Tuesday, March 8, 2016

Deadpool Memang Kelakar Giler!

Edaran: 20th Century Fox
Genre: Aksi, Komedi
Pengarah: Tim Miller
Bahasa: English
Tayangan Malaysia: 11 Februari 2016
Tempoh: 106 minit
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller
 "Deadpool " adaptasi dari komik Marvel ini mengisahkan seorang adiwira yang bernama Wade Wilson telah ditransformasikan menjadi Deadpool oleh Ajax (seorang saintis). Disebabkan transformasi berlaku terlalu cepat, menyebabkan emosi Wade ini seperti kanak-kanak dan kelakar.


Berbeza dengan Wade sebenarnya yang merupakan agen elit dalam pasukan khas yang dibantu bersama 2 pembantu mutan untuk menghapuskan sepasukan saintis gila dan jahat. Yang mana antara misi saintis jahat adalah untuk membunuh Wade itu sendiri.

Biarpun jalan cerita nampak agak serius tetapi sebenarnya sepanjang menonton filem ini, satu panggung memang tidak kering gusi, gelak berdekah-dekah dengan setiap keletah Deadpool yang sempoi dan kelakar. Sehinggakan saya turut merasakan watak teman wanita Wade yang juga seorang yang optimis dan bersahaja betul-betul membantuu menghidupkan jalan cerita filem ini.


Apa yang penting, kisah komik yang diadaptasi ke filem ini begitu menarik dari awal permulaan cerita, dengan pembukaan yang "happening" dan luar biasa. Serta klimaks di pertengahan dan penyudahnya yang juga memberi kepuasan. Dengan erti kata lain cerita yang tidak tergantung (seperti yang terdapat didalam banyak filem).

Saya juga teruja dengan kemunculan beberapa watak X-Men di dalam beberapa babak dalam filem. Namun begitu watak adiwira Deadpool dan kostumnya tetap menonjol dan menyerlah!

Diberi rating 18 tahun ke atas memandang filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Terlalu banyak perkataan yang agak "seram" bunyinya dan aksi yang melucukan dan luar dugaan mata tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.


Bagi mereka yang suka menonton dan memberi respon terhadap wayang ditonton, uolls bolehlah layari GRABIES




Selain daripada tiket wayang free, uolls boleh juga redeem pelabagai goodies yang menarik!

Nak join pun sangat senang, hanya sign in ataupun log ini bersama akauan facebook uolls.


Jemput join kaki wayang semua ya!!!  

#seeties
#grabies

3 comments:

Mama Zharfan said...

me tak tgk pun sbb baca review byk yg tulis filem ni tak sesuai utk kids

CikLily Putih said...

aku tak sempat lagi nak pt tengok wayang lah skrg nie busyyyyy

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- mmg tak sesuai...tapi utk org dewasa mmg kelakar

cik lily - jomlaaaaaaaaaaaaaaa