Wednesday, October 14, 2015

Ulangtahun Pertama Trium Card!


TRIUM CARD telah meraikan ulang tahun pertamanya di nichii Mid Valley dan sehingga kini seramai 120,000 ahli telah mendaftar dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Bersempena dengan ulang tahunnya, TRIUM CARD secara esklusif telah menampilkan beberapa koleksi esklusif by nichii, dengan pelbagai pelbagai rekaan serta warna di oulet nichii di Mid Valley Megamall.

Dua koleksi baru diperkenalkan berinspirasikan bohemian gaya 70-an kontemporari dan alternatif.  Tema bohemian menggunakan warna kuning, krim dan warna  buah zaitun serta sentuhan bercetak Aztec dan paisley.  Koleksi sempena ulang tahun TRIUM CARD ini dijual pada harga  dari RM29.90 ke RM129.90.


Pengacara yang dedikasi Elaine Daily, membuka majlis dengan memperkenalkan siri rangkaian pakaian terbaru dari nichii.

Warna-warna "earth", sedikit sentuhan jingga dan biru menaikkan seri pada pemakai.

Antara rekaan pakaian terbaru bersempena dengan ulangtahun pertama Trium Card dari nichii:-

Dan juga kemunculan istimewa selebriti Malaysia :-
Julia Ziegler

Siti Aisyah

Kilafairy

Selebriti bersama VIP bergambar kenangan.

Menurut Tan Ai Lee, Ketua Pemasaran NFC Clothier berkata

 "Pada dasarnya program TRIUM CARD menggabungkan tiga jenama terbaik iaitu nichii, Kitschen dan dressingpaula. Apabila menerima sambutan yang hebat TRIUM CARD daripada pelanggan, kami menjadi lebih bermotivasi untuk mencari dan meningkatkan lagi program dan faedah buat ahli kad. Dengan adanya aplikasi yang diperkenalkan ini mampu menawarkan kemudahan kepada ahli-ahli dan ia tidak hanya terhad kepada pengumpulan mata bahkan pemegang kad juga boleh menebus e-Baucer serta mendapat maklumat terkini mengenai promosi. Ahli TRIUM CARD juga akan menerima jemputan untuk acara-acara khas.

Sebagai ahli kad, sebanyak 100 MATA TRIUM akan didebitkan pada bulan hari kelahiran mereka, Ahli-ahli TRIUM CARD juga diberi peluang membeli-belah  secara eksklusifdi lokasi kedai baru dengan pra-dikreditkan e-Baucer dalam profil kad mereka. 

Menurut Tan lagi . untuk Top 20 (berbelanja paling tinggi) pemilik TRIUM KAD akan diberi ganjaran RM300.00 TRIUM e-Baucer dan30 TOP Pembeli akan diberi ganjaran dengan RM100.00 TRIUM e-Voucher. 

Program  TRIUM CARD Loyalty telah dilancarkan pada bulan Ogos 2014 dengan memberi ganjaran kepada pembeli setia-Nya daripada tiga jenama iaitu nichiiKitschen dan dressingpaula. Ahli-ahli TRIUM CARD akan diberikan ganjaran biarpun hanya RM1.00 dibelanjakan. Ahli boleh mengakses Program Loyalty melalui 'TRIUM CARD' Mobile App yang yang boleh didapati di Apple App Store dan Android Google Play atau melalui laman web www.triumcard.com

Setelah berjaya mengumpulkan 500 mata TRIUM CARD, yang e-Voucher RM50.00 akan diberikan sebagai ganjaran.

Jom dapatkan TRUM CARD dan berbelanja sakan!!!
Untuk perolehi lebih ganjaran :)

No comments: