Tuesday, January 19, 2016

“Don’t Under-ESTIE-mate Her ---"Chef Estie Kung!"


Chef termuda dalam rancangan MAN VS CHILD:CHEF SHOWDOWN, Estie Kung yang berusia tujuh tahun (pada masa itu), telah menyediakan ayam goreng Korea dengan mayonis kimchi dan “gochujang gastrique” (sos pekat gochujang). Seorang yang matang berbanding usianya, Kung yang mempunyai darah campuran Cina dan telah mula memasak sejak berusia tiga tahun. Dan beliau akan mengunjungi Asia sebagai sebahagian daripada jelajah promosi sempena pelancaran rancangan ini di saluran Astro Lifetime.


Dihoskan oleh chef dan personaliti televisyen, Adam Gertler, siri yang sebanyak 13 episod ini menampilkan lima orang kanak-kanak yang berkebolehan besar dalam bidang masakan - Estie (8), Dylan (11), Emmalee (12), Cloyce (13) dan Holden (14). Mereka akan bersaing dengan chef berkaliber yang berbeza setiap minggu untuk membuktikan kehebatan mereka.

Setiap episod terdiri daripada tiga pusingan memasak yang menguji keupayaan dan penguasaan para peserta di dapur, daripada membuat sosej buatan sendiri sehinggalah menghidangkan telur dadar yang paling sempurna. Bagi setiap cabaran, peserta kanak-kanak akan mencalonkan seorang ahli kumpulan untuk bersaing dengan chef pakar. Dalam dua pusingan pertama, juri tetap dan pengulas (Mike Isabella chef dan pemilik restoran  dan Alia Zaine chef peribadi bagi bintang-bintang terkenal) akan merasai hidangan-hidangan ini untuk menentukan chef mana yang berjaya mencipta hidangan paling sedap dengan daya cipta yang tinggi. 

Pemenang setiap dua pusingan terawal akan diberikan kelebihan dalam pusingan seterusnya, termasuklah dapat menghalang pesaing daripada merasai hidangan mereka sewaktu penyediaannya, dan mengarahkan pesaing untuk berehat selama 10 minit dalam tempoh waktu memasak yang telah ditetapkan. Pusingan akhir akan melibatkan “blind test” oleh chef terkemuka dunia seperti Hubert Keller dan Ludo Lefebvre yang seterusnya akan menentukan juara keseluruhan – sama ada chef-chef profesional atau peserta-peserta chef cilik.

Saya sendiri sempat melihat aksi Chef Estie Kung menunjukkan demo masakannya di Sunway Piramid baru-baru ini..

Memang gaya bersahaja...
Seperti seorang tukang masak yang sangat pro!

Bayangkan Azura juga kagum dengan cara memasak Estie!!

Pelbagai tips dan pengalaman yang dikongsi oleh Chef Estie...

Sentuhan terakhir!
Siap :)

My Ameer yang begitu seronok berada di sini..

Kagum benar Ameer melihat demonstrasi yang disampaikan oleh chef muda ini :)

Estie Kung dan hidangan masakannya...


Estie juga diberikan beberapa cabaran untuk menikmati hidangan popular di Malaysia. Dan dalam banyak masakan yang diberi Estie paling gemari nasi lemak!

Hebat, suka makan pedas agaknya adik cilik yang berbakat besar ini :)

Jangan lupa tonton tayangan perdana rancangan ini pada 26 Januari 2016, 7 malam dan 10 malam di saluran Astro Lifetime ya!

18 comments:

Suriaamanda said...

Ini yg SA tunggu2...x sabar nk tgok kehebatan Estie Kung...

AyuArjuna BiGoshh said...

kannnn parizan..ayu pun excited!!!

Kylie wenn said...

Cute little chef.. hebatnya this cutie!

Wai Yee aka Rane said...

Cute lil chef she is

http://www.ranechin.com/

FiSh. ohFISHiee said...

wow the kids chef are so talented! now i feel bad coz i cant cook at all hahahah

alizasara said...

Time to train the kids to cook! hehe. So cute!

Jane Chua said...

She is really a talented cooker. I hope my children will become like her one day and then I tak payah masak. Ha ha ha...

Bembem said...

I love chef cilik! They are all very talented, bet their parents are so proud of them.

Sunshine Kelly said...

Salute to Chef Estie! she is so talented in cooking and so natural on camera too.

Miera Nadhirah Tan said...

it is so amazing how some kids are so talented... and Estie is just 8 and can cook so well and holds her knives well also... my husband still gets worries when I let my daughter handle knives etc.. LOL

Miriam Goh said...

Oh wow! GREAT! Love these cooking shows and she sure is amazing

CikLily Putih said...

terrer betul budak ni ek

Raihanah Ahmad said...

wah kecik2 lagi dah pandai masak, wonder cemana mak dia ajar dari awal

Raihanahahmad said...

pandainya budak ni masak

Janice Yeap said...

oh my god. she is awesome! :D

Arisa Chow said...

Such a young talented chef here! She has a bright future ahead

Ivy Kam said...

I watched the show too, always amaze of the kids' cooking talent at such a young age :)

Isaac Tan said...

ameer looks so cute. nice event!