turut diberikan.


Sebanyak RM100 penjimatan diperolehi bagi pakej percubaan dandanan asas untuk anjing buat kali pertama. Untuk 5 sesi, penjimatan sebanyak RM195 ditawarkan untuk anjing yang seterusnya. Antara perkhidmatan adalah seperti pembersihan eye trimming, leg trimming, ear cleaning, ear hair removal, nail care, shaving of paw pad, stomach, private area, cleaning and anal gland, and bathing and blow drying.

Di PETSMORE juga ita boleh dapatkan khidmat terbaru iaitu khidmat dandanan Micro Bubbles SPA.  Sistem Micro Bubbles SPA ni adalah sejenis buih dan pembersih yang mempunyai ciri2 anti bakteria. 


Selain itu ianya juga penyahbauan, melembabkan bulu dan juga kulit. Ia juga dapat mengurangkan kegatalan dan mampu membuatkan haiwan perliharan sentiasa berasa selesa. Micro Bubbles SPA juga sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imuniti haiwan. 


Di PETSMORE juga ada menyediakan penginapan ala hotel  bertaraf 5 bintang kepada haiwan perliharan yang dihantar. Jangan tidak tahu setiap bilik  hotel menyediakan sistem pengudaraan persendirian, pembersihan harian dan pembasmian kuman untuk setiap bilik, bekalan makanan dan air yang bersih pada setiap masa dan juga pada setiap hari dandanan,. Adakalanya mandi kering perlu dilaksanakan bagi memastikan haiwan dalam keadaan baik.

Harga untuk penginapan hotel bermula pada harga RM42 sehari untuk tempoh maksimum satu (1) haiwan peliharaan di Suite Superior dan RM73 sehari untuk tempoh maksimum dua (2) haiwan kesayangan di Suite Diraja.


Memang seronok..
Memang teruja dengan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PETSMORE!

Untuk keterangan lanjut boleh layari; 
atau

4 comments:

Nieyl said...

salam jumaat...
Amboiii...hotel siap...
bertuah la kucing² tu yea...

AyuArjuna BiGoshh said...

nieyl--kucing la ni curlass sgt hahahah

Ezna Ahmad Khalili said...

Dania gi event ni habis muka allergic. Once they start keluarkan anjing2 I dah cabut balik.....I sangat fobia anjing sbb dulu pernah kena kejar. Masa tu part time McD SS2. Dengan uniform McD berlari menjerit tolong......tolong.......(kelakar pun Ada)

AyuArjuna BiGoshh said...

heheheh, i pun pg kejap jer...

kena amik ank balik sekolah :p