Posts

Showing posts from 2016

Meraikan CNY 2017 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Image
Seperti kita ketahui Tahun Baru Cina adalah hari yang mana ikatan keluarga dieratkan dengan meraikan melalui makan besar bersama-sama. Dan Hotel Grand BlueWave Shah Alam tidak ketinggalan mengadakan promosi terbaik bersempena dengan Tahun Baru Cina akan datang tidak lama lagi.
Bersempena dengan 2017 merupakan tahun ayam jantan dalam kalendar Cina, Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah memperkenalkan hidangan halal set Fatt Choi Poon Choy. Hidangan tradisional masyarakat Cina ini sememangnya popular dalam setiap kali Tahun Baru Cina. Dikatakan tetamu yang menikmati akan menggali setiap lapisan hidangan ini dan ianya agak "suprise" kerana kita tidak tahu makanan apa yang bakal diperolehi. Memang menarik bukan?
Terdapat dua pakej Poon Choy yang ditawarkan, iaitu :- Pakej A berharga RM798.00 + dan Pakej B berharga RM1188.00 +
Selain daripada itu terdapat juga Halal Auspicious Yee Sang and Golden Prosperity CNY yang didatangkan dalam set Menu 1, 2 dan 3. Untuk semua hidnagan berse…

ROMANO- KEYAKINAN UNTUK LELAKI URBAN

Image
Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan. Justeru, kami memperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum.
Semburan Deodoran ROMANO dengan wangianmaskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.
Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut…

Gold Coast Trip : Corat Coret

Image
Secara random untuk berkongsi gambar ketika berada di sana - Gold Coast. Biarpun dah lebih sebulan berlalu tapi kenangan itu masih terpahat didalam jiwa. Kalau ada orang tanya nak pergi lagi ke GC... memang definitely yesssss..... hehehehe
Cuma pada tahun akan datang, teringin juga menjejaki ke bumi Mekah, Korea dan tempat-tempat lain yang menarik. As what people always said "Jauh perjalanan luas pandangan".
Setiap tempat orang yang kita jejaki pasti meninggalkan sesuatu yang bermakna untuk dikenang-kenangkan. Terutama tentang budaya, pemikiran, lokasi cantik dan pelbagai lagi.
So, rasanya ini adalah entri terakhir untuk cuti-cuti di Gold Coast. Dan moga berkesempatan di waktu yang lain saya boleh berkunjung ke negara-negara serata dunia.
Amin.
Biarlah hanya gambar berbicara bersama coretan pendek....
Kami menginap di Hotel Matra View. Dekat sini memang banyak hotel Mantra, lokasi pun agak dekat antara satu sama lain. Cuma yang menariknya hotel yang saya menginap ini begitu…

GLAMOROUS DEVOTION - Koleksi Terkini Zacheela Penuh Gaya

Image
2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela, keterujaannya baru bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.
Bertempat di Parkroyal Kuala Lumpur, Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.
Lima koleksi tersebut antaranya seperti:;
1. Alessandra
Keunikan corak baroque pada koleksi ini melantangkan gaya mewah dan glamor dengan rona hitam. Signatur rekaan ini memberi kelainan kepada fashionista yang meminati penampilan mewah dan elegan sekaligus tampak yakin berfesyen.
2. Fiorella
Lukisan tangan dengan bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada…

Besito''s Survival Restoran Yang Perlu Diterjah Jika Anda Berada Di Shah Alam

Image
Besito''s Survival!!---Berada di Shah Alam seperti melangkah ke syurga makanan kerana di bandar ini terdapat pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai juadah yang menarik. Cuma yang paling penting kita perlu tahu dalam banyak-banyak restoran di sini manakah satu antara yang terbaik!
Saya berkesempatan mengunjungi sebuah restoran yag terletak di Seksyen 23, berhampiran dengan Aeon Big Shah Alam. Apa yang menarik tentang restoran ini, selain daripada mempunyai keluasan yang agak besar dan selesa, ianya juga menawarkan pelbagai hidangan enak dari barat, cina, india melayu dan fusion.
Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-
Nama Restoran :
Besito's Survival
Mula dibuka :
18 Mei 2016
Masa operasi : Sabtu & Ahad(4pm-3am) Isnin(Cuti) Selasa-Jumaat(4pm-2am)
Owner/Founder :
Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail




Lokasi : No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor ( roundabout jalan nak ke uptown Sha…

Miss Whoosh Glamorous

Image
Whoosh Eyewear antara jenama dibawah jenama Focus Point telah menganjurkan Miss Whoosh Glamorous.

“Fast. Fresh. Forward” - yang boleh digambarkan dengan  jenama cermin mata Whoosh sekaligus memenuhi trend yang menilai gaya, mutu dan personaliti professional di mana sahaja.

Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di bawah 3 gaya tersendiri - TRENDY, URBAN dan VINTAGE . Dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Penampilan pasti lebih menarik apabila ianya kena serta seuai dengan pakaian dan gaya seseorang.

Sehingga kini terdapat 80 pasang jenis rekaan cermin mata Whoosh Eyewear yang semuanya hadir dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini telah digayakan oleh Miss Tourism International World Pageant - dengan menampilkan lebih gaya, cantik dan keyakinan.

54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah…