Wednesday, November 18, 2015

5A : Paranoid dan Membanding

Semalam merupakan hari pengumuman keputusan UPSR untuk tahun 2015.
Dan saya antara ibu bapa yang ada juga perasaan nerbes apabila anak adalah salah seorang calon yang menunggu keputusan.

Kenapa nak nerbes?
Baru UPSR punnn... fine....

Sebab saya mak, automatik apa perkara yang melibatkan perkembangan anak saya akan nerbes;
Anak sakit ke...
Anak tak balik-balik ke lepas keluar main...
Anak tak nak makan ke...
Dan banyak lagi perkara anak yang boleh buat hati kita nerbes...

Keputusan dijangka keluar 10 pagi...
Sistem sms semakan UPSR pun bermula 10 pagi...

Dan saya pukul 10 pagi, baru berjaya keluar dari opis setelah menyelesaikan perkara opis yang menimbun. Sebabnya saya berjanji pada diri saya, akan menghadiri majlis pengumuman kputusan UPSR di sekolah dan memeriahkannya bersama ibu bapa yang lain :) Tibanya di sekolah dekat 10:25 pagi.
Ada gerai menjual bunga (ala-ala konvo pulak) di depan pagar sekolah.
Dalam hati cam terfikir...
Nak beli ke?
Belek2... Tak jadi beli...
Letak balik, terus menuju ke dewan sekolah...

Dari jauh saya dah nampak Dedet duk minum air kopi feveret dier...
Dalam sibuk nak siapkan tender dan hantar servis kereta sempat pulak Dedet datang ke sekolah.
Ya ampun... Memang ramai ibu bapa yang datang...
Rasanya bilangan ibu-bapa yang hadir lebih ramai daripada calon UPSR...
Masing2 menunggu dengan debaran...
Dari wajah dapat kita perhatikan...

Saya ada juga bertanyakan kepada beberapa ibu bapa yang saya kenal di situ...
Tak semak melalui sms ke?
Masing2 menggelengkan kepala...
Sambil gelak2...
Biar suprise katanya....

Kalau kita perhatikan pada kehadiran ibu bapa ke sekolah anak untuk memberi sokongan terasa macam WOW besar sangat ke penilaian UPSR itu? Kannnnn...

Tapi sebenarnya kalau kita fikir kenapa ramai ibu bapa itu hadir;

1. Sebab nak kongsi kegembiraan mahupun kesedihan anak mereka.
2. Sebab nak sama-sama memberi sokongan pada sekolah terutama pada budi guru yang telah mendidik anak mereka. Bayangkan dari Darjah 1 hingga Darjah 6, 6 tahun tu kita amanahkan guru2 ini bersama-sama kita sendiri mendidik anak tidak kiralah sama ada ianya ilmu duniawi mahupun pekerti (sahsiah).

Dalam pukul 11 pagi guru besar bersama sekumpulan guru Darjah 6 turun ke dewan. Membawa setimbun kertas berwarna putih. Sepanjang perjalanan mereka ke dewan, kami ibu bapa semua bersalam-salaman bersama guru. Nerbes katanya...
Majlis dimulakan dengan ucapan guru Bahasa Melayu tahun 6...
Cikgu Azlin yang paling saya hormati...
Cikgu yang telah mendidik anak saya Anaqi dan juga Adriana...
Turut kelihatan dalam gambar guru besar dan guru bahasa Inggeris Puan Ranita...
Puan Hajah memberi ucapannya sekaligus mengumumkan prestasi sekolah.

Untuk sekolah anak saya, dari segi kuantiti yang mendapat 5A UPSR agak menurun, hanya 22 orang sahaja berbanding 31 orang tahun sebelumnya. Namun peningkatan dari kualiti gred agak mendadak juga. Ramai calon yang mendapat 4A 1B.

Kesian juga saya melihat wajah Puan Pengetua, ada sedikit kecewa tapi kata-katanya banyak juga memberi perangsang buat ibu-bapa dan murid.

Antaranya;
UPSR bukannya penentu masa depan...
Kerna kita masih perlu terus berjalan... untuk capai kecemerlangan dalam hidup.
Pengumuman dibuat dengan memanggil anak-anak yang berjaya mendapat 5A terlebih dahulu. Seterusnya 4 A, dan juga murid yang ada peningkatan drastik dalam keputusan.

