Thursday, December 24, 2015

Tempahan Kek Istimewa Dari Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Hari ini 24 Disember...
Hari jadi My Anaqi yang ke 14 tahun!!

Besar dah abang long, hahahahhaha
Dan untuk kali ini, saya menempah kek dari Hotel Grand BlueWave!

Kenapa tempah kek dari hotel?
Sebabnya...
1. Saya dah pernah cuba rasa kek-kek dari Hotel Grand BlueWave dan ternya semuanya sedap-sedap belaka. 
2. Esklusif dibuat sendiri oleh chef yang memang mahir dalam bidang bakeri.
3. Paling penting penggunaan 100% bahan HALAL (sebabnya semasa saya buat food review di sini saya telah diperkenalkan barisan chef yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan segala hidangan buat tetamu yang datang berkunjung.)
4. Harga sangat berpatutan!

 Tadaaaaaaaaaaaa...
Kenalkan pilihan saya buat Anaqi ~ Kek Nutella Crunchy Nut!

Kek ni penuh dengan limpahan kacang di atasnya...

 Walaupun ianya 1kg, tapi ianya padat dan berat!

 Muka budak yang hepi menyambut hari kelahirannya hari ini..

 Untuk keluarga saya yang seramai 8 orang...
Saiz kek ini memang sudah memadai...


 Dengan rasa coklat bernutella...
Serta krim coklat yang memang sedang2 manisnya (saya sukakan krim ini sebab tidak terlalu manis)
Bersama dengan limpahan kacang yang banyak di atas kek..
Ternyata dalam setiap gigitan, terasa kecairan kek yang begitu lembut bersama kekacang di atasnya. Ianya benar-benar enak apatah lagi rasa krim coklat seperti ais krim (sebenarnya tidak) menjadikan kek ini pilihan anak-anak.


Sebenarnya ada banyak lagi pilihan kek, cuma ini antara kek yang terbaik saya cadangkan buat anda semua :)
  Nutella Crunchy nut  - RM67.80 (nett)


Dan sekarang ada promosi 2kg kek Red Velvet untuk harga 1kg iaitu RM67.50. Untuk mendapatkan harga kek promosi ini, anda perlulah follow insta  

Keterangan lanjut boleh layari...

Ataupun hubungi di talian 

03-5511 8811 ext. 2723, 2724 and 2615 


3 comments:

Amanda Suria said...

Wah menarik ni...diorang buat delivery tak?

AyuArjuna BiGoshh said...

amanda - rasanya ada tapi untuk kawasan tertentu, tapi kena check dulu dengan pihak hotel (sebab dulu bento memang ada dan pernah buat delivery)

Nana said...

wah tak la mahal sgt kan 67 tu standed kedai kek pistachio je