Posts

Showing posts from December, 2015

Pertama Kali Hantar Anak Ke Pra Sekolah SKTTDI

Image
Semalam, pertama kalinya saya menghadiri majlis orientasi pra sekolah. Sebelum ni saya hanya hantar anak ke IIUM Educare Kindergarten, tapi untuk tahun 2016 my Amani ke pra sekolah di sekolah kebangsaan.
Antara sebab lain, berkemungkinan pertengahan tahun 2016 saya sudah tidak bekerja dengan UIA. Sob sob sob.
Seawal 10 pagi majlis dimulakan dengan.ucapan guru besar, perlantikan majlis ibu bapa dan pengenalan guru pra sekolah.
Seterusnya kami dibawa ke kelas Pra Sekolah bagi tujuan pendaftaran dan lawatan tapak ke kelas. Cantik dan kemas..
Ada ruang dapur, makan dan bilik air yang kemas serta bersih.

Hanya seramai 25 murid sahaja untuk kelas di pra sekolah.

Selain buku-buku bacaan yang banyak. Permainan dalam bentuk alat bantuan mengajar macam-macam jenis pun ada.

Tahun depan dah 6 tahun My Amani. Alhamdulillah. Saya seronok dan perkembangan beliau..boleh membaca dengan baik, mengira dan mudah menghafaz. Mungkin sebab beliau pompuan so ciri2 anak rajin macam saya tu ada, hihihi (peras…

Guardian Menyemarakkan Kecerian Kanak-Kanak Untuk Kembali Ke Sekolah!

Image
Sebagai peneraju rantaian farmasi, kesihatan dan kecantikan terulung, Guardian Malaysia melalui Program CSR telah meraikan musim pembukaan sekolah bersama dengan 100 kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dan acara ini telah diadakan di Restoran Full House Sunway Piramid.
 Setiap kanak-kanak yang hadir menerima beg esklusif Garfield On-The-Go dan beberapa barangan keperluan persekolahan.

Kanak-kanak yang hadir ini juga telah dijamukan dengan pelbagai hidangan enak sambil ditemani penjaga rumah kebajikan yang mereka huni.
Selain acara makan-makan, kanak-kanak ini juga dihiburkan dengan gelagat-gelagat badut yang ternyata menjadikan suasana majlis bertambah ceria.
 Kanak-kanak yang kecil pasti teruja dengan belon rekaan yang dihasilkan badut. Suasana yang santai dan ceria sememangnya memberika keseronokan buat anak-anak yang hadir.

 Terdapat juga acara pentas yang boleh disertai oleh kanak-kanak. Dan setiap pemenang bakal menerima hadiah esklusif dari Guardian :=)

 Saya bersama dengan …

My Teksi ~ Cabaran 60 Saat!

Image
Semalam seharian saya tak update blog. Siyes memang hidup saya BZ giler...(kalah Datuk AM yang superman ittew, katanyaaaaa) Dengan marking dan analisis kertas exam... Dengan nak amik hadiah kat beberapa tempat.. Dengan nak drop form juga kat beberapa tempat... Dengan urusan anak sekolah tak setel2... Capek giler..
Bayangkan dari 9 pagi sampai ke 4.30 petang...tak makan hanya minum semata, huhuh Lepas tu anak pula call dari umah inform yang PR organizer Knorr nak jumpa dalam 5.30 kat umah. Kalut giler jadinya, huhuhu. Dalam stress nak kena balik awal, sempat juga saya masuk apps My Teksi dan mencuba nasib..
kredit pic : Iris Delisha
Alhamdulillah rejeki.. 2 kali cuba untuk dapatkan Teks1M yang membawa peralatan persekolahan.. Dan tak sangka teksi ni ada berdekatan kiranya dalam 10 mins nak ke tempat saya (kat opis time ni)
Sampai2 ajer Teks1M terus die hulurkan form untuk saya tandatangan. Sebab saya dah register phone saya ngan My Teksi so dowang dah ada details saya..
Dalam 1 minit s…

Gegeh Pukul 3 Pagi Ke Pasar Borong Klang!

