Saturday, March 19, 2016

Isu Kesilapan Tag Harga | Peniaga Perlu Mengikut Harga Tawaran Tertera Di Tag Atau Harga Sebenar.

Pernah tidak kita alami situasi ketika shopping. Sedang syok membelek barang, lepas itu kita semak pada harga di tag barngan tersebut. Dan yang membuat kit abertambah teruja ~Harga yang ditawarkan memang berbaloi untuk dibeli!


Kita terus akan rasa seronok gila...
Sebab dapat jumpa barang yang terbaik dengan harga yang mampu milik :)

Lepas itu, kita terus bawa barang tersebut ke kaunter. Dan nak buat pembayaran. Tapi, malangnya bila tiba di kaunter.

Cashier memberitahu kita yang harga tertulis di tag itu salah. Kemungkinan besar pekerja mereka tersilap meletakkan tag harga tersebut. 
Dan katakanlah harga di tag tertera RM45, tetapi hakikat sebenarnya harga barangan yang kita nak beli itu adalah RM115. Jadi cashier hanya akan menerima harga asal iaitu RM115.

Sebagai pembeli, boleh tak kalau kita pertikaikan harga sepatutnya yang dibayar. Ini kerana secara terang-terangan harga di tag jualan berbeza dan jauh lebih murah.

Kita bertegas nak bayar harga di tag.
Dan cashier bertegas hanya akan menerima pembelian untuk harga sebenar produk tersebut.

Persoalannya, bolehkah cashier menolak permintaan pembeli dan hanya menerima pembelian mengikut harga sebenar?

JAWAPAN : YA

ALASAN : Ini kerana harga di tag sebenarnya adalah merujuk kepada "TAWARAN (OFFER)", dan ianya diklasifikasikan sebagai "invitation to treat".

Jadi, sebagai pembeli kita akan membawa barang yang kita berminat setelah setuju dengan pilihan termasuk harga yang dinyatakan ke kaunter pembayaran. Secara tidak langsung tingkah laku kita itu sebenarnya untuk membuat tawaran pembelian mengikut harga yang dihendaki (seperti tertera di tag). Dan ianya terpulang kepada cashier untuk menerima atau menolak tawaran untuk membeli dari kita.

Untuk pengetahuan semua invitation to treat ini kita sebenarnya adalah "invitation to make an offer". Atau dengan kata lain jemputan untuk membuat tawaran. Terdapat banyak kes-kes sivil yang pernah dibicarakan di mahkamah berhubung dengan kes yang seperti ini. Antaranya seperti :-

Advertisements (Partridge v Crittenden) are usually invitations to treat.
In this case, Partridge published a newspaper ad stating he had birds available for sale. He was charged under the Protection of Birds Act 1954 for offering to sell protected species of birds. The High Court stated the ad was not an offer to sell but an invitation to treat.

Goods displayed in a shop (Fisher v Bell) is also another example of invitation to treat.
In this case, a shopkeeper displayed a flick knife on his shop window. He was charged with offering a dangerous weapon for sale. The court decided that the display was only an invitation to treat, and not an offer to sell.


Dua kes ini merupakan kes terkenal satu masa dulu dan perbicaraan ini menjadi rujukan dalam bidang kehakimana di negara kita dan negara-negara lain.  Dan ingatlah!

An invitation to treat can not be accepted since it is merely an invitation for you to make an offer!

Hmmm.
Banyak rupanya undang-undang yang kita tidak tahu sebagai seorang pembeli. Nampak macam mudah tapi sebenarnya penting untuk kita ambil tahu hak kita sebagai seorang pembeli dan apakah had-hadnya. Melalui perkongsian ilmu di ASK LEGAL, ianya sangat membantu untuk kita ketahui dari sudut undang-undang kesan akibat tingkah laku/respon kita terhadap sesuatu isu.


Agar kita tidak membuat tindakan terburu-buru dan melulu.
Sebarang permasalahan dan konflik dengan urusan harian, pertikaian dan sebagainya menerusi kaca jendela undang-undang. Mohon baca ASK LEGAL ya!

5 comments:

Mama Zharfan said...

public should be aware and know their rights! useful and informative entry!

admin said...

Good to know about this. Selalu jadi macam ni tau

mama tisya said...

Pernh juga terkena mcm ni rupanya ada undang2 psl hak kita sbg pembeli juga..good sharing info

Daus Redscarz said...

Invitation to treat. Perghh strategi ! Ada sesetengah org kalau salah harga pun dorang malas nk tukar. Sbb dah penat2 shopping penat pilih sampai cashier salah pulak harga. Nak tak nak beli atau letak balik.

Merlyn Hasshim said...

di kanada ada scanning code of practise. kalau kita beli barang tapi masa kat cashier harga barang tu tak sama dgn display price, barang tu kita dapat free ( utk barang yg harga 10 dollar ke bawah sahaja). kalau harga barang tu lebih 10 dollar, let say harga 400 dollar, tapi kat cashier scan 450, dia akan reward 10 dollar dan kita akan bayar harga terendah, iaitu harga 400 dollar. yang ni pun tak ramai rakyat dia tau, kita kenalah beritahu kat cashier yg saya nak scanning code of practise, barulah cashier proceed. panjang lebor pulak penerangan mak shin chan ini.