Tuesday, February 16, 2016

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Dengan Konsep Terbaru 3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ)

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan sememangnya gah antara restoran steamboat dan grill yang 
popular di kawasan Lembah Klang. Mula beroperasi pada tahun 2010, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melalui beberapa kali transformasi dalam penyajian hidangan makanan. Ini bagi memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan-pelanggan yang datang ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.

Untuk pengetahuan semua Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ada menawarkan lebih 199 jenis hidangan buat pengunjung mereka setiap hari. Lebih menarik dengan mengekalkan konsep ruang makan dengan deko yang minimalis dan santai, dan boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa.  Untuk ruang yang mempunyai penghawa dingin sehingga 180 orang dan  di bahagian ruang terbuka seramai 220 orang. Kemudahan seperti tandas dan juga surau perempuan serta lelaki yang selesa juga ada disediakan.  .

Dan bersempena dengan tahun 2016 Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah melangkah satu lagi transformasi dengan memperkenalkan beberapa tambahan menu baru seperti skewer ayam, daging, sotong dan pelbagai lagi jenis makanan  yang boleh  dimasak bersama Dapur Arang Berbeku.

Saya sendiri seorang peminat steamboat yang tegar! Dan pastinya dengan banyaknya pilihan bervariasi menu menjadi tarikan untuk saya membawa keluarga ke sini satu hari nanti.

Antara menu yang ditawarkan di sini :-
Segala jenis bebola ikan, sotong, udang ada ditawarkan. Hanya pilih mana yang kita suka :=)

Bukan itu sahaja, hidupan segar juga da di sini..
Daripada udang, ketam..

Lala, kepah, pelbagai jenis kerang

Segar bangettttt!!

Banyak betul pilihan hidupan laut!

Pepahat pun adooo..

Anda peminat ikan...jangan susah hati, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan pun ada menyediakan ikan segar!

Seperti yang saya war-warkan untuk tahun 2016, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan  ada membuat penambahan beberapa menu baru.

Menu  konsep terbaru ini adalah hasil idea daripada Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang mempunyai berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari dan masakan. Antara menu skewer terbaru yang disediakan seperti :-

  1. Perapan Ayam Skewer Berempah
  2. Daging Skewer Berempah
  3. Daging Skewer Kicap
  4. Sotong Skewer Pedas Cilantro
  5. Ikan Dory Skewer Berempah
  6. Udang Skewer Cilantro Pepper dan pelbagai lagi
Boleh rujuk gambar skewer di bawah...









Saya sendiri telah mencuba hampir semua menu skewer yang disini. Siyes sedap baq anggggg!! Memang perapan cukup rasa dan memenuhi citarasa. Apatah lagi kita sendiri yang akan bakar di Pembakar Arang BBQ, makan panas-panas ~kesegaran hidupan laut dan daging yang dah perap memang luar biasa nikmatnya :)

Selain dari hidangan skewer masakan khas bersama arang BBQ, Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga ada menyediakan hidangan terbaru istimewa yang lain seperti otak-otakhirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ 
Ada juga perapan biasa untuk ayam dan daging

Nak makan bersama mee...
Boleh juga! Pelbagai jenis mee ada ditawarkan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Bagi pengunjung yang gemarkan sayur, boleh dapatkan cendawan dan juga lobak yang sudah dibersihkan dan dipotong nipis..

Selain itu sayuran hijau seperti brokoli, kubis, salad juga disediakan di sini..

Lebih istimewa di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan juga menyediakan kambing bakar istimewa buat pelanggan-pelanggannya...



Pilihan variati sos yang boleh dinikmati...


Selain daripada menu hidangan untuk steamboat dan gril, di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
 juga menyediakan hidangan berat yang enak-enak buat pelanggan-pelanggannya. Antaranya seperti :-

Mushroom sup - My Ameer suka sangat dengan sup mushroom ini. repeat 4 kali hokeh!

Kue teow..

Bihun goreng...

Mee goreng basah..

Kari ayam...

Nasi lemak pun ada juga!
dan banyak lagi sebenarnya...

Tidak dinafikan, bila kita dah makan berat ianya perlu diakhiri dengan pencuci mulut..

Di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan turut menyediakan pilihan kek dan kuih serta buah-buahan segar. Dan rojak buah juga!

Ais krim penyejuk tekak...

Yang ni antara pencuci mulut yang win di hati saya , kenalkan yang terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ~~  Icy Moonster 

Ada pelbagai rasa yang semuanya sedap-sedap belaka. Sesetengah orang panggil pencuci mulut ini sebagai ais kepal :p


Saya paling suka perisa jagung dan asam boi...
Bergabung 2 perisa ni memang meletop didalam mulut, hehehe.

Turut disediakan air panas seperti teh tarik. Rekomen silalah cuba, Sedap!

Dan juga pilihan air kordial sejuk..

Nak ABC, boleh buat sendiri, perkakasan semua ada dengan bahan yang cukup lengkap dan kita boleh pilih ikut suka..

Inilah yang dikatakan konsep terbaru  3 Dalam 1 (Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ) yang telah disediakan pada setiap meja hidangan.

Ada pilihan sup yang boleh kita pilih. Macam biasa, saya pasti pilih tomyam. Oh ya sup tom yam kat sini rasanya sedap juga, cuma agak pedas (tu yang agak kick sebenarnya)

Pehhhh makan panas-panas....Nikmat yang tidak perlu didustakan...

Skewer pilihan hati saya dan Anaqi..

Ni caranya menggunakan pembakar arang BBQ. Untuk hidupan segar laut, hanya mengambil masa dalam 4 minit sahaja, manakala untuk daging dan ayam, masa yang diambil hanya 5 minit. Bakar panas-panas hidangan segar, memang terbaik rasanya. Nom nom nom.

Tadaaaaaaaaaaaaa..

Makan sehingga kenyang, dan jangan membazir. Ambil mana yang perlu, ikut selera bukan nafsu. Hihihi

Pilihan makanan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan bukan sahaja memenuhi citarasa golongan dewasa bahkan kanak-kanak sekecil my Ameer juga teruja menikmatinya dengan beria-ia. 

So uolls, apa lagi jomlah terjah Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan.

Harga yang ditawarkan adalah :-

RM40.20 (Dewasa)
RM20.05 (Kanak-Kanak 5-11 tahun)
*Harga ini adalah termasuk cukai GST
Bawa keluarga, sahabat handai ke sini untuk menikmati sendiri keenakan hidangan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Nak habaq mai ni, sempena dengan pengenalan menu terbaru di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, bagi pengunjung yang datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu depan (minggu terakhir sebenarnya) anda berpeluang untuk memenangi hadiah tudung Fareeda. Sehelai tudung Fareeda esklusif ini bakal diberikan kepada pengunjung yang bertuah (cabutan bertuah) pada 3 hari tersebut. Untungnya siapa yang dapat :=)

Alamatnya :)

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

No.1 Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am

Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkayangansteamboat

Untuk tempahan, boleh hubungi:-
012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979 
Psst:
Jangan risau pasal parking sebabnya kawasan parking yang agak banyak didepan restoran ya!!!

#steamboatshahalam

4 comments:

mama tisya said...

sedapnya....lapar la tgk sbb tk dinner lg

AyuArjuna BiGoshh said...

hehehehe...ni mesti gara2 layan CSWP episod la

restoran dkt ngan tmpt keje amy ni :P leh terjah nanti

Wandee Rach Inta Thomas said...

wah sedapnya ! nak cuba jugak ! kalau boleh , mari singgah blog i ye , i baru shj post benda baru :)

http://www.wandeerach.com/2016/02/130216-valentine-date.html

AyuArjuna BiGoshh said...

Wandee - hihihi...ok nanti i jengah..... :)