Wednesday, November 25, 2015

Mengenali Sandwich O'Briens Secara Dekat | Belajar Menyediakannya Memang Perkara Hebat!

O'Briens Iris Sandwich Cafe mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh Brody Sweeny di Dublin Ireland. Sehingga kini terdapat lebih 200 outlet di seluruh dunia. Dan di Malaysia sendiri terdapat 21 outlet. Cafe O'Brien sememangnya menawarkan pelbagai hidangan ringkas yang berkhasiat. Ini terutamanya menu sandwich-nya yang begitu popular, menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti variasi jenis roti yang ditawarkan, kepelbagaian sayuran segar yang digunakan, isi filing seperti ayam, tuna, telur dan macam-macam lagi. Selain itu citarasa sos-sos resepi irish yang unik, bersama sentuhan rasa keju yang pelbagai.

Pengunujung cafe O'Briens juga boleh memilih untuk menikmati sandwich bersama secangkir kopi yang enak, ataupun mencuba pelbagai jenis air buah seperti detox, yang mana ssinonim dalam memelihara kesihatan diri.

Saya begitu kagum dengan susun atur cafe yang sangat santai. Apatah lagi bersempena dengan kehadiran Krismas, tidak dinafikan Cafe O'Briens turut memberi suntikan ceria yang bertemakan hari natal yang bakal dirai.
.
Luas dan selesa

Terdapat juga sudut yang lebih privasi untuk pengunjung O'Briens!

"Chips" ini antara kegemaran saya. Keranggupan kerepek dengan perisa "Sour Cream & Onion", kudapan yang tidak pernah tolak setiap kali dipelawa untuk menikmatinya.

Pelbagai pilihan jus buahan segar yang boleh kita order dari Cafe O'Briens.

Terdapat juga minuman dalam tin, sparkling dan bergas. 

Hidangan enak khasnya sewaktu menikmati "tea-time"

Kopi O'Briens yang esklusif! Hanya terdapat di Cafe O'Briens sahaja :)

Seperti yang saya war-warkan, sandwich di Cafe O'Briens antara yang mendapat perhatian hampir ke semua pelannggannya. Melihat sendiri jenis roti yang ditawarkan (dihasilkan daripada resepi Irish) yang pelbagai memang mengujakan. Apatah lagi roti ini di bakar "fresh from oven" setiap hari.
Contohnya seperti roti Shambo (sejenis roti dari jenis foccacia) mempunyai bentuk seperti "Shamrock" (The Shamrock is the epitome of Ireland and represents good luck thus it is closely associate to O'Briens)

Ciabatta, roti yang mempunyai tekstur yang begitu lembut :)

Wholemeal bread ataupun whitebread.

Intipati "filing" yang pelbagai.

So-sos O'Brien yang bercitarasakan resepi Irish!

Keju!

Hirisan daging, hot dog dan macam-macam lagi.

Jemputan istimewa dari team SEETIES Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman membuat sandwich di O'Brien Cafe memang menarik. Di sini kita kana pelajari pembuatan sandwich terbaik dari Cafe O'Brien. 

Sangat mudah!
Memilih jesni roti yang hendak dinikmati.

Sapukan sedikit lepa mentega. Seterusnya meletakkan satu pilihan isi sandwich yang kita mahukan. Contohnya pilihan di sini "Smoke Chicken Thigh"

Kemudiannya, kita letakkan keju di atas isi sandwich.

Bakar selama 50 saat..
Tada!!!!
Menggunakan keju cheddar!!

Dan yang ini pula daripada keju mozarella :)


Letak sayuran pili(1 jenis), dan kita boleh tambahkan kepingan "chicken crisp" yang ranggup! Walla!!!

Dan juga jangan lupa untuk letakkan sos (mengikut pilihan pengunjung)

Bagi saya ini adalah kekuatan yang menjadikan sandwich yang dihasilkan begitu enak. Keranggupan kepingan daging ini, memang benar memberi bait-bait istimewa dalam setiap gigitan dalam mulut.

Siap, boleh potong sandwich mengikut kesesuaian.

Ahemmmmmmmmmm.....Jangan lupakan selitkan beberapa kepingan chips enak dari O'Brien!

Menarik bukan?
Dengan suasana dapur yang bersih dan kemas..
Aturan bahan-bahan yang hendak digunakan sangat teratur..
Tidak hairanlah sandwich yang sering mendapat perhatian pelanggan mampu disediakan dengan segera!

Antara sandwich yang mendapat perhatian saya, hasil daripada sentuhan para media dan juga pihak cafe O'Brien sendiri..

Seperti gambar di bawah ya!






Memang boleh membuatkan kita semua terliur bukan ?.....
Paling penting selain jenis bahan yang digunakan segar dan bermutu tinggi, ianya juga hidangan yang sihat :=)

Lihat sahaja Blogger Sally dan rakannya yang begitu gembira menikmati hidangan, satu momen persahabatan yang pastinya sampai bila-bila menjadi kenangan..

Untuk lebih diskaun dan promosi hebat, pelanggan O'Briens boleh memohon untuk menjadi ahli O'Briens...

Begitu juga promosi istimewa bersempena dengan Krismas, roti sandwich enak dan air minuman yang ditawarkan jauh berpatutan.


Jangan lupa untuk mencuba hidangan esklusif ini di semua cawangan cafe O'Brien untuk masa yang terhad ya.

Keterangan lanjut;
03-92813646
info@obriens.com.my
www.obriens.com.my


HEARTY
HEALTHY
WHOLESOME


Tq #seeties :)

No comments: