Monday, March 14, 2016

Jom Bawa Anak-Anak Ke Discovery Explorers di Sunway Piramid

Bersempena dengan cuti sekolah kali ini, jangan lupa membawa anak-anak anda semua untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di Discovery Channel’s Discovery Explorers! di LG2 Blue Concourse Sunway Piramid bermula dari 11 March sehinggalah 20 March 2016. Terdapat 3 segmen aktiviti yang boleh disertai oleh anak-anak yang menghadiri.

1. Construction/Pembinaan
Yang menariknya anak-anak kita boleh bergambar dengan props yang sedia ada di sini.

Dan juga merasai sendiri, bagaimana tugas mereka yang berada di dalam bidang ini. Perlukan kemahiran dan ketekunan dalam diri,

2. Sains
Pelbagai aktiviti kanak-kanak boleh cuba berkaitan sains. Yang mana aktiviti disini boleh menguji kanak-kanak yang bermain di sini.


Ada kostum yang boleh digayakan di sini.

Pengujian daya ketelitian dan kesabaran yang tinggi adalah penting ketika mempelajari sains.

3. Animal Planet
Bergambar di sini! Banyak props kehidupan haiwan menarik ada disediakan.

Boleh juga mencuba permainan 3D dengan memuat turun apps (permainan games online yang boleh didapatkan di tempat pameran).

Dan sebenarnya di setiap seksyen yang kita beraktiviti, akan diberikan 1 cop dan apabila lengkap 3 cop, kita boleh redeem hadiah di kaunter penebusan hadiah.

Dan bagi mereka yang sudah LIKE pade facebook page Astro Life, boleh juga mencuba nasib dengan membuat putaran untuk mendapatkan hadiah misteri di sini.

Untuk perhatian buat ibu-bapa semua, di Sunway Piramid terdapat pelbagai aktiviti menarik di concourse yang berbeza, cikedaut:
10-13 March: Horlicks NutriQuest @ Orange Concourse
11-20 March: Discovery Channel’s Discovery Explorers @ Blue Concourse
18-20 March: The Kinder Wonderland @ Orange Concourse

2 comments:

-iLLa- said...

ok kak..nanti nak bawakla kanak2 ni..

AyuArjuna BiGoshh said...

illa- ok set :)