Saat pengumuman...
Pelbagai reaksi saya dapat perhatikan...
Ada yang menangis...
Ada yang terlalu gembira...
Ada yang macam blur-blur bila nama dipanggil...
Ada yang terlalu terkejut sambil berlari laju dan melompat ke atas pentas...
Ada yang bersungguh bersorak melihat kejayaan nama kawan dipanggil. Siap bangun melompat untuk kawan dan hug kawan yang berjaya itu. Sampai saya perhatikan aksinya itu berulang-kali even nama dia tak dipanggil pun sampai ke sudahnya. Kagum betul saya dengan pelajar itu, sentiasa positif dan hepi dengan kejayaan rakan2nya yang berjaya.
Ok... Kenapa anak-anak kita menzahirkan reaksi seperti itu...
Sebab 6 tahun mereka survive di sekolah rendah dan ini adalah harinya...

Bukan nak tunjukkan yang dapat straight A's itu bagus...
Bukan nak tunjukkan yang dapat banyak C tu kurang bagus...
Bukan nak tunjukkan takde A tu lemah... Bukan ya...

Di sekolah anak saya, terdapat juga calon UPSR dari kategori dileksia. Mereka mengambil kertas peperiksaan yang sama juga. Ibu bapa semua hadir bersama anak-anak mereka dan menyokong apa sahaja keputusan ujian yang diterima.

Ada seorang ibu...
Anaknya dileksia...
Pencapaian 3B1C1D (kalau tak silap)...
Ibu tu hepi giler...
Sebab apa? Sebab anaknya mampu menjawab soalan biarpun dapat gred tak seberapa, sebab dia tahu kebolehan dan masalah anak dia. Saya pernah borak ngan Puan ni... Kata-katanya banyak memberi inspirasi saya sebagai seorang ibu. Saya masih ingat lagi, satu nasihat yang cuba beliau sampaikan, yang bunyinya macam ni;

"Sesetengah orang malu dengan keupayaan anak sendiri. Saya ada 4 orang anak. Nak diuji, yang no 3 ada masalah dileksia. Banyak dah pakar saya jumpa dan minta nasihat. Last2 nasihat mak cik di kampung juga yang paling mengesankan. Duk kampung tapi ilmu dalam perkongsian sebagai seorang ibu sangat hebat, Mak cik tu pesan kat saya macam ni... Mok mana tak nak anak tu 'berjaya'? Mok maner nak anok tu susah? Tapi kalau mok tu tak kenal anok dier tu, itu lagi bermasalah"

So, saya pahamkan peel anak saya terutama yang no. 3 memang amek masa. Setahun pun belum tentu. Sebab karakter akan berubah. Cuma anak dileksia ni perhatian memang kena terOver lebih. Sebab dia agak sensitif. Mujur suami dan anak-anak saya yang lain sangat supportive. Jadi, saya perhati kepada cenderungan anak . Dan sememangnya ini bukan kita boleh lakukan untuk anak dileksia sahaja, anak yang normal juga perlu...

Tanamkan sikap "survival" dan the best achievement that you want to achieve in your life. As parent kita tolong support. Macam anak dia, memang sukakan aktiviti sukan, so dia dan somi serta ahli keluarga yang lain akan support anaknya dengan dunia sukan yang ingin diceburi sampai anak dia boleh capai apa yang diinginkan...

Hmmm... Tapi semalam bila saya baca kebanyakan status FB...
Agak pelik juga... Terutama statement macam ni;

"Ala UPSR jer pun..."
"Aku dulu takde A, sekarang doktor bedah yang berjaya..."
"Kena didik anak untuk lebih berjaya dunia akhirat berbanding duniawi, bukannya perlu dibanggakan dengan skor 5A..."

Dan banyak lagi...
Sebab apa kita sering keluar statement yang sebegini?
Sebab kita membanding!
Automatik kita akan jadi paranoid...

Honestly. Saya memang  ambil apa sahaja yang dikongsi sebagai motivasi dan cabaran yang bakal dihadapi. Tapi agak kelakar sedikit bila saya tengok orang yang share status sebegini anak semua bawah umur 7 tahun. Jauh lagi rasanya nak merasai "debaran seorang ibu bapa yang menunggu keputusan UPSR". Atapun mungkin mereka akan bersikap "I dont care, just cool and steady". Memang thorbaeklah...

