Monday, November 9, 2015

Jom Dapatkan Koleksi LEGO Shell V-Power | Hadiahkan Set Ini Untuk Anak Anda!


Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.

Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru yang menjanjikan keseronokan kepada pelanggan dengan hanya mengisi bahan api atau berbelanja di Shell. Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.

“Melalui Koleksi LEGO Shell V-Power, kami dapat menarik minat orang ramai – termasuklah para pemandu, peminat perlumbaan kereta, penggemar barang mainan, kanak-kanak dan juga orang dewasa – untuk sama-sama menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka. Bagi kami aktiviti membina kereta mainan ini akan menjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Visi kami adalah supaya para pelanggan dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka ketika memasang set LEGO,” 

“Kebanyakan pengguna tentu pernah bermain dengan LEGO semasa kecil. Ambillah peluang ini untuk menyusun semula set LEGO bersama rakan-rakan, seperti zaman kanak-kanak anda. Sempena musim cuti sekolah tidak lama lagi, tentu ada ibu bapa yang mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak melalui aktiviti memasang kereta Ferrari serta set permainan LEGO,” 

Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.


kredit pic: Nannie Isa

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.


Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).


Mengeratkan Hubungan Koleksi LEGO Shell V-Power

Bersempena dengan cuti sekolah, memang anak-anak kita akan teruja apabila kita berikan set lego Shell untuk mereka berusaha membina dan berkreativiti.

Melalui komponen yang mudah dipasang bersama bantuan manual yang diberikan, sememangnya waktu bermain ketika waktu cuti sekolah mereka menjadi lebih seronok.

 Apa yang penting, selain daripada anak-anak kita dapat berkreativiti, kita juga dapat menghabiskan masa dengan melakukan perkara bermanfaat bersama-sama. Sekaligus aktiviti ini mampu mengeratkan perhubungan antara ibubapa dan anak-anak. Menarik bukan?

Ketekunan, sabar dan belajar mematuhu arahan cara membina antara kunci asas kejayaan dalam membina lego ini :)

 Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Cantikkan apabila siap di pasang :)

 Close up lego model kereta Ferrari  yang berjaya dibina:)

 Ok, kita boleh bermain bersama-sama...

Secara sepakat dan gembira!


video

Video cara pemasangan lego kereta Ferrari :)


Koleksi LEGO® Shell V-Power
*Sedikit info
Koleksi edisi terhad ini meraikan Perkongsian Teknikal selama 60 tahun antara Shell dengan Scuderia Ferrari ke arah keunggulan prestasi. Shell telah bekerjasama dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO selama lebih enam bulan untuk menghasilkan kereta dan set mainan yang baru. Model kereta dalam koleksi baru ini sekali lagi menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh Kumpulan LEGO. Model ini direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.


Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada. 

Antara koleksi Lego Shell:- set stesen Shell dengan patung mainan Saintis Shell LEGO; Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO; kereta Ferrari F12berlinetta; kereta  Ferrari 512 S; kereta Ferrari F138; dan kereta Ferrari 250 GTO.

Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.

30 comments:

Mike Yip said...

The race track that I got sudah jadi drawing paper for my 1 year old niece -_-

AyuArjuna BiGoshh said...

mike- hahahahah seriously.....never mind can get later at shell petrol station :p

cindyrina said...

my niece and nephew sure love to own this too. pump more at shell.

AyuArjuna BiGoshh said...

cindy- yup my kids too...need to switch to shell..and collects all (lego)

Emily said...

Ah, kids would love these! Thank god I am not a collector, or I can see my money flying out.

AyuArjuna BiGoshh said...

Emily- sure kids will love this :)

Sherry said...

we used Shell always hehe.. always go pump petrol.
Just bought one lego car for son.

AyuArjuna BiGoshh said...

sherry- u must collect all heheheh

jeremiah teoh said...

Hahaha...My youngest brother has collected most them...but all these collectible items makes a good display :)

5 little angels said...

Hari itu I nampak Lego jual kat Shell station and was very impressed with the design. Will get it for my children.

FiSh. ohFISHiee said...

i was there at the roadshow too!! why didnt get to see you that day, hehe. I am a Lego collector too btw

Michelle Lim said...

Sorry I don't understand Malay but I'm sure the event is great !

Syafiera Yamin said...

I suka Lego Lego ni sebab cute sangat. My son mesti suka sangat !

Syafiera Yamin said...

I suka Lego Lego ni sebab cute sangat. My son mesti suka sangat !

Kelly Chin said...

My nephews memang suka lego we are going there later today hopefully can get a carpark on public holiday.

GengQian said...

Lego car is so cute! Now i have one more idea for my Christmas shopping list. thanks!

Sharon Lee said...

Waaa The big race car are made by so many lego bricks! It use up alot of time and effort to do it! Should grab 1 koleksi lego at Shell since my mum are a big fan of Shell hehe!

Bella Enveeus said...

Sebenarnya bukan budak2 je suka, bapak budak2 pun ramai yang suka kumpul ni. Datuk budak pun sekali. My uncle suka, possibly sebab kereta lah. Tapi it's nice bila dah ada banyak2..

Isabel Lee said...

Initially I thought you meant the BIG lego car LOL!! THe blue one is really nice but sadly that's not the real thing xD

Betty Liew siaw fan said...

I saw this when I pump petrol yesterday and it sold rm9.90. Thinking of buying but end up forget. Hehe

Cecilia Qianqian said...

Awww, didn't know Shell is doing this since I'm not Shell user. Gonna tell my friend to collect it.

wfc said...

great campaign !! i'm also Shell supporter .must check it when i next visit to shell station!!

Anfield Yee said...

OMG... I am SO gonna collect those blocks!! They are so cute!!

Rawlins GLAM said...

Bahaya nie.
Ish bahaya nie.
Kang terbeli plak.
Ish.
*Bersiap nak gi isi minyak dan start collecting*
Uwaaa.
Tak tahan godaan.

Ivy Kam said...

Love all the sets, would like to collect a complete one :)

Isaac Tan said...

nice lego set! :) i have a feeling lots of people will go crazy for this :)

Leona Lim said...

i really want to collect all these! tapi tapi...hard to get I think.

Kylie wenn said...

I got 2 d.. more to go..... Nak dapatkan full collection.. Tu casing to display the collection ada jual ker?

AyuArjuna BiGoshh said...

kylie- not sure kena check kat shell station :)

Misz Aein said...

Now there's even car lego. Though I'm not big fan of lego or cars, but its Ferrari and on lego! Cool nya.