Thursday, December 3, 2015

Didik Anak Cara Pengasingan Sampah Di Rumah :)

Setiap hari kita menikmati makanan. Pagi, tengahari, petang dan malam. Dan makanan yang kita nikmati pastinya datang dengan pembungkusan seperti plastik, kertas, tin mahupun kaca. Bayangkan, setiap hari selepas mengemas dapur kita akan lihat bertapa banyaknya plastik yang mengandungi sampah untuk dibuang.

Itu baru koleksi sampah untuk satu hari. Cuba bayangkan jika sampah untuk seminggu, sebulan, bahkan bertahun. Pasti bertan-tan sumbangan sampah daripada rumah kita sendiri Namun sejak akhir-akhir ni saya didedahkan tentang kempen pengasingan sampah oleh pihak kerajaan.

Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya sangat mudah. Ini kerana ianya bergantung kepada cara didikan dan tabiat kita mengendalikan sampah di rumah.
*Sumber gambar dari Google
Rujuk poster diatas tentang jenis sampah yang perlu diasingkan. 
Paling penting, kenapa perlu asingkan? Bagus info ni uollls!!!
Saya memang melatih anak saya untuk mengenali jenis sampah yang biasa terdapat di rumah.
Ada plastik... Ada kotak... Ada kertas...
Ada tin... Ada botol...
Paling penting kena jelaskan pada anak, kenapa perlu diasingkan sampah-sampah ini. 
Dan pastikan dowang juga tahu jenis sampah apa yang diorang buang.
Kompleks sangat ke?
Idakler...
My Amani yang berusia 5 tahun pun tahu membezakan sampah.
Di rumah memang saya dah sediakan 3 jenis plastik pengumpulan sampah :)
 Untuk sampah kertas, masukkan dalam plastik yang ada tulis perkataan KERTAS.
Dan saya memang pesan dekat Amani, untuk sampah kertas,
plastik dier ada tulis perkataan K-E-R-T-A-S warna merah.
Gumpal kertas untuk kecikkan saiz. Dan untuk kotak minuman, pastikan tak ada air didalamnya. Penyek dengan kemas!
Pastikan sampah dibuang dalam plastik betul yang telah disediakan.
Begitu juga bekas makanan seperti plastik ais krim.
 Atau botol air plastik, kena buang dalam plastik hitam yang bertulis P-L-A-S-T-I-K  warna biru.
Untuk sampah yang diperbuat daripada tin aluminium ataupun kaca 
(kaca jarang sekali anak saya kena tolong buang).
Saya didik mereka untuk masukkan dalam plastik hitam yang mempunyai tulisan T-I-N warna hijau.
Cukup masa penuh ataupun hari Selasa, Khamis dan Sabtu (hari pengutipan sampah di kawasan rumah saya). Saya akan ikat sampah-sampah yang telah dikumpul dan diasingkan.
Dan seterusnya meletakkannya di tepi tong sampah hijau.

Begitulah rutin setiap kali kami sekeluarga membuang sampah. Bila kita dah biasa didik anak 
cara yang betul tentang pengasingan dan pembuangan sampah, secara tidak langsung dapat 
menolong pihak pemungutan sampah membuat kerja-kerja mereka dengan lancar.
*Sumber gambar dari google
Sampah yang berbau seperti lampin terpakai anak, sisa-sisa makanan dan sebagainya 
saya akan letak dalam plastik dan ikat dengan kemas. Cuma untuk sampah ini saya 
akan masukkan dalam tong sampah dan pastikan ianya siap tertutup.

Bila saya mampu mengawal selia segala sampah dalam rumah dengan teratur, jiwa saya lebih gembira. Sebab rumah saya bersih dan persekitaran rumah saya juga dua kali ganda bersih.

Kehidupan sekeluarga lebih sejahtera dan gembira!
Kannnnnnnnnnnnn
Dan uolls ada tak buat pengasingan sampah sepertimana yang disarankan?
Buat jangan tak buat :p

Cuma terfikir juga, alangkah baiknya sampah2 yang kita buangkan dapat ditransformasikan 
untuk sesuatu yang lebih berharga. Contoh tenaga eektrik ke... hmmmmm
Ada jugak manfaatnya bukan? :p

#WasteToEnergy 
#AsingKan 
#BlooggersMedia

11 comments:

Sheila Adziz said...

wow... gd idea sis... thanks for sharing... leh praktis kt anak saya ni... hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

Sheila... :) senang klu kita amalkan n didik.anak sekali :)

Isaac Tan said...

bagusnye didik anak2 cam ni... good job ayu! :)

AyuArjuna BiGoshh said...

Isaac..heehehe latih biar dari rebung :)

Bro Framestone said...

Anak kita baru umur 2 tahun, baru ajar dia cara kutip dan buang sampah dalam tong sampah je....

Blogger Lelaki said...

anak aku pun masih kecil lagi...memang patut ajar dari awal unutk dia asingkan sampah..sekarang ni baru ajar dia buang sampah dalam tong sampah..hehehe

ENA said...

done follow #571

singgah blog penaja GA

Sally Samsaiman said...

Sally selalu buat macam ni kak Ayu...tapi cuma bezanya Sally jual pulak hasilnya lepas tu...buat beli makanan kucing..hihi :P

Mama Zharfan said...

moga2 rakyat msia dpt bersatu hati utk asingkan sampah2 ni..negara2 maju dh berkurun pun praktikkan benda ni

AyuArjuna BiGoshh said...

Bro -- kak long tu mmg bijak :)

Blogger laki-- plg penting didikan dr rumah tuuu

Ena- tq

Sally- baguhhh dpt duit

Mz- kann hopefully rmi malaysian can follow :)

wan zaleha said...

wahh bagusnye, :)

Done follow,

jemput singgah teratak wanza :)

http://wzalehawismail.blogspot.my/