Sebab berkongsi dalam FB kan mana ada salah dan betul...
Ekspresi masing2...
Saya selalu fikir...
Perjalanan hidup ni jauh lagi nak kita harungi...
Unless memang umur kita dipinjam takat tarikh tu, so kita akan kembali kepada Pencipta :)

Salah ke untuk seseorang ibu atau bapa untuk merasai perasaan kegembiraan berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Adakah budak yang dapat semua 5A confirm tak berjaya pada masa akan datang? Biarpun kita semua pun sedia maklum, "Banyaknya bilangan A ataupun tidak banyak A atau langsung tidak ada A boleh juga berjaya capai apa yang mereka usahakan".

Janji kita usahakan bersungguh yang terdaya...
Jadi "survivor" sebenar untuk capai impian yang lama tertanam dalam jiwa.

Saya sendiri tengok dalam dunia realiti, ramai juga yang tak berjaya di sekolah jadi usahawan terkenal, jauh lebih berjaya dan bergaya daripada orang yang bijak pandai dan makan gaji.

Tepuk dada tanyalah selera nak jadi apa...
Asalkan jadi manusia yang baik dan taat pada perintah PenciptaNya...
Dah sentiasa membahagiakan hati ibu-bapa :)
Sudah cukup membanggakan...
Berani survive atas bumi yang nyata!
Sebagai ibu bapa, kita perlu sokong apa jua pencapaian anak kita...
Walau berapa A sekalipun anak kita perolehi, waima tanpa A pun, jangan putus mengucap syukur. Sebab mereka dah sehabis 'survive' dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Dan tahun depan mereka akan memulakan dunia baru mereka sebagai murid sekolah menengah. Dan seterusnya...

Dan tak dinafikan anak-anak kita pasti akan rasa sedih bila mereka tak berjaya capai apa yang mereka inginkan. *Siyesly, saya sendiri lihat bagaimana ada kawan2 anak saya yang nampak sangat down dan sedih. Terutama mereka yang mendapat 4A1B semalam. Tapi mujur ibubapa mereka datang dan peluk mereka, ada yang cium dahi anak dan usap2 kepala anak.

Terus memotivasikan mereka...
Sebab perjalanan untuk menjadi manusia yang berjaya masih jauh lagi...

23 comments:

sawanila.com said...

mak mana yang tak nak anak berjaya kan? tapi masalah problem yang paling serius bila ada kalangan yang suka buat banding... anak si A pandai, anak si B slow... pantang tuh.
anak kita tahun depan dengan silibus baru ...

AyuArjuna BiGoshh said...

yati- betul tu...membanding tu yang menyebabkan kita terkesan..geram juga sebenarnya :p

Mama Zharfan said...

5As is an achievement, at least personal achievement, something to be celebrated and appreciated

on the other hand...those yg tak dpt straight As pun..nothing much to worry..sbb UPSR tak menentukan masa dpn...totally different dgn value SPM

cuma persepsi masyarakat...so anak2 dan parents jd stress..and sbb ada FB..so parents yg share2 kat FB..of course parents yg mana anak2 tak dpt 5As akan rasa inferior sikit (wpun hanya dlm hati)...
tak de parents yg tak nak anak dpt straight As kan
tp kalau anak tak dpt apa yg kita nak..no big deal pun
kena move on.,
focus more on PT3 and SPM
tu jer :)

AyuArjuna BiGoshh said...

suzz- yup totally agreed!

mama tisya said...

tahniah utk ank ayu..mmg sbg ibu sure debar2 tgu result..skarang bkn upsr je ada bunga style konvo..time konvo bdk tadika pn ada..kerlas bdk2 skarang..dlu time kita merasa masa masuk universiti...psl share kt fb tu tk slh kongsi kegembiraan cuma mayb yg tgk tu tk think positif tu yg jd sebaliknya...lg 4thn akan merasa saat debar upsr jugak..debar juga hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- ayu xderla terkesan sgt...tapi kadang2 kelakar mcm jadi cam jangan hepila kalau anak dapat good result..esk besar belum tentu berjaya lagi..

heran..

patut kita doa2 baik...

personal achievement kan...apapun resultnya patut kita patut sama2 hepi :)

mama tisya said...

tu kata pemikiran stiap org tu..kalo kita positif okla..yg pk negatif tu...smlm pn tgk status kwn update psl perli yg kwn2 share slip result...pastu mcm nk bergado plak..alahai...sbr je la...org tu share nk kongsi kegembiraan even bkn ank die straight A pn tp die bangga ngan ank die..esok2 turn kita plak kn..kdg2 org ni tkleh tgk org happy kot...ptt org2 camni tkyh ada media sosial hehe

Ezna Ahmad Khalili said...