Image
Sekarang macam dah rutin... Setiap 2 minggu, takpun sebulan sekali harus terjah Pasar Borong Klang... Tapi pasar borong ni dier buka untuk orang awam bermula 3 pagi sampai 7 pagi... So memang gegehlah Dedet ngan Anaqi kul 3 pagi bangun, cuci taik mata..gosok gigi (amik syarat) terus start enjin keta dan menuju ke Klang dengan hati gembira paksa rela.

Kenapa memilih untuk membeli ikan di pasar borong? Dahla kedudukannya bukan sebelah rumah? Bukanlah jauh sangat... Takdelah dekat juga....
Tapi.. Sebab nak dapatkan ikan yang segar-bugar pada harga yang sangaaaaaaat berpatutan... Memang kena terjah pasar borong...
Ketam besaq-besaq RM17 sekilo kalau nasibbaik dapat RM15 sekilo... Ikan selayang dalam RM6-RM8 sekilo....
 Sotong lagila yang saiz agak besar RM15-RM17 sekilo...
Udang paling murah RM15 sekilo, bergantung pada saiz...

Pasar borong ni takdelah besar mana..
Tapi pilihan tetap banyak untuk kita menjamu mata..

Berdekatan dengan pasar ikan ada orang jual sayur.. Jenis ramai pembeli …

"Keep Calm" dan Jom Bayar Zakat!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Sorotan dari melihat sendiri bagaimana dengan kisah apabila kita berkongsi waima dengan sedikit harta yang kita ada/miliki kepada orang yang memerlukan. Pasti penerima akan berasa begitu gembira dan bahagia.

Jadi mengapa perlu kita berzakat dalam kata erti kata sebenar-benarnya. Merujuk kepada ayat 4-6 Surah Al Mukminum Tujuan utama kita berzakat, pertamanya ianya untuk membersihkan harta dan hati daripada sifat yang tercela seperti kedekut dan bakhil. Selain itu dengan berzakat ianya mengajar kita untuk lebih rasa ingin berkongsi sedikit sahaja harta yang dimiliki terutama dengan mereka yang benar-benar perlukannya.
Dan kita perlu percaya dan yakin. Satiap zakat yang dikeluarkan pasti akan memberikan rezeki yang baik-baik buat kita, keluarag dan mereka yang dekat dengan kita.
Untuk pengetahuan semua terdapat 8 golongan asnaf zakat iaitu:
1. Asnaf Fakir Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan teta…

Tempahan Kek Istimewa Dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Image
Hari ini 24 Disember... Hari jadi My Anaqi yang ke 14 tahun!!
Besar dah abang long, hahahahhaha Dan untuk kali ini, saya menempah kek dari Hotel Grand BlueWave!
Kenapa tempah kek dari hotel? Sebabnya... 1. Saya dah pernah cuba rasa kek-kek dari Hotel Grand BlueWave dan ternya semuanya sedap-sedap belaka.  2. Esklusif dibuat sendiri oleh chef yang memang mahir dalam bidang bakeri. 3. Paling penting penggunaan 100% bahan HALAL (sebabnya semasa saya buat food review di sini saya telah diperkenalkan barisan chef yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan segala hidangan buat tetamu yang datang berkunjung.) 4. Harga sangat berpatutan!
 Tadaaaaaaaaaaaa...
Kenalkan pilihan saya buat Anaqi ~ Kek Nutella Crunchy Nut!

Kek ni penuh dengan limpahan kacang di atasnya...

 Walaupun ianya 1kg, tapi ianya padat dan berat!

 Muka budak yang hepi menyambut hari kelahirannya hari ini..

 Untuk keluarga saya yang seramai 8 orang...
Saiz kek ini memang sudah memadai...


 Dengan rasa coklat bernutella..…