Wednesday, November 4, 2015

Kidzania Mengumumkan Kerjasama Dengan Agensi Industri Terkemuka di Malaysia

KidZania telah mengumumkan kalaborasi bersama agensi industri terkemuka di tanahair, antaranya seperti Media Prima TV Networks, Media Prima Radio Networks (Hot FM dan Fly FM), BHPetrol, Spritzer, Canon dan Stabillo.

Majlis pengumuman ini telah berlangsung pada 3 November 2015 di Mini Theater KidZania Kuala Lumpur.  Menurut Cik Susanah Abdul Gani (Governor of KidZania Kuala Lumpur);

"We are very proud to not only welcome three new partners but also to maintain three longstanding partners in our KidZania family. We firmly believe that this collaboration will further enhance the educational experience in KidZania Kuala Lumpur".

Di persidangan media, turut menampilkan beberapa aksi persembahan dari KidZania untuk memperkenalkan industri yang bakal meneruskan kerjasama pihak KidZania.

Memang enjoy kami menonton persembahan "gimmick" yang sarat dengan mesej dan menghiburkan ini :)











Sehubungan dengan kolaborasi ini, anak-anak berpeluang merasai sendiri keseronokan bermain secara  "role-play" sekaligus menerapkan pendidikan yang baik dan berguna dalam membantu mereka untuk menyelami bidang-bidang tugas di alam pekerjaan orang dewasa.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari ke laman web : www.kidzania.com.my

4 comments:

Shila Azizi said...

Tak sabar tunggu Aisyah besar, nak bawa ke kidzania...hehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

shila- kidzani klu bw anak2 mmg tak rugi :)

adianiez AIDA said...

Aida da bwk anak2 :-)
Terbaik...
Kidzos ada berlebih.
Akan terjah kali ke2 nanti....

AyuArjuna BiGoshh said...

aida-- stp tahun mesti ada penambahan