Sunday, January 24, 2016

Pekena Nasi Daun Pisang Sekali-Sekala

Pemberitahuan: Semua gambar dalam entri ni sebahagian besarnya ada dari Nanie Isa dan juga Cik Lily Putih
Di satu hari yang waktu rehatnya panjang. Cik Lily mengajak saya ngan Nannie untuk makan tengahari bersama. Fuhhhhhhhhhhhhhhh ayat skema sangat kan. Hahahahaha.

So, bila tanya cadangan tempat makan, memasing takde idea sampailah tercetusnya idea untuk makan nasi daun pisang. Memandangkan Cik Lily katanya lebih dari seminggu tak jumpa nasi istimewa yang dimakan meriah dengan macam-macam lauk.

So, apa lagi Nannie pun mencadangkanlah, tempat dier selalu gi dating ngan housemate dier, buahahaha....

 Tempat yang dituju adalah Acha Curry House. Restoran ni kecik jer, terletak di paling hujung di barisan kedai. Tetapi mak aihhh, ramainya manusia yang datang makan kat sini. Berbilang bangsa, tidak kira mengenal usia. Memang semangat 1Malaysia sungguh!

Ginilah rupanya, nasi daun pisang...
Macam-macam ada kooooo!
Paling win cili kering yang dijeruk garam, itu rare hokeh!
Ni kalau mintak set nasi daun pisang, so dia akan hidangkan kita segala pauk seperti gambar di atas :=)
Nak lebihkan sikit protein dalam hidangan, kita orderlah ayam goreng kah...

Ikan tenggiri atau ikan bulus goreng kah....
Oits first time ai tahu pasal kewujudan ikan bulus ni sebagai salah satu penduduk bumi...
Mujur jumpa kat Acha Curry, hahahahahahah

Ekceli sayuran tu ikut tekak kita suka makan  apa...
Tapi ai jenis tekak semua benda boleh telan, so manfaatkan dengan jumlah duit yang bakal dibayar :p


Dah namanya kedai mamak kan...
Kalau takde kari tu tak sah tau...
So, kita bolehlah pilih jenis kari yang kita nak makan bersama nasi..
Kari daging, kari ayam, kari ikan atau kuah dal...
Cam biasa ai letak semua kari....
Bangsa pelahap nak rasa semua, hehehe

Papadom harus ada..
Orang kata pelengkap gaya untuk nasi atas daun pisang...

Waktu tengahari memang restoran ni penuh...
Orang makan-keluar-masuk...
Kira restoran Acha Curry ni glamer bagi penduduk sekitar dan sewaktu dengannya...

Bawa Amani sekali masa gi makan-makan ni...
Die heran benar tengok ai makan nasi atas daun pisang..
Katanya "Camana mummy nak makan daun tu ya? Tak pahit ke?"

Hahahahah
Jenuhlah Cik Lily ngan Nannie Isa menerangkan kepada budak 6 tahun ni...

Ai is redho....
Malas nak layan...

Nak pekena nasi daun pisang, waze ajerlah Acha Curry PJ, berdesup keluar..
Bereh!

4 comments:

Ros said...

Ros pernah makan kat sini dengan ofismate juga.
Sedap..

AyuArjuna BiGoshh said...

ros- sedap kan..sy first time try heheh

sayaiday mohd nor said...

Iday dulu selalu juga pekena nasi daun pisang. Tetapi kat sini belum try lagi. Kadang2 lepas habis makam daun pisang, try dessert diorang pulak. Hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

iday- akk x pernah try dessert dowang..wah nak kena try jugak ni hehe