Keseronokan U MOBILE Store di KidZania

U Mobile Sdn Bhd,telah melancarkan pembukaan secara besar-besaran di  "U Mobile Store" kedai pemasangan telefon mudah alih yang mesra kanak-kanak di KidZania Kuala Lumpur. Kini kanak-kanak yang datang bermain di KidZania berpeluang belajar dan mengetahui pelbagai maklumat yang menarik mengenai telefon mudah alih. Sekaligus memberi pendedahan kepada mereka untuk menjadi pengguna telefon mudah alih lebih bertanggungjawab dengan cara menarik.


Seperti berada di kedai telefon sebenar, terdapat beberapa telefon pintar dipamerkan yang boleh dicuba oleh pelanggan (kanak-kanak).

Penerangan sevara interaktif menerusi paparan skrin di kedai U Mobile.

Jenis servis yang ditawarkan oleh U Mobile kepada pelanggannya.

Pelanggan yang terdiri daripada kanak-kanak akan diberi penerangan dan tugasan tertentu oleh staff U Mobile Store.

Mereka akan diberikan "dummy sim-kad", untuk belajar menggunakan pada telefon mudah alih yang dipinjamkan khas.

Jika pelanggan berjaya menjalankan misinya, kanak-kanak bertuah ini boleh memperolehi sim kad sebenar dari kedai U Mobile Store ini. Sim kad sebenar akan diberikan antara pukul 2pm-3pm sahaja.

Aktiviti ini memang menarik!
Untuk merasai dan mengetahui lebih lanjut tentang permainan telefon mudah alih bersama U Mobile, bolehlah anda bawa anak-anak untuk berkunjung ke KidsZania! Dan alamilah keseronokannya di sana :)
Keseronokan U MOBILE Store di KidZania Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.