I pernah jumpa sorang kawan i yg share anak dia dpt a,b,c,d tak silap i. Cool betul kawan i tu....tak dinafikan i memang stress memandangkan thn dpn dania punya turn nak upsr. Dah la bertambah topik, masa belajar dikurangkan pulak. Tak faham i.....kemahiran berfikir aras tinggi? Confuse pulak nak bagi budak sekolah rendah berfikir macam org masuk universiti. Mana ke logik akal fikiran tu ayu?. Anyway, next year gonna be tough for both ummi and dania.

Kawan i Yahashimawati Mat Yasir ada anak disleksia kat sekolah Yana tu. Nama anak dia Khairom. Dia pun cam dapat anugerah jer. Paling kelakar kat dalam fb dia ada gambar u dok main handphone. U duduk selamba giler...hehehe.....

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- ayu jadi seram, bila orang kutuk2 macam tu...bukan seram takut kena kutuk, seram dowang yang paranoid sgt tgk orang hepi...

act simple jer, tak suka atau meluat tengok..boleh scroll tengok status org lain :p tak perlu kencam org lain....

yang plg tak tahan, ada statement..tak sensitif dengan org yang gagal...pelik betul...

serupa jer macam kita share gambar makanan sedap ke, mesti ada jer org cakap tak sensitif betul kat syria sana tu org tengah berlapar, kita kat malaysia gembira tunjuk gambar mewah makanan...

pelik kan...

bg ayu senang jer, tak suka..just pass dgn status org tu kat timeline..nak hidekan pun boleh...hmmm

mcm2 peel :p

AyuArjuna BiGoshh said...

ezna- kannn..

as parents, kita takkan lari dari perasaan nerbes..
hepi dan sedey tu mmg perasaan biasa...

kita juga mesti ada rasa risau dengan anak kita...
Bukan buat bodo dan tak nak tahu langsung tentang anak...

i suka bc status org yang memotivasikan...
tak kisah anak die biasa, terbaik atau sering gagal...

sharing their feeling..
banyak yg memotivasikan...

psst: ada gambar i ya...hahaha..ni mesti kes i bz wasaap ngan adek beradek i time tu hehehehhehe

mummy_ayu said...

agreed...tak suka sikap manusia yg suka membanding2 kan anak org lain ngan anak sendiri. patutnya kita puji & support anak kita..tak kira apa pun pencapaiannya. kalau bagus...pesan suruh keep it up, kalau tak berapa bagus..tegur & pesan suruh try harder. Semalam pun dok pesan ngan Ian..suruh belajar rajin2..sbb tahun depan dia dah masuk tahap 2. zaman sekarang semua pun berlumba nak berjaya.

AyuArjuna BiGoshh said...

mummy ayu- betul tu....

bila kuat membanding, tu yang sampai rs saper yang paling bagus...

apapun bila anak kita capai dowang dah try harder, so kita kena hepi dan support...

zaman skrg mmg zaman berlumba...
tgk jumlah pencapaian anak2 org lain semua bagus..so kita nak juga anak kita tak terlalu ketinggalan :) so kena selalu sokong dan motivasi anak ni :)

seraa rose said...

stiap murid ada target mereka sndiri berapa bilangan A yg mreka mahukan. bila xdpt trget tu mstlah mereka kcewa. Yg dh brjaya snang lah ckp "dulu xdpt 5A skrg pakar bedah lah apa lah", bg budak2 yg bru lps upsr mreka mana tahu kemudian hari jd apa. So xsalah kalau dia rasa frust pun bila xcapai trget. yg ckp mcm tu mst dia xpernah ada target dalam hdup dia.

Hermit said...

