Friday, December 11, 2015

Aiskrim Potong King's Kini Dalam Perisa Teh Tarik

Kenalkan....
Jeng..jeng...
Ais krim terbaru di pasaran :)




Tidak dinafikan King’s Potong mampu mengembalikan kenangan nostalgia masa lalu. Walaupun bentuk asi krim ini agak "simple" namun ianya boleh mengembirakan kita dengan kepelbagaian perisanya terutama ketika cuaca panas. Sehingga ke hari ini, walaupun kita diberi pelbagai pilihan ais krim di pasaran, tetapi kita tetap ingin menikmati aiskrim Potong pada bila-bila masa dek kerana keunikannya yang tersendiri.

Dalam memelihara budaya makanan Malaysia dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati pencuci mulut kegemaran mereka dalam bentuk ais krim potong, King's telah menghasilkan aiskrim kepelbagaian perisa seperti Kacang Merah, Pulut Hitam, Durian, Cempedak dan Keladi. Dan semestinya King’s Potong terkenal dengan perisa asli tempatan kerana penggunaan santan asli. Dan King's telah mencetus satu produk inovasi dalam keluarannya dengan memperkenalkan perisa terbaru Potong King's iaitu perisa teh tarik!

Semua sekian maklum minuman kegemaran rakyat Malaysia adalah Teh Tarik. Sebagai satu trademark buat masyarakat Malaysia untuk menikmati teh tarik terutama ketika waktu sarapan pagi, minuman petang mahupun minum lewat malam.

Oleh itu, King’s Potong dengan kerjasama F&N Krimer Manis telah melancarkan varian Teh Tarik dengan menggunakan resepi asli F&N iaitu 2.5g serbuk teh dan dua sudu besar F&N Krimer Manis untuk mengekalkan rasa asli dalam secawan Teh Tarik. 



 Apa yang menarik aiskri kan sahaja memberi rasa teh tarik yang terbaik. Bahkan saya sangat sukakan tekstur konfeksi aisnya yang begitu lembut.


Dalam setiap gigitan akan rasa teh tarik di bahagian luar manakala didalamnya ada rasa lemak susu. Kombinasa rasa yang mewah untuk aiskrim potong sememangnya luar biasa!

Menikmatinya tidak kira tua atau muda..


Secara santai ketika beristiherat di rumah..


Dengan penuh keterujaan dan kenikmatan!
Sememangnya membahagiakan :p


 King’s Potong boleh didapati pada harga RM1.30 sebatang atau RM6.95 untuk pek 6 batang (termasuk 6% GST). Kesemua King’s Potong boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, dan juga di kedai-kedai runcit yang berdekatan di seluruh negara.




Jom ber-teh tarik dalam bentuk ais krim, yummmhhh!!!

2 comments:

Cik Yanie said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nk beli jgak laaa.

AyuArjuna BiGoshh said...

cik yanie--- tryla sedap woooo