Tuesday, March 29, 2016

Cabaran Nivea Cool Kick – 3X Dryness

NIVEA MEN sekali lagi mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan untuk mencabar para jejaka, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.

Direka untuk memenuhi keperluan setiap lelaki masa kini, cabaran ektsrem ini juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki NIVEA MEN masa kini. Di samping itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam melindungi diri daripada ancaman perpeluhan.   


“Cabaran 3X Dryness 2016 ini direka bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang menyeronokan, malah ia juga bertujuan untuk mengetengahkan satu permasalahan yang dikongsi oleh ramai lelaki, sekaligus turut menjejaskan keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. NIVEA MEN Cool Kick dengan inovasi canggih dengan kuasa kawalan peluh dan formula cool care berupaya untuk memberikan anda 3x kekeringan dan kedinginan maksima. Ini dapat membolehkan para jejaka kekal yakin dan selesa sepanjang hari walaupun ketika berada di dalam cuaca yang panas,” 
menurut  Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura di acara kemuncak Cabaran NIVEA MEN Cook Kick 3X Dryness.   

Cabaran ini menggambarkan keperibadian moden NIVEA MEN dan direka mengikut keperluan setiap lelaki. Permainan ini memerlukan dua pasukan dengan tiga orang ahli untuk menyerang pasukan lawan menggunakan bola yang mewakili ancaman yang paling utama di kalangan lelaki terutama sekali yang aktif – peluh – dengan menggunakan bola. Dry shield yang dibekalkan kepada setiap ahli pasukan berfungsi sebagai pelindung. Di akhir permainan ini, pasukan yang berjaya  mempertahankan diri mereka menggunakan dry shield secara efektif akan memenangi perlawanan tersebut.  

Cabaran 3X Dryness ini telah dibuka kepada para pengguna melalui penyertaan digital juga di gelanggang. Pengguna boleh menyahut cabaran tersebut secara digital melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia di www.apps.facebook.com/niveamendryshield di mana pengguna akan turut berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM90,000 bagi cabaran digital atau di tapak perlawanan. 

Acara perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.

Antara finalist - team Budget Good Good

Antara finalist - team Suka Suka Main

Permainan yang memerlukan kita beraksi tangkas dan cekap, dan mampu mempertahankan diri. Gaya seorang lelaki Nivea Men sejati!



Antara aksi daripada kumpulan Budget Good Good menentang Storm Jew!



Sebanyak 62 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas. Dan 4 pasukan teratas akan melengkapkan perjuangan mereka di Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama.  

Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran 3X Dryness melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Di samping itu, setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak NIVEA MEN dalam bentuk produk bernilai RM150.

Dan saya telah menyertai cabaran blogger. Dan kebetulan semasa cabut undian kumpulan, saya ditempatkan dalam semua ahlinya perempuan. Kihkihkih. Apapun gegirl always rock!!Kami juga berjaya mengatasi cabaran perlindungan 3xdryness ~main dodgeball, dan berjya menwaskan 2 team yang diwakili kaum lelaki :p

Oh ya! Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250. 

Tahniah kepada pasukan :-
Tempat Pertama : Storm Jew
Tempat Kedua : Suka Suka Main
Tempat Ketiga : Budget Good-Good

Ternyata anda semua jejaka yang hebat menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness tahun ini!

No comments: