Saturday, October 3, 2015

VapeFest | Karnival Vapor Berniaga Sambil Beramal

Karnival : Vape Fest
Tarikh : 17-18 Oktober 2015
Masa : 10 pagi - 10 malam
Lokasi : Shah Alam Convention Centre (SACC) Selangor
Tiket : Biasa (RM3) VIP (RM10)

Orang kuat OMG Fest

Akan diadakan karnival Vapor yang melibatkan lebih daripada 100 usahawan vapor di seluruh Malaysia. Akan turut serta nanti dalam acara karnival ini bukan sahaja usahawan daripada Malaysia bahkan usahawan vapor dari Brunei dan Indonesia juga akan turut serta.

Dalam sidang media yang telah diadakan, pihak pengurusan dan penaja telah mensasarkan 50,000 pengunjung akan menghadiri karnival ini dan sekaligus dapat mengumpul dana untuk disalurkan ke beberapa rumah kebajikan antaranya seperti Anak-Anak Yatim dari Pusat Budaya Harapan serta tabung Gaza.


Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang 2 hari karnival, antaranya persembahan dari artis (Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aliff AF), pertandingan "Cloud Competition" dan "Cloud Skill". Dan hanya utama yang ditawarkan adalah RM1000.

Selain itu, beberapa siri ceramah ilmu mengenai vapor akan diadakan. Dan antara ceramah yang bakal menarik perhatian dari pihak MOVE (Malaysian Organisation of Vape Entity)- sebuah badan bukan kerajaan yang akan mengumpulkan 50,000 petisyen bagi memastikan selian produk rokok elektronik atau vapor ini dapat diuruskan dengan baik.

Antara penaja VApeFest seperti fruit Ninja, Brepus Vapers dan Vape Empire Sdn Bhd.

Keterangan lanjut sila hubungi:-
talian - 011 26261656 / 019 2796275
omgvapefest@gmail.com
FB/insta: @OMGVAPEFEST

some pics kredit to Kak Hanny Abdullah :)

No comments: