Wednesday, February 3, 2016

Produk Botanics Di Inspirasi Dari Alam Semua Jadi

Diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi dari bumi, Mentholatum memperkenalkan jenama baru siri penjagaan wajah Botanics yang janji menawarkan anda bukan sahaja hasil kulit terbaik tetapi juga dengan harga yang berpatutan. Botanics menggunakan hanya ramuan-ramuan berkualiti tertinggi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semulajadi untuk memberikan anda pengalaman penjagaan kulit daripada alam semula jadi. Setiap herba dan bunga-bungaan telah dipilih dengan teliti berdasarkan keunikkannya untuk menawarkan anda penjagaan kulit yang selamat, berkualiti dan berkesan.
Botanics mempunyai empat rangkaian produk iaitu pembersih wajah, pembersih berbuih, pembersih dengan pam dan pupur topeng untuk menawarkan pengguna pengalaman penjagaan kulit berasaskan alam semulajadi yang menenagkan. Setiap satu daripada produk ini dicipta untuk jenis kulit yang berbeza. Pembersih wajah dalam tiub hadir dalam 4 varian iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating; Pembersih dengan pam hadir dalam 2 varian iaitu Deep Clean dan Moisturising & Brightening. Pembersih berbuih hadir dalam 2 variasi iaitu Oil & Blemish Control dan Whitening dan akhir sekali "mask"muka dalam 5 varian iaitu Aloe Vera Hydrating Facial Mask,  Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask,  Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavendar for Soothing Facial Mask.

•    Deep Cleansing Face Wash
      Dirumus daripada aroma serai, Deep Cleansing Face Wash memberikan anda keharuman yang menyegarkan. Ekstrak Ylang-Ylang dan ekstrak Tea Tree telah digunakan sebagai bahan utama. Dan terdapat juga ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang memberikan kesan pembersihan mendalam, membantu menyeimbangkan minyak serta membebaskan liang roma yang tersumbat. Pembersih ini juga membantu menentang jerawat dan bintik hitam dan sangat esuai untuk kulit berminyak dan juga jenis kulit kombinasi.


Hydra Whitening Face Wash
     Produk iniIa dirumuskan daripada Arbutin iaitu dari ekstrak tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada permasalahan alam sekitar. Pembersih wajah ini berkesan menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit. Paling penting produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.



     Hydrating Face Wash
   Dengan Aroma Jasmine memberikan ras atenang tenangdan selesa. Pembersih ini membekalkan kelembapan yang mendalam agar kulit kekal lembap dan lembut. Ia mengandungi ramuan bunga Calendula dan Jasmine sebagai bahan utama dan juga ekstrak Aloe dan Violet yang mana sangat berkesan mengelakkan hidrasi pada kulit. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit kering dan juga kombinasi


      Pore Refining Face Wash
Mengandungi aroma Orange Flower yang boleh menaikkan semangat dan selesa. Ppembersih ini mampumembersihkan liang-liang pori secara mendalam bagi menghilangkan minyak dan kotoran. Dihasilkan dari ramuan herba Rosemary dan bungaan Witch Hazel sebagai bahan utama dan juga bijian Lentil serta Teh Hijau sekaligus membantu mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan menghapuskan bakteria yang menyebabkan jerawat. Produk ini juga sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.

Terdapat 3 jenis pembungkusan, iaitu :-
Face Wash, 100g (RM14.90)
Pump Wash, 150ml (RM21.90)
Foam Wash, 160ml (RM25.90)

Dan my Amani berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri perbezaan menggunakan produk Botanics Pump Wash dan Foam Wash..


Ok, mencuba pump was Hydra Whitening Face Wash
Hanya picit sedikit..


Baunya wangi manis buah berry..




Dicuci lembut, kurang buih.


Lap dengan bersih!


Terasa tangan kanan lebih lembut berbanding yang kiri.

Seterusnya mencuba foam wash Deep Cleansing Face Wash
Picit sedikit amaun..


Kelihatan buih lembut..


Sangat mudah dibersihkan menggunakan foam ini..


Baunya agak strong kerana ianya dihasilkan daripada serai!


Terdapat juga BOTANICS Sheet Mask yang diperkaya dengan pati herba dan Asid Hialuronik untuk mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit. Ianya hadir dalam 5 varian seperti berikut:

     Aloe Vera Hydrating Facial Mask
Diformulasi daripada Ekstrak Herba Semula jadi seperti Aloe Vera dan bungaan Narcissus yang mampu menghidratkan dan melegakan kulit, selain dari menyerikan semula yang kulit kusam dan letih. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.

     Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask
Diadun daripada pati Delima dan ekstrak herba semula jadi, mampu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang telah menyebabkan penuaan kulit. Ia juga boleh melembapkan kulit dengan khasiat antioksidan semula jadi. Mask ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

     Rosemary Pore Refining Facial Mask
Dengan herbal Rosemary dan ekstrak bungaan Witch Hazel sebagai bahan-bahan utama, pati-pati herba dalam mask ini membantu mengurangkan kehadiran liang pori dan juga memberikan tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi.

     Rosehip Oil Brightening Facial Mask
Minyak Rosehip adalah kaya dengan Vitamin C dan sangat membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan seri pada wajah dan sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan berseri semula jadi. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga dapat memulihkan kulit kusam dan memberi keseragaman pada tona kulit untuk kulit agar lebih berseri dan sihat. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Lavendar for Soothing Facial Mask

Terasa segar dan bertenaga semula dengan campuran ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang mana ianya juga membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga membantu mengembalikan kelempbapan kulit sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.



Sheet Mask, 22ml/paket (RM6.90)

Rangkaian BOTANICS boleh didapati secara eksklusif di Guardian seluruh negara bermula Januari 2016. Secara ringkas mengenai produk boleh rujuk pada jadual di bawah :=)
Pembersih Wajah
Saiz
Harga
(RM)
Rangkaian
Bahan Pati Herba
Semula Jadi
Tiub
100g
14.90
 Hydra Whitening
 Deep Cleansing

 Pore Refining

 Hydrating
 Arbutin & Agave
 Tea Tree, Ylang Ylang, White Tea, ekstrak daun Zaitun
 Rosemary, ekstrak Witch Hazel, ekstrak Lentil & Green Tea
 Jasmine, Calendula & Violet
Pam
150ml
21.90
 Moisturising & Brightening
 Deep Clean
 Minyak Rosehip, ekstrak Mutiara
 Tea Tree, Ylang Ylang, ekstrak Serai, Mentimun, Aloe Vera
Buih
160ml
25.90
 Whitening.
 Oil & Blemish Control
 Ekstrak Narcissus & Aloe
 Tea Tree & Ylang Ylang ekstrak Pansy liar

Pupur
Saiz
Harga (RM)
Rangkaian
Bahan Pati Herba Semula Jadi

1 keping
6.90
 Brightening
 Soothing
 Hydrating
 Anti-Oxidant
 Pore Refining
 Rosehip Oil
 Lavender
 Aloe Vera
 Pomegranate
 Rosemary



Saya juga telah mempelajari tentang khasiat bunga dan herba semulajadi yang boleh dicampurkan dalam minuman harian kita.
Melihat sendiri secara dekat rupa sebenar bungaan dan tumbuhan yang mengandungi 1001 rahsia khasiat kesihatan...

Sambil ditemani Sherry, yang gigih menerangkan kelebihan setiap bungaan dan tumbuhan yang ada di situ.

Antaranya seperti....








Setiap satu mempunyai keunikkan dan khasiatnya yang tersendiri. Contohnua seperti stevia- ianya bertindak sebagai agen pemanis, jasmine dan chamomile biasanya ianya dicampurkan dalam campuran tea, mereka yang menikmatinya akan lebih relaks. seperti lemon grass ianya lebih kepada detoks dan banyak lagi!


Mencuba sendiri air yang digabungkan dengan rose, stevia, chamomile dan juga jasmine. Saya suka akan aura rasanya, sangat tenang dan menyegarkan.

Terima kasih kepada PR, Tammy dari The Butterfly Project dan juga pihak Botanic Mentholatum atas jemputan dan juga goodies yang awesome ini!!!!

Percayalah sumber asli dari alam semulajadi,
Memulangkan sesuatu yang terbaik buat diri!

25 comments:

lia ummiirfan said...

wahh..macam best je.. nak try jugaklah! :))

FiSh. ohFISHiee said...

wah it makes me feel so close to the nature :) cant wait to try mine too!

Sherry said...

love the mask. my sis also like to use their product now.

Low Sze Shin said...

I am big fan of Mentholatum!
Love their product :)

Celine lee said...

amboi murahnya product ni, tak perlu berbelanja besar utk dapat produk dah haha. rasanya wangi jugak kan?

Emily said...

The price range looks really pocket-friendly. Can't wait to grab a few items to try!

仙妮 said...

1st time heard of this brand :) love their environental friendly concept :)
cheers, siennylovesdrawing

Betty Liew siaw fan said...

I love botanics product so much especially is good for sensitive skin.

Miriam Goh said...

Sedihnye xdpt join event hari tu. Produk dia nmpk menarik!

Isaac Tan said...

nice, well priced and even good for the kids :) i like it

cindyrina said...

i use the foam face wash every morning and night. Loving the fresh sweet smells on my skin.

yoke ching said...

Is good that they have the mask for those who have sensitive skin. I guess I will try their mask.

Miera Nadhirah Tan said...

Interesting and good brand.. I like the smell very much as I find it so relaxing and calming...

Aliza Sara said...

nice blog post on the event. I have to agree that they provide one of the best skin care at very reasonable price

Shini Lola said...

It's always nice to use organic skin care products. =)

Kylie wenn said...

Best nya product ni.. Too bad I miss the sessions... aww~

Mums Babies said...

Such a lovely product and that too at reasonable price. I am happy to read that it is organic too.

Pen My Blog said...

The cleansing has great hydration properties dear - definitely worth the retail. Plus the scents for each are amazing.

Sharon Lee said...

It was really fun joining the event! I love their BOTANICS product which give us nice scent and back to nature feel =D

Ivy Kam said...

I have been hearing so many good reviews about this brand, would like to try out too :)

Leona Lim said...

oh ya it's quite gentle that even kids can use this right? tho my kids haven't start using any facewash

Geng Qian said...

wow the product is natural yet affordable. very hard to find this kinda product in the market, will try soon!

Sunshine Kelly said...

The Hydra Whitening Face Wash is good and reasonable price for our daily usage.

Uswatun Khasanah said...

This products seem interesting bcos its natural ingredients

Sin Yee said...

I love the scent of the face wash a lot, especially the rose one. It is so nice!