Haish... Jangan dilayan je... yg dok komplen2, sindir2, sarcasm ke tu yg kena check 'hati'... aptb.. cer up status... alhamdulillah syukur baru je dapat kentut 8 harakat... nanti ada je yg komen kononnya x sensitif ngan org yg xleh kentut... blah la.... hang tu yg patut dok dlm gua sorang2 jgn campor hal org lain... hang tgk dinding, dinding tgk hang... forever after... the end...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kak ayu..smlm ila baca macam2 dlm FB termasuk kata2 seorang motivator...
lebih kurangnya 5A tue bukanlah penentu kejayaan
ala yg 5A sekarang tak semestinya berjaya akan datang bla bla bla
seolah2 mengatakan UPSR tue bukanlah apa sangat...

yup mungkin nak memotivasikan ibu2&anak2 yg tercedera perasaannya sebab anak2 mereka tak dapat 5A.

Tapi janganlah sampai mencederaakan perasaan orang lain yg sedang merasa kepuasaan atas penat lelah berusaha utk 5A tue. Ibubapa , anak2 dan guru2 yg dapat 5A layak diberi pujian dan kata2 pujian atas usaha dan kerja keras mereka.

Ibu yang anaknya 5A tue mengkin ibu yg berkerjaya. balik opis penat2 uruskan rumahtangga lepas penat di opis.. masih gigih berteleku temana anak study. sedangkan dia tak teman sangat pun mungkin tertidur2 tepi anak atau sibuk isi form contest :P

Ibu yg anaknya 5A tue mungkin seorang suri rumah yg masih menguruskan anak2 lain yg masih kecik. bayangkan dengan keja umah yg tak pernah habis dari pagi kemalam masih gigih teman anak sulung study sambil lipat kain..

Betul tak? Ibubapa ,anak2 & guru2 yg menghasilkan 5A nie perlu dirai dan diberi penghagaan.

Kata2 seolah2 5A nie tak penting juga ...akan buat anak2 lain rasa nak study tue tak penting mana.. tak payah study sepenuh hatilah sebab UPSR jepongg!!

Tak bolehla gitu... walau ila tak tau sejauh mana pencapaian anak ila nanti tapi ila tetap nak mereka usaha yg terbaik utk UPSR kalau ada lagila masa tue.. dan pastinya sbg ibubapa ila bangga anak2 berjaya kalau dapat 5A. sedangkan dapat pelajar terbaik tadika pun happy gile hahahahaha.. ini pulak UPSR!!

disaat kita berniat nak menyembuhkan hati yg tercedera; kita dah "cederakan" hati org2 yg tengah bergumbira.. tak baik tau!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oh lupa..tahniah utk yana, mak yana , ayah yana & adik2 yana
semoga sampai bila2 berjaya jadi yg terbaik & survive dalam kehidupan yg mencabar nanti :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Seer ROSE- Yup saya mmg setuju dengan mereka yang dah berjaya boleh lah ckp sekian2....budak2kan, mereka ni kena dimotivasikan dan dibangkitkan...kita sendiri tak nampak arah tuju masa kecik cuma kita sering diingatkan oleh ibu ayah untuk usaha capai apa yang kita idamkan :)

AyuArjuna BiGoshh said...

hermit- sometimes i love to cakap with dinding, lukih2 dinding rumah hehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

ila ....

banyak kali akk baca komen ila...

i like :)

siyes.... :)

especially statment yang ini ..
Ibu yang anaknya 5A tue mengkin ibu yg berkerjaya. balik opis penat2 uruskan rumahtangga lepas penat di opis.. masih gigih berteleku temana anak study. sedangkan dia tak teman sangat pun mungkin tertidur2 tepi anak atau sibuk isi form contest :P

hahaha..cam terkona dengan diri den hahahahaha...


tu la..

susah nak paham hati ibu..

mana2 ibu pun nak yang terbaik...

spt yang ila luahkan, kita takut kenyataan yg macam blh memotivasikan orang secara tak langsung tidak memotivasikan...

sebenarnya kenyataan yang terbaik..jangan risau adik2 ta berjaya dapat apa yang idamkan janji adik terus usaha capai apa yang idamkan..macam kakak dulu ms upsr semua E, tapi akak bangkit dan berusaha..gagal hari ni tak semestinya gagal esok hari....

so statement mcm ni agak membina skit...

akk juga phm ibubapa yang anaknya dapat banyak A pun takdelah rasa anak die dah berjaya sangat pun tapi akk percaya dowang mesti hepi, dan mahu ank mereka rasa this is your personal achivement dan jangan berhenti...teruskanlah....

gitu...


anyway tq so much ila...

ila pun antara ibu yang banyak memberi inspirasi dari akk...

:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila memang tabik dengan akak.. mcm tak reti penat ke sana sini..kemari.. haha
tapi anak2 kak ayu ..alhamdulilah.. anak2 akak baik2 & elok je.. ila honestly takut tak dapat jadi ibu yg baik.. takut anak2 terikut benda2 tak elok.. ila syukur sgt kalau anak2 jadi org baik2.. walau tak cemerlang dlm akademik.. tapi dalam hadi "harap2 anak aku dapat keputusan bagus" haha

sejak khairy sakit..banyak ila belajar.. yg penting anak2 sihat..anak2 jadi anak yg baik..jangan terbabit dgn benda2 tak elok.. nak anak cemerlang dah tak jadi no 1 lagi.. mungkin jatuh no 3/4..

TAPI tak pulak ila tak tumpang happy and meraikan ibu2 yg anak2 berjaya.. dalam hati kagum sangat dgn ibu yg anak2 berjaya dlm pelajaran.. ank2 baik pulak tue.. mak dia aktif pulak tue.. jauhnya dari mak khairy yang lemah gemalai nie wakaka...

dan statment "dulu aku 5E dlm UPSR but now jadi doktor" tak perlu diviralkan
cukupla sekadar peringatan sesama kita & anak2 kita kalau itulah pengalaman kita pun..
janganla buat pelajaran itu perlu diamik mudah dari awal
kan lebih elok kesedaran tue datang awal
jangan cantas kesedaran "mesti study elok2" tue dalam pikiran bangsa kita
nanti mundur jadinya


odah said...

salam

anak akak tahun lpas 4A1B memang frust tak tahu nak ckp ...tp sokongan kwn2 dan sedarkan diri blk ada lg pekse yg perlu dia hadapi n aku harus bg sokongan. dan pastinya dia dpt juga hadiah. Kdg2 jgn salahkan org yg buat kluar statement xdpt A tp still jd org hebat gak..dpt A sikit tp masih keje hebat gak. Bila direnung blk bknnya nak mjahanamkan kegembiraan org lain tp ini blaku sbb sistem kita skrang dengan majlis graduasi dgn majlis makan mlm sentiasa dupdate dlm fb dlm blog. Guru2 dan PIBG belumba2 nak buat majlis masing2 nak lawan sekolah masing2. Kalu sek tu tdiri dr sek anak2 org kaya lg hebat majlis. kalu anak2 d luar bandar senyap jela.. sy pun xfhm. Ini plak kalu anak2 dpt 5A dan 4A ..diviralkan sgga 1 duni tau dlm TV pun mcm tu. Memangla nak tunjuk contoh. Tp org yg dpt skadar 3A,2A n takdak A mcmn ? Tak terasa ka?
Wkt kputusan tahun ni ada sorg murid lelaki sy tak ingat kputusn dia sbb dpt byk huruf dan pastinya gagal. Berckp skit2 dgn GB atas pentas.. sambil ckg d bwh bckp budak ni bmasalah, slalu xhadir sekolah. Sbaik shj dia duduk dkerusinya menangis shingg thinggut2 bahunya. Sy yg tgk mengalir air mata sbb sy dpt rs dia frust. Kita x akan tahu dia mayb ada masalah di rumah atau bgman dgn parentnya. dan parentnya memang xhadir...memang sedih. Apapun apa yg kita nak kongsi jgnla tlalu blebihan biarlah kegembiraan dkalangan keluarga kita sudah.

AyuArjuna BiGoshh said...

ila- betul kejayaan ni sebenarnya ukuran pada kertas peperiksaan semata..banyak lagi sebenarnya....sebagai ibu kita nak yang terbaik, dan pasti kesihatan yang baik tu mengatasi segalanya

AyuArjuna BiGoshh said...

odah- sebenarnya..memang orang lama ada berpesan jangan terlalu gembira dan jangan terlalu sedey....

biarlah bersederhana..


mmg sedey bila tgk anak2 yang nanges sebab kecewa dgn keputusan...tapi kalau kita terus tiupkan semangat mereka pasti satu hari mereka juga berjaya dlm apa jua bidang yang diceburi

anyways thanks for drop by. salam kenal