Wednesday, March 2, 2016

Buffet Ramadhan "Ä Taste Of Malaysia"

Restoran Halia Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) telah mempertengahkan konsep "A Taste Of Malaysia" bagi promosi Buffet Ramadhan untuk tahun 2016. Pelbagai jenis juadah lauk-pauk, kuih muih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia bakal ditawarkan untuk pengunjung yang datang berbuka di restoran ini.

Bertambah menarik ke semua hidangan yang bakal disediakan adalah dibawah selian Chef Eksekutif Azmi Md Sidek, seorang chef yang begitu luas pengalamannya dalam bidang kulinari di perhotelan Malaysia dan juga di luar negara. Dan beliau akan dibantu oleh chef-chef yang juga tidak kurang hebatnya dari segi pengalaman dan kemahiran menyediakan juadah tradisional dan moden.

Sejumlah 20 gerai yang menyediakan hidangan yang di masak "fresh", antaranya seperti Lok-Lok Steamboat, Sup Berempah, Sizzling Hot Plate, Kuew Teow Goreng Ala Penang, Sate, Masakan Kawah, Putu Mayam, Lemang, Shawarna, Ayam Tandori dan Naan serta variasi kuih cucur.

Selain itu, hidangan antarabangsa seperti Grilled Mini Sirloin Steak, sushi serta sashimi dan Piza Italiano juga ada ditawarkan. Untuk menu istimewa pengunjung bolehlah mencuba kambing bakar, itik panggang rangup peking dan ikan bakar (menawarkan 7 jenis ikan).


Masakan Kawah Kegemaran Malaysia, Hidangan Tradisi Diminati Dulu Kini dan Selamanya

Gulai Kawah Tulang Rawan

Kari Kepala Ikan Merah Mangga Muda

Oxtail Asam Pedas Terung & Bendi

Sup Tulang


Lauk Pauk Pembuka Selera, Nikmat Merasai Enak Tidak Terkata,

Udang Panggang Kuah Percik

Sotong Goreng Sambal Hijau

Sayur Pucuk Manis & Keledek

Stirred Fried Clam With Tom Yam Paste

Daging Panggang Kuah Lemak Cili Padi & Belimbing Buluh

Ikan Patin Gulai Tempoyak

Siput Sedut Masak Gulai Lemak


Juadah Pembuka Selera, Kunjungi Setiap Warung Pilih Apa Yang Disuka

Murtabak daging dan ayam serta roti canai

Antara sate sedap yang pernah saya nikmati.

7 pilihan ikan segar didatangkan juga sos yang bersesuaian.

Lemang dibakar panas-panas.

Yang menarik di gerai ini, keropok lekornya dibuat secara "live", tepung dan ikan diuli seterusnya digoreng dalam kuali di situ. Saya juga tertarik dengan kuih bom yang biasanya diisi dengan kacang atau kelapa, tetapi di sini anya berintikan isi ikan.

Adalah tidak lengkap jika tiada pencuci mulit sebagai hidangan penutup. Untuk Buffet ramadhan di sini variasi pilihan pencuci mulut yang menarik dengan pelbagai pilihan kek tempatan dan antarabangsa. Begitu juga dengan kuih-muih tempatan tapai, jeli kekapa, wajik dan banyak lagi semuanya begitu menyelerakan.









Serawa Durian





Antara Lain Yang Menarik

Kambing Bakar


Laksa Penang

Rojak Buah

Pelbagai Jenis Kerabu

Ulaman dan Variasi Sambal

Roti Kebab

Ramuan Untuk Hidangan Mee

Pilihan Kuah Untuk Mee

Garlic Mussel

Minuman Panas dan Sejuk

Dahaga kerana seharian berpuasa dapat dihilangkan sewaktu berbuka. Pelbagai jenis minuman ditawarkana samada sejuk mahupun panas.

Teh Tarik dan Kopi Susu

Minuma Sejuk (dari kiri)-Cincau, Mata Kucing, Air Soya dan Tebu

Air Zam-Zam

Ice Blended - Mocha, Cappucino dan Coklat.

Sambil menikmati juadah berbuka, kita juga akan dihiburkan dengan kugiran yang menyampaikan pelbagai lagu istimewa.

Sebenarnya terdapat banyak lagi hidangan yang ditawarkan. Percayalah sangat berbaloi untuk anda datang dan berbuka di sini bersama famili mahupun dengan orang-orang yang kita sayang.

Harga yang ditawarkan adalah RM138 seorang, bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam, mulai 8 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016. Untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun dan juga warga emas, akan diberi potongan sebanyak 50%. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, makanan adalah percuma,

Dan ada berita baik untuk semua ya!

Uolls boleh mula membeli voucher "early bird" pada harga yang sangat murah iaitu RM79nett hanya dijual pada bulan Mac 2016 dan RM89nett sekiranya anda membeli voucher dalam sepanjang bulan April sehingga Mei 2016.

Terdapat juga, pakej jamuan raya untuk Buka Puasa Ramadhan, Rumah Terbuka Hari Raya dan perkhidmatan katering kepada pengunjung.

Untuk tempahan boleh emel kepada halia.sdcc@simedarby.com atau hubungi 03-20893799. Sebarang pertanyaan boleh emel kepada enquiries.sdcc@simedarby.com atau hubungi 03-20893688.

*Di China Treasures juga ada menawarkan promosi ramadhan yang bertemakan Dinner Indulgence yang menawarkan 75 jenis dim sum sert a60 hidangan yang disediakan secara "segar". Harga yang ditawarkan hanya RM88nett seorang, dan promosi ini berlangsung dari 3 Jun sehingga 7 Jun 2016. Tempahan awal sangat dialu-alukan.

Murah dan berbaloi kan!! Jangan lepaskan peluang mendapatkan voucher Buffet Ramadhan di SDCC hari ini juga.

No comments: