Monday, March 21, 2016

Kempen Bersarapan Dengan Dutch Lady

Sarapan sememangnya penting. Walaupun kita sedia maklum tentang kepentingan dan kebaikan bersarapan, tapi masih ada segelingtir dari kita yang tidak mengambil sarapan. Saya sendiri adakalanya menolak mengambil sarapan. Mungkin juga tabiat hidup yang sekian lama tidak suka mengambil sarapan ataupun sebenarnya lebih kepada kekangan masa yang menyebabkan saya sukar untuk bersarapan.

Namun apabila saya telah mempunyai anak dan kini sudah ada 6 ramainya. Saya perlu bangkit dan memikirkan implikasinya jika mereka juga mempunyai tabiat seperti saya yang tidak suka bersarapan. 

Peluang untuk meghadiri ke acara yang dianjurkan oleh pihak Dutch Lady mengenai Kempen Bersarapan membuka minda sekaligus memberikan saya banyak ilmu tentang kebaikan, tips dan idea-idea sarapan yang boleh menarik anak-anak dan kita sendiri untuk menikmatinya setiap pagi.
Di acara Kempen Bersarapan Bersama Dutch Lady, majlis dibuka dengan kata-kata aluan dari Ms Jo-Ann Jayasiri, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Malaysia.

Sesi diskusi dan perkongsian bersama Professor Dr. Poh Bee Koon dan Duta Dutch Lady Aaron Aziz dan isteri Diyana Halik.

Aaron dan Diyana banyak berkongsi tentang rutin sarapan yang diamalkan oleh mereka. Apa yang menarik Aaron mahupun Diyana sangat menekankan tentang peranan ibu bapa untuk menarik minat anak-anak untuk bersarapan sama. Ini kerana ibu bapa adalah model terbaik buat anak-anak.

Sedikit informasi yang sangat menarik perhatian saya oleh Professor Dr. Poh Bee Koon. Menurut Profesor pengambilan susu semasa sarapan sangat penting. Tapi sekiranya kita tidak suka susu, sebenarnya kita boleh dapatkan khasiat kalsium dari...

- 1 gelas air susu bersamaan dengan 2 gelas ikan bilis.
- 1 gelas air susu bersamaan dengan 2 keping keju.
- sayur bayam  tulang ikan, ikan bilis, tulang ayam dan banyak lagi. Tetapi semuanya perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.

* Dan perlu tahu ya mereka yang tidak mengambil sarapan sebenarnya boleh menyebabkan obsesiti. (saya akan diskus pernyataan ini di entri yang berlainan)

Pelancaran Kempen Bersarapan Dengan Dutch Lady!!

Saya juga dapat mempelajari dari idea menu sarapan yang didemontsrasi khas oleh Aaron Aziz dan Diyana Halik.

Memang gamat suasana dewan melihat gelagat pasangan sweet ini. Hahahahaha.
Apa yang saya belajar, sebenarnya bukanlah perkara yang sukar untuk menyediakan sarapan. Janji kita kena rajin dan ada sedikit usaha untuk menyediakan sarapan setiap pagi.

Saya juga berpeluang mempelajari membuat smoothies yang enak menggunakan susu Dutch lady :)

Setelah puas menyaksikan demo dari Aaron dan Diyana, kini kami para media berpeluang untuk mencuba sendiri 2 menu tersebut.

Resepi pertama : Crepe Suzette

Ini adalah bahan yang diperlukan ~tepung gandum, susu, butter, telur dan hirisan oren (jika mahu)

Masukkan semua bahan. Bancuh.

Siap! Tak sampai 2 minit pun uolls. Mudah dan praktikal.

Kami juga berpeluang mencuba sendiri smotthies mengikut kesukaan kita.

Tapi kalau uolls takde idea macam mana nak buat smoothies. Ini adalah contoh smothies yang uolls boleh cuba ya!

Sedap dan jimat.

Tak sangka smoothies yang sedap ini boleh saya hasilkan sendiri. Jika selama ini saya suka dapatkannya di cafe terkemuka. Kini tidak perlu lagi :=)

Buat sendiri. mudah sahaja rupanya!
Jimat dan mengikut citarasa kita..


Best!

Jom bersarapan dengan Dutch Lady!

No comments: