Monday, November 30, 2015

The Parenthood London Street Pertama di Malaysia, Pusat Sehenti Terbaik Buat Keluarga!

"The Parenthood", London Street pertama di Malaysia kini berada di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Bakal dibuka pada semua pengunjung 5 Disember 2015 ini, pastinya "The Parenthood" sebagai pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan variasi barangan jualan. Untuk pengetahuan semua, di "The Parenthood" terdapat 33 lot kedai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan bayi seawal 1 bulan, barangan kanak-kanak termasuklah alat tulis, permainan interaktif, pakaian beragam dan sebagainya.

Bagi membolehkan anak-anak kita bermain dengan gembira dan selamat. Kita boleh mengunjungi "My Kingdom" playground di dalam The Parenthood, satu taman tema indoor yang menyediakan pelbagai permainan yang menarik!

Buat ibu atau bapa yang inginkan sedikit ruang buat diri "me time", bolehlah berkunjung ke saloon di dalam The Parenthood sementara anak-anak bermain dengan gembira dan selamat di taman tema "My Kingdom by The Parenthood".

Secara ringkas "The Parenthood" pusat sehenti famili menawarkan 4 komponen iaitu:-

- Relaks dan Beristirehat
"Family fitness room"- yang menawarkan aktiviti kecergasan yang menawarkan 'WiO Express's Power Plate' dan beberapa alatan kecergasan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan anak. Buat ibu bapa yang hendak mendapatkan perkhidmatan "facial", 'pedicure & manicure', dandanan dan gunting rambut bolehlah terjah ke "A Beauty Secret Studio"

 "A Beauty Secret Studio"

"facial muka", dan ntuk masa akan datang perkhidmatan urutan badan juga akan ditawarkan.

Selain ibu-bapa, kanak-kanak juga boleh mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di sini.


- Pendidikan dan Permainan
Aktiviti bersama yang boleh melibatkan ibubapa dan juga anak. Contohnya seperti bengkel, taman tema dan sebagainya.

 Inilah "My Kingdom playground by  The Parenthood", taman tema indoor yang berkeluasan 4500 kakitaman tema indoor yang berkeluasan 4500 kaki persegi . Menawarkan pelbagai permainan yang menarik bersesuaian mengikut umur kanak-kanak (bawah 12 tahun) yang datang bermain di sini. Caj pas yang kenakan adalah seperti berikut:-

Isnin-Jumaat : RM35
Sabtu-Ahad : RM45
*pas untuk satu hari
**Promosi untuk mereka yang membeli 4 pas akan diberikan 1 percuma
***Promosi pada hari pembukaan 5 Disember 2015, beli 3 pas percuma lagi 2 pas masuk

Terdapat sudut yang mana kanak-kanak boleh berehat di atas "bean bag" sambil bermain X-Box.

Pelbagai jenis slide di My Kingdom playground by The Parenthood", taman tema indoor yang berkeluasan 4500 kakimengikut kesesuaian usia kanak-kanak yang datang bermain di sini.
Pastinya slide ini mencuri perhatian kanak-kanak...
Agak panjang dan menyeronokkan apabila meluncur!

Selain mini flying fox, trampolin di sini juga antara permainan yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

My anaqi yang begitu gembira, berlari sambil bermain 'hide and seek" bersama adik-beradiknya yang lain.

Adik Ameer yang begitu sukakan kuda!

Afiq yang dibuli abang dan kakaknya!
Hahahaha
Ahem, sebenarnya mereka sedang gembira, mencuba permainan yang tidak pernah mereka cuba sebelum ini! Pelik tapi tidak merbahaya :)

Climbing the wall...

Permainan yang menjadi tarikan buat kanak-kanak bawah 2 tahun..

Ball pit tunnels...
Dipenuhi dengan bola!

Di The Parenthood juga disediakan ruang/bilik yang boleh dijadikan tempat beraktiviti, seperti bengkel, majlis hari jadi dan sebagainya.

- Menjamu Selera 
Disediakan juga Cafe' yang menawarkan perlbagai menu yang berkhasiat.

Cafe Lillipilli terletak bersebelahan dengan "My Kingdom playground by The Parenthood", taman tema indoor yang berkeluasan 4500 kaki. Buat ibubapa atau penjaga sambil menunggu anak mereka bermain, bolehlah mereka bersantai sambil menikmati juadah yang ditawarkan di sini,

Sambil-sambil menjamu selera, boleh juga mengawasi anak anda yang sedang bermain melalui skrin CCTV yang terletak berhadapan dengan cafe.


- Membeli-belah
Konsep mini pasaraya yang mempertengahkan 33 kedai jualan pelbagai produk dan servis khasnya buat ibu dan anak (seawal usia sebulan dan keatas). Jenama seperti Pigeon, Pureen, Hasbro, Faber Castle dan banyak lagi boleh didapati di sini, dengan pelbagai tawaran menarik yang menanti.


Antaranya outlet yang terdapat di The Parenthood seperti:-

Pigeon

SPM games - yang menjual permainan Saidina dan macam-macam lagi.

Butik pakaian beragam kanak-kanak

Faber Castle

Menjual barangan/pek parti

Kedai permainan kanak-kanak - mini figurin dan lain2

Kedai yang menjual CD permainan online

Name sticker pun ada!

Booth-booth souvenir yang sesuai buat kanak-kanak

Kedai permainan

Kedai kraf

Barangan Johnson&Johnson

Peralatan penyusuan

Penjagaan bayi

Butik baju kanak-kanak

wheel board pun ada!

Stroller

dan macam-macam lagi :=)


- Lain-lain
Pelbagai servis yang disediakan di sini, antaranya seperti 'Drop & Shop' untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas, menyediakan perkhidmatan majlis hari jadi dan sebagainya.

Terdapat juga mini bus London.


 

Melihat sendiri bagaimana kaedah mewarna lukisan secara amatur/konsep lukisan jalanan

Hasil seni yang menarik.

Kiosk Zoomoo, yang membolehkan kanak-kanak bermain  dan mengutip poin menerusi aplikasi yang disediakan.

Keterangan lanjut boleh layari http://theparenthood.com.my

Jangan lupa uolls kalau ke Sunway Putra Mall Kuala Lumpur, singgah sekali The Parenthood inspirasi London Street Pertama di Malaysia, Pusat Sehenti Terbaik Buat Keluarga!!

5 comments:

mama tisya said...

Menarik jugak tmpt baru ni..bdk2 la happy kalo dpt main2 kt indoor tu

mama tisya said...

Menarik jugak tmpt baru ni..bdk2 la happy kalo dpt main2 kt indoor tu

Mama Zharfan said...

nampak besh

Anaqi Pro said...

mt- mmg menarik

mz- mmg best :)

Elee Yi said...

Hi Ayu

Thanks for passing my kids clothes to my hubby that day at the party room..haha.all the kids are having fun..mummy is super tiring and pening