Thursday, March 24, 2016

Enchanteur Memberi Transformasi Hari Biasa Menjadi Detik Istimewa Yang Tiada Penghujungnya

Pernahkah kita jumpa orang yang penampilan sungguh bergaya, tetapi bila didekati ada bauan yang tidak disenangi. 

Bau masam..
Bau tengik..

Secara tidak langsung bau ini sebenarnya menjejaskan penampilan seseorang itu bukan?. Dari kelihatan menarik terus personalitinya jatuh dek kerana punyai bau badan yang kurang menyenangkan.

Untuk pengetahuan uolls, di antara deria manusia, deria bau adalah yang pertama untuk memberikan tindak balas terhadap persekitaran dan merupakan yang paling kuat serta sensitif. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Dalam kehidupan seharian yang sibuk dengan pelbagai cabaran dan serba digital ini, wangian dapat membantu seseorang individu menonjolkan diri dan mendapatkan perhatian.

Diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris, wangian ENCHANTEUR Paris dicipta khas buat setiap wanita muda, romantis dan elegan. Dihasilkan daripada seleksi wangian inspirasi Perancis yang terbaik, ENCHANTEUR Paris akan memberikan transformasi kepada hari biasa agar dipenuhi detik istimewa yang tiada penghujungnya. Wangian ini adalah kombinasi sempurna pesona romantis flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetus keyakinan diri serta merealisasikan mimpi seseorang wanita.

Sejak wangian mula ditemui, ianya digunakan setiap hari dan bukan hanya pada situasi istimewa sahaja. Wangian juga sebahagian daripada elemen penting di dalam rejim harian kecantikan diri kita. Ia bukan sahaja melengkapkan pakaian yang digayakan atau solekan.



ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza bagi melambangkan haruman memikat Mon Amie, Belle Amour, Adore dan Magique. Berlatarbelakangkan keindahan panorama kota Paris dengan Menara Eiffel yang ikonik, sekaligus menghidupkan gaya hidup dan pesona wanita bergaya.



Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam 4 jenis varian:


ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)

Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.


Sejak setahun yang lalu, ENCHANTEUR telah bekerja rapat bersama pakar wangian dari Perancis untuk menghasilkan wangian Edisi Terhad daripada ENCHANTEUR Paris – Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, bun yang dikenakan malah turut memberi ruang untuk mengekspresi personaliti diri si pemakai. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dengan sentuhan elegan dan menambahkan aura keyakinan diri mereka.

Buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka. Wangian edisi terhad ini amat sesuai dijadikan sebagai koleksi atau sebagai bingkisan istimewa buat insan tercinta. Ia boleh didapati dipasaran sementara stok masih ada.




ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.


 ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette 

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.



ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.

Pada sesi pengenalan produk Enchanteur, saya juga mempelajari bagaimana memilih wangian yang sesuai dengan cara kita berpakaian. Ini kerana jika kita menggayakan satu fesyen tertentu, dan memilih menggunakan haruman yang kena dengan personaliti kita pada hari tersebut, ianya sangat membantu menaikkan aura pesoana diri.

Menurut Ms Josephine Lui (President of  the Association of Image Consultants International-Malaysia) untuk produk Enchanteur, adalah digalakkan kita menggunakannya (menyembur) 15 minit sebelum kita keluar untuk melakuakn aktiviti. Ini bagi memastikan kita sudahpun berkeadaan sedia, dan haruman akan kekal lebih lama.

Banyak yang saya pelajari dari Ms Josephine Lui, dan saya paling terkesan personaliti pakaian yang digambarkan seperti di bawah. Ini mungkin ianya sangat rapat dan berkait dengan diri saya.
Ok, saya memang suka berDRAMA! Hahahahahah.
Kadang2, perkara kecil pun say aboleh jadikannya ianya satu isu yang besar. So drama queen, kihkih. Dan saya juga perasan, jenis penampilan saya juga adakalanya seperti ini. Lorekan, corak yang ekstrem pelik tapi pada pandangan mata tetap cantik.

Saya juga sukakan corak dan paten yang garang. Seperti corak kulit leapord, antara yang cantik bagi saya. Ms Josephine Lui juga menasihatkan agar tidak menggayakan fesyen ala kulit haiwan yang tidak mengunnakan warna asal binatang tersebut. Contohnya fesyen leapord tapi menggunakan warna pink, dan kuning. Sebab ianya akan kelihatan pelik.

So, jenis wangian Enchanteur yang sesuai dengan fesyen jenis ini adalah Paris Adore!!


Untk gaya ala-ala vintage, skirt potongan pensel lurus ataupun jenis memakai aksesori yang menonjol. Ini adalah gaya Whinsical, jadi haruman yang sesuai adalah Paris Magique!

Selain daripada perfum, Enchanteur juga ada mengeluarkan produk losyen wangian mengikut edisi varian yang dikeluarkan.

ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette pasti menyerlahkan kecantikan, kelembutan dan keayuan tersendiri bagi setiap wanita. 

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau layari laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

2 comments:

mummy_ayu said...

suka....wangiii...

AyuArjuna BiGoshh said...

ayu- murah pulak tu kan hihihi