Monday, December 21, 2015

Olay Total Effects Solusi Untuk Wanita Sibuk Seperti Saya


Bila umur semakin menginjak dan melepasi dari usia 35 tahun, memang kita akan merasai perubahan yang agak ketara. Bertambah lagi dengan kesibukan kehidupan harian, menjadikan muka kita bertambah stress. Dan jika kita kerap mengalami stress secara tidak langsung memberi kesan rupa paras wajah menjadi kusam dan tidak ceria.

Ini bertambah  dengan isu keadaan cuaca yang jerebu, pencemaran udara dari asap dan sebagainya yang mana menjadi antara faktor juga kepada kulit kita kelihatan tidak bermaya.

Seperti saya bukan itu sahaja masalahnya! Garisan halus penuaan juga sudah kelihatan, selain dari kemunculan jeragat-jeragat di muka menambah kerisauan :(

Tapi bila saya mula diperkenalkan dengan New Olay Total Effects satu produk inovatif dari Olay dan telah cuba menggunakannya. Sememangnya ternyata nampak perubahannya. Apatah lagi cara nak mengaplikasinya setiap hari pun agak mudah. 



Bentuk botol Olay ni sangat praktikal untuk diletakkan dalam tas tangan saya. So dengan saiznya yang sederhana sememangnya muat untuk diletakkan dalam tas tangan dan boleh dibawa ke mana-mana. Nanti bila nak touch up muka,  tak perlu mengeluh tertinggal dalam beg galas atau beg mekap dalam kereta :)

Hanya picit sedikit, ikut kuantiti yang diperlukan. Bentuk rupa pemicit botol pun sangat praktikal. Tak perlu risau jika krim Olay terlebih keluar sebab ianya tidak mungkin akan berlaku.

Paling penting saya sangat sukakan pada tekstur krim Olay ni. Tidak terlalu berminyak dan warnanya lembut dan sesuai dengan kulit orang asia seperti kita.

Sapu secara lembut ke seluruh bahagian muka. Krim mudah serap pada wajah muka. Dan nak sapu pun senang sangat. Tak perlu risau kalau warna kulit kita tu "bercapuk" ke atau tidak sekata. Sebabnya selepas kita sapu ke seluruh wajah secara semulajadi ianya akan "blend" mengikut warna asal kulit kita.

Lagi best kita sapu mengikut urutan wajah sepertimana yang selalu yang disyorkan oleh perunding kecantikan.....
Bau dia pula, sangat lembut dan "natural". Tidak rasa pening atau kurang selesa.

Nak kongsikan sedikit tentang 7 kebaikan Olay ni:-

*Garis-garis halus dan kedutan: Mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.
* T"Uneven tone"-  Dapat mengimbangi warna kulit.
* Garisan penuaan - Mengurangkan kemunculan garisan penuaan.
* "Uneven texture" -Melicinkan dan mengimbangi warna tekstur kulit.
* Kekeringan-  Memberikan kelembapan yang berpanjangan.
* Kusam - Menyerikan kulit wajah.
* Liang (pore) - mengurangkan kemunculan liang di wajah.

Menarik bukan? Patutlah rasa muka nampak lebih glowing sikit lepas pakai Olay ni, heheheheh.
Yang bestnya, setiap hari selepas saya memakai New Olay Total Effects  ni, mekap nampak saya lebih semulajadi. Dan untuk saya yang sentiasa sibuk dengan urusan anak dan kerja, hanya menyapu Olay di muka serta secalit warna kegemaran gincu di bibir sudah menjadikan wajah saya lebih berseri-seri. Chewahhhh :)

Jangan lupa uolls untuk dapatkan produk New Olay Total Effects di Watsons dan Guardian yang berdekatan dan rebutlah peluang dengan membelinya pada harga promosi yang terbaik sepanjang bulan Disember 2015!

Tengah ada promosi kalau membeli lebih jimatkan!
Joms :)

2 comments:

mama tisya said...

mmg dr dlu lg pki olay ni..dlu2 namanya oil of ulan ke lupa dh...lgpn tkyh pki bedak tp kulit lembab & tk kering

AyuArjuna BiGoshh said...

amy- ayu pun suka effect dier memang best :)