Wednesday, January 6, 2016

Baju Dorothy Perkins Pilihan Wanita Berusia

Wanita dan keinginan mahu bergaya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi dalam dunia serba moden ini memerlukan wanita juga bergerak ke hadapan, punyai cita-cita dan berketerampilan. Dan pastinya usia bukanlah satu penghalang untuk wanita itu bergaya mengikut citarasa mereka. Asalkan sesuai pada acara, cantik terletak pada tubuh dan dalam linkungan bajet pastinya mereka tidak akan teragak-agak untuk mendapatkannya bagi kepuasan diri. Antara jenama pakaian yang mendapat perhatian wanita hari ini ~ DOROTHY PERKINS!


Jenama Dorothy Perkins tidak perlu lagi diperkenalkan kepada para penggemar fesyen di Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di ibu kota. Jenama antarabangsa yang mula ditubuhkan di UK ini telah menjadi salah satu jenama pilihan di negara kita dan butik Dorothy Perkins juga boleh ditemui denga muda di pusat-pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Apa yang membezakan jenama ini dengan jenama-jenama yang lain adalah koleksi pakaian wanita yang ditawarkan adalah lebih memfokuskan kepada trend fesyen wanita dewasa yang bekerjaya. Berbeza dengan jenama Topshop dan jenama-jenama dari UK yang lain, koleksi baju Dorothy Perkins adalah lebih bersesuaian untuk wanita berusia yang inginkan penampilan bergaya dan mengikuti trend terkini;


Dorothy Perkins menawarkan koleksi blouse wanita yang selesa dipakai dan direka untuk pemakaian wanita ke pejabat mahupun untuk digayakan sebagai pakaian kasual.


Selain itu, Dorothy Perkins juga terkenal dengan koleksi outerwear wanita yang boleh anda miliki dalam pelbagai pilihan menarik seperi cardigan, kimono, jacket dan lain-lain.


Oh ya, selain koleksi blouse wanita, temui juga pilihan koleksi kemeja yang selesa dan versatile. Seperti koleksi blouse, kemeja Dorothy Perkins ini juga boleh anda gayakan di hujung minggu sebagai pakaian kasual.


Dan yang terakhir, jenama hebat ini juga merupakan jenama jeans favourite bagi ramai wanita. Bukan sahaja menawarkan koleksi jeans bersaiz plus, rekaan jeans Dorothy Perkins yang lebih simple juga bersesuaian untuk dipakai oleh wanita berusia

.

2 comments:

Raihanah Ahmad said...

minat juga dengan DP ni

AyuArjuna BiGoshh said...

Raihanah- sep sikitt...versatil sikit rekaan dier... :)