Saturday, October 10, 2015

Produk Terbaru Dari New Zealand Di Cold Storage

Kempen  "Taste New Zealand" yang berlansung di Cold Storage bermula dari 8 Oktober sehingga 25 Oktober 2015 akan mempertengahkan produk-produk terbaik dari New Zealand. Untuk pengetahuan semua, produk  yang ditawarkan semuanya terkenal dari segi kualiti rasa, dipercayai dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbaik dari New Zealand.

Produk New Zealand yang sudah sekian lama terkenal di Malaysia seperti jenama Fonterra, Anchor Butter, Anlene dan Anlene Gold dan banyak lagi.

Begitu juga dengan produk segar dari "Orchard Gold Frozen Berries" yang menawarkan pelbagai produk berries yang dibekukan seperti rasberries, blueberries dan campuran berries dalam pembungkusan 500gram yang sememangnya sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam kek, roti, pancake dan pelbagai lagi.

Begitu juga produk pasta, minyak masak, minyak bijan, minyak kelapa dan lain-lain. Saya juga tertarik dengan rangkaian biskut, jem, muesli dan coklat yang ditawarkan.

Antara produk yang menarik perhatian saya seperti di bawah :)




























Kepelbagaian produk yang menarik,
Hebat dan sememangnya memikat :)


Ok, ada berita baik untuk semua pelanggan Cold Storage.
Dengan setiap perbelanjaan RM30 produk New Zealand, uolls boleh menjadi antara 5 pemenang "New Zealand Food BAgs" yang bernilai RM500...

Best tu,,,,,,

Jangan lupa terjah Cold Storage yang berdekatan ya!

No comments: