Tuesday, January 12, 2016

Isu Hot!!! Kenapa Kita Perlu Bayar Bil Pembentungan IWK

Cuba bayangkan satu ketika dulu...
Di zaman dunia teknologi masih jauh ketinggalan...

Biarpun hidup di kotaraya..
Tiada pembentungan yang terurus, dan paling dasyat pembuangan najis pun tidak dikawal dan diselia...
Hinggalah pada tahun 1950-an, tandas septik mula diperkenalkan seta saliran paip pembentungan ke loji..

Dan pastinya ketika itu tidak semua bandar memiliki sistem pembentungan yang sempurna..
Hasilnya segala hasil pembuangan akan disalirkan ke sungai-sungai yang berhampiran..



Indah Water Konsortium Sdn Bhd,  sebuah syarikat milik Menteri Kewangan yang telah pun diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan serta tugas bagi membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan moden dan efisien untuk kemudahan semua rakyat Malaysia.

Kerajaan Persekutuan telah memberi konsesi kepada syarikat terpilih pada tahun 1994. Selaras untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh Negara yang mana jika sebelum ini ianya adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Bermula dari tahun tersebut, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.




Untuk pengetahuan semua negara kita sangat memerlukan sistem pembetungan yang moden dan efisien. Ini bagi memastikan air kumbahan dirawat  terlebih dahulu sebelum ianya disalirkan ke dalam sistem pengairan (samada sungai, parit dan laut). Sekaligus ianya dapat membantu negara :- 

1. Memelihara sumber air
2. Melindungi kesihatan awam 
3. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.







Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan



Gambar diatas merupakan kolam pengoksisaan. Yang mana disini berlakunya roses-proses unit biologi bagi menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.




 Ini pula bagaimana sesuatu tindak balas biologi asas di dalam kolam pengoksidaan .

Nampakkan begitu kompleksnya tugas IWK dalam memastikan segala hasil pembuangan kita diuruskan dengan baik dan sempurna. 

Jadi sebagai warganegara yang bertanggungjawab bagi memastikan bumi yang kita duduki ini terus lestari dan terurus, kita perlulah membayar bil perkhidmatan pembentungan. Dan jangan tidak tahu pelbagai perkhidmatan pembayaran bagi kemudahan pengguna telah disediakan, antaranya seperti :-


Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.


Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.


Perbankan Internet

www.Maybank2u.com.my. bagi pemegang akaun Maybank sahaja
www.cimbclicks.com.my bagi pemegang akaun CIMB sahaja.
www.mbfcards.com (MBf "Click n' Pay") bagi semua pemegang kad kredit Master
www.rhbbank.com.my bagi pemegang akaun RHB sahaja.
www.pbebank.com bagi pemegang akaun Public Bank & Finance sahaja.
www.AmOnline.com.my bagi pemegang akaun AmBank sahaja.
www.bankislam.biz bagi pemegang akan Bank Islam sahaja.
www.eonbank.com.my bagi pemegang akan EON Bank sahaja.

Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)

Pos Malaysia
Bank Simpanan Nasional
AmBank


Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)

Public Bank & Finance
Maybank & Mayban Finance
Bank Islam
EON Bank
Pejabat Unit Indah Water


Mesin Juruwang Automatik (ATM)

Public Bank & Finance
AmBank
RHB Bank


Perbankan Telefon

Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
MBf "Call n' Pay" (Tel: 03-2167 7600)


Pemindahan Dana Secara Elektronik

Pembayaran melalui akaun Maybank (Ampang Park) : No. akaun - 514057242404

Nombor Akaun AmBank untuk IWK

AmBank Pusat Bandar Damansara - 2292022000083

Dan sekarang ada promosi ya untuk pembayar2 bil pembentungan IWK.
Boleh rujuk pada iklan di atas :=)





Indah Water Konsortium (IWK) sememangnya memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik. Jom kita sama-sama menyokong usaha IWK ini :=)

Keterangan lanjut boleh layari dan klik :-
Website: www.iwk.com.my
Twitter: @iwkcomms

21 comments:

Wai Yee aka Rane said...

Its important to pay the bill and get good service. Thanks for sharing

Kylie wenn said...

I sudah pay.. Thanks for sharing the info!

CikLily Putih said...

ooo cam tu ek... ok ok aku paksa Mr Big bayo secepat mungkin

Miriam Goh said...

IWK memang penting dan bagus mrk buat kesedaran kepada umum ttg kepentingan membayar bil IWK.

alizasara said...

Nasib baik selalu bayar IWK. Information bagus ni

Adeline Lee said...

Yeah! We have to take the responsibility to pay the bill. Good sharing!

Jane Chua said...

Since Indah Water was so important to us, I'll definitely pay their bill on time now.

FiSh. ohFISHiee said...

Yup. Memang xpaham knp beberapa ringfit tue pun orang nk hutang :( kan Indah Water tu penting untuk kiter...

Sunshine Kelly said...

Need more awareness to educate the public about the importance of maintaining the sewerage system.

kakalina wak said...

Like your blog post demonstrated with nice cartoon. Will share the comprehensive info around. ;)

Rawlins GLAM said...

Kena la bayar kan sebab dah pakai. Lagipun kita turut membantu menjaga alam sekitar dengan membayar perkhidmatan IWK. Semua untuk warisan anak bangsa.

Miera Nadhirah Tan said...

Ok... ok... I hutang satu bulan sahaja.. nanti Miera bayarlah... jangan lah marah pasal terlambat bayar sikit.... hahahaha

Siawsiaw Life said...

let's responsible for it !

Sin Yee said...

I never have to worry about this actually. My auntie will handle all these. Anyway, thanks for sharing.

Sally Samsaiman said...

Yela...sejak-sejak Sally seorang yang bekerja dirumah ni...segala perbelanjaan, bajet semuanya dibawah tanggungjawab Sally...segala jenis bil yang dulunya ibu yang bayar sekarang menjadi tanggungjawab Sally...

Rasa macam tak penting, lepas baca ni baru laa tauu!

Bella Enveeus said...

Hmm manusia.. Pandai membuang, pandai lah membayar patutnya. Lain lah kalau nak bersihkan segala "pembuangan" tu sendiri. Tak faham lah kenapa tak tau nak bayar. Hmm

Ayue Idris said...

ayue pun selama ni ignore je kak..sampai masa baru byr..but then baru ayue tau how important to pay on time!

Ivy Kam said...

A good sewage treatment plant is very important to the city for a cleaner environment, thanks for the informative post :)

Arisa Chow said...

sad that our country needs to CONSTANTLY reminds their citizens of their responsibilities. how shameful

Leona Lim said...

if don't pay now later get stuck have to pay even more to private companies to clean it

Isaac Tan said...

bayar!!! jangan tak bayar.. IWK paling best la :)