Wednesday, February 24, 2016

Keunggulan KOSÉ SEKKISEI Yang Tiada Tandingannya!

Sekkisei teknologi penjagaan muka yang berasal dari Jepun yang bermula tahun sejak 1985 sememangnya terkenal  dalam penjagaan pemutihan kulit. Dan sehingga kini Sekkisei begitu komited dalam membantu wanita  yang inginkan kulit yang cerah dan berseri-seri sekaligus mereka tampil lebih berpersonaliti.

Untuk pengetahuan semua produk Sekkisei dihasilkan dari ekstrak herba timur yang dipilih daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza manfaatnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan hasil pengekstrakan ini mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah, tona lebih sekata serta lembap senantiasa. 


***********************************
Dari luaran saya memang seorang yang agak "simple"dan sangat gemarkan pelaksanaan kerja yang praktikal. Saya gemarkan sesuatu yang cantik dan menarik dan percayalah saya banyak menghabiskan duit ke arah pembelian baju, kasut dan aksesori.

Sehinggalah saya mula terasa perubahan pada diri yang semakin hari, penginjakan usia dan rupa makin ketara.

Äpalah guna pandai bergaya, jika rupa paras lebih kelihatan tua dari usia...
Benarkan, hiks

Dan sebagai wanita, kita perlu ada keinginan mahu memberikan penghargaan buat diri, sesuatu yang terbaik agar diri tampil lebih sempurna....

Blablablabla

Dan banyak lagi alasanya :p

video
Dan bila saya mendapat kejutan penerimaan set percubaan KOSE atas kalobrasi bersama THE BUTTERFLY PROJECT, memang saya sangat teruja!

Kerana inilah masanya, saya berpeluang mencuba produk rejim penjagaan wajah terbaik dari Jepun dan popular--> Sekkisei


Mak hepi giler noks :p :)





Oh yes! Sekkisei kali ini memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul daripada jenama mereka.




 Dihasilkan dari tiga ekstrak tumbuhan timur, Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit kita agar sentiasa berkeadaan sempurna serta dilindungi daripada persekitaran yang boleh memudaratkan kulit. Al-maklumkan keadaan cuaca terutama di bahagian Asia yang sejak akhir-akhir ini banyak sangat isunya ~~ contohnya jerebu!



Ok, ini adalah cara saya menggunakan produk KOSE Sekkisei

1. SEKKISEI White Wash Liquid 

Saya suka sangat dengan pembersih kulit ini. Sebab pertamanya ianya tidak melekit-lekit dan sebaik sahaja selepas mencuci kulit wajah ada rasa sedikit lembap (moisturize). Ini kerana produk ini ianya berasaskan Taurine, sekaligus membolehkan kulit kita menjadi lebih bersih dan terhidrat. Manakala ekstrak kandungan Rubus Suavissmus mampu mengurangkan masalah kulit kusam terutama kesan sinar UV. 
Wajah saya kelihatan lebih segar selepas mencuci :)

2. SEKKISEI  Lotion




Antara produk terlari  SEKKISEI yang dihasilkan daripada  bahan-bahan terpilih iaitu 100 jenis tumbuhan timur. Berfungsi sebagai penyegar atau mask dan losen penghidratan ini boleh mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan kulit.

Wallla.....
Masa mula-mula pakai ada rasa sejuk-sejuk nyaman. Terasa meresap lotion ke dalam kulit muka. Saya sukakan tekstur dan bau lotion ni ~natural!

3. Sekkisei Emulsion 
Pelembap yang cepat menyerap ini mampu bertindak jauh ke dalam kulit, mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan mengelakkan kekeringan. Bahan-bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
Sebenarnya yang terbaik kita pam emulison ke atas kapas muka. Tetapi sebab saya nak rasa sendiri tekstur emulsion ini dengan membuat sapuan terus ke muka, jadi saya tidak menggunakan kapas. Apa yang saya dapat rasakan produk ini memang sangat pantas menyerap dan terasa bahagian pipi saya lebih anjal lepas guna.

4. SEKKISEI Clear Whitening Mask
Mask lembut ini berinovasi dalam menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mampu mencerahkan dan penghidratam pada masa yang sama. Apa yang menarik ekstrak Quince Cina ini mampu menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur bertindak sebagai agen pencerahan. 


Tengok dekat-dekat wajah sendiri memang banyak jeragat dan sel-sel kulit mata (faktor umur noks, kihkihkih). So, bila tahu kehebatan tentang mask KOSE ini, haruslah excited nak cubakan :p

Nak pakai mask ini senang sahaja. Hanya sapu pada sekeliling wajah. Biarkan seketika.


Kita pakai peel off mask ini sampai kering. Bila dah kering kita boleh tanggalkannya dengan mudah

See! Tidaklah melekit-lekit. Senang jer nak bersihkan :)

Tadaaaaaaaaaaaaaa...
Nampak tak wajah saya takde kusam sangat...
Memang terasa bezanya :)

Ok, ini ada berita baik untuk uolls semua.
Kalau nak cuba sendiri produk KOSÉ Sekkisei  set percubaan ini, uolls boleh dapatkan di kaunter penjualan produk KOSE seperti Parkson, Jusco dan sebagainya pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM99 (termasuk GST) sahaja. Sememangnya ianya memberi penjimatan sehinggga 60% tau dengan pembelian produk ini. Dan paling penting rejim penjagaan muka set percubaan ini ianya edisi terhad, so apa lagi jom dapatkan produk ini selagi stok masa ada di pasaran!


Kit percubaan edisi khas Sekkisei  ini sebenarnya sesuai untuk pengguna kali pertama yang ingin mencuba dan melihat perbezaan produk  Sekkisei ke atas diri mereka.

Dalam kit ini mengandungi :-

·         SEKKISEI White Liquid Wash 20ml
·         SEKKISEI Lotion 100ml
·         SEKKISEI Emulsion 70ml
·         SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g
·         Mask Bihadagoyomi 3 keping
·         Beg Setsuko eksklusif (gaya kimono atau gaya moden)




Untuk maklumat lanjut tentang SEKKISEI dan kit percubaan edisi khas yang terbaru, bolehlah uolls layari KOSÉ Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/kose.malaysia) atau layari laman web Kose Malaysia di www.kose.com.my.

Keunggulan KOSÉ SEKKISE buat wanita asia , 

Menyerlah aura  wajah penampilan menjadi luarbiasa!

No comments: