Monday, November 2, 2015

'EXCLUSIVE UNVEILING OF ZAYYEN': SEBUAH KOLABORASI FESYEN ZIANA ZAIN & ZATU EMERALD

Siapa tak kenal dengan Ziana Zain?
Semua masyarakat di Malaysia pasti kenal...
Baik Melayu, Cina mahupun India, nama Ziana Zain bukanlah asing buat mereka...

Bertempat di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur, 29.10.2015, Ziana Zain telah memperkenalkan label jenama pakaiannya iaitu ZAYYEN, iaitu satu kalaborasi Ziana Zain sendiri bersama Zatu Emerald.

Kebanyakan fesyen di bawah label ZAYYEN mempertengahkan konsep santai dan trendy, sesuai dengan citarasa penggemar fesyen yang mencintai gaya unik dan sopan.

Terdapat banyak koleksi yang digayakan pada hari pelancaran, namun saya hanya berkesempatan mengambil beberapa foto sahaja :p

Antaranya:-




Semuanya cantik2 uollls...
Tapi saya sempat merakamkan 3 sahaja gambar yang terbaik (maaf lensa kamera tak berapa memberi kerjasana yang baik ketika ini)

Kemunculan Ziana Zain menyanyikan beberapa lagu hits mencuri perhatian hadirin yang hadir ke hi-tea ini. Kagum giler dengan suara kak Ziana Zain ketika menyanyi secara live!!

Saya suka elemen batik dalam rekaan ini. Nampak simple tapi cantik digaya untuk upacara korporat.

Comel dipakain untuk mereka yang bertubuh sederhana dan petite. Sangat klasik! Top seolah-olah cardigan digayakan dengan fesyen tudung ini.

Ziana Zain, bersama pereka fesyen dan model yang menggayakan rekaan ZAYYEN!

Pakaian kak Ziana Zain pada hari pelancaran juga sangat cantik. Ala-ala kimono digayakan dengan seluar potongan lurus berwarna hitam. Nampak begitu elegan :)

Dengan rekaan yang unik dan menarik, saya yakin label ZAYYEN boleh menambat hati peminat fesyen dan boleh bergerak dengan lebih jauh lagi.

tq for the jemputan :)

xoxo;

No comments: