Saturday, March 19, 2016

Kinder Wonderland @ Sunway Pyramid

 Hollla!!!!
Nak inform kat uollls semua, kalau berkesempatan jangan lupa terjah Kinder Wonderland di Sunway Piramid. 
Sedikit info acara :-

Tqrikh: 18 March 2016 - 20 March 2016
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid

 Terdapat pelbagai booth yyang menarik buat anak-anak kita bermain dan sertai. Contohnya di sini, saya dan anak mengambil gambar di photobooth dan kami diberikan sekeping gambar percuma untuk dibawa pulang :-)

Bertemu dan bergambar dengan maskot Kinder Bueno yang sangat comel!

Oh ya, sebelum kita nak main segala aktiviti di Kinder Wonderland, kita perlu daftar dulu kaunter pendaftaran untuk dapatkan cop kebenaran bermain. Pada yang mendaftar juga akan diberikan satu kad cabutan bertuah bagi meneka jumlah maskot Kinder Bueno dan berpulang memenangi hadiah yang menarik.

Terdapat 7 booth yang menarik.

1. Mencari bola misteri.

Menguji kesabaran kanak-kanak untuk mencari bola perak didalam timbunan bola yang banyak. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, yang mana menguji pengenalan warna dan daya berfikir.

2. Beraktiviti mewarna dan membuat tiara cantik.
 Booth ini menjadi tumpuan kanak-kanak perempuan khasnya. Di mana mereka akan membuat tiara mengikut kreativiti sendiri menggunakan bahan yang telah disediakan. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mewarna karektor kinder buenos mengikut warna yang mereka gemari.

3.  Laser Escape Challenge 

 Didalam bilik ini terdapat ala-ala garisan pintas yang mana ibubapa boleh membantu anak mereka melepas setiap halangan didalamnya. Cabaran yang menarik, boleh mengajak ibubapa  untuk lebih berkomunikasi dengan anak mereka.

4. Hammer Throw
Kanak-kanak perlu melemparkan hammer mengikut kawasan sasaran tertentu,

 Teliti dan fokus adalah penting dalam permainan ini :)

5. Escape The Dark Forest
 Taman nini kanak-kanak yang banyak halangan ditempuhi.

 Permainan ini mengajar anak-anak untuk berkeyakinan diri dan berdikari.

6. Royal Makeover
 Untuk kanak-kank perempuan mereka pasti sukakan booth ini. Disini kanak-kanak akan memilih untuk menata rias kuku ataupun memasang sticker (tatoo) yang boleh ditanggal.

 Dan my Amani telah memilih untuk mengecat kuku....Hahahah OMG!!
Janji dia gembira mak dier pun layan jer :p

7. Wall Tower!!!
Acara climbing ini memang menjadi kesukaan anak-anak lelaki saya. Sebab mereka memang jenis sukakan sukan lasak. Bila berpeluang menguji ketahanan fizikal dan mental dengan memanjat tembok tinggi ini. Saya memang beri green light.


Tidak padan dengan kecik my Afiq ni hehehe. Pantas macam lipas kudung memanjat. Apa yang saya perhatikan permainan ini mampu menguji daya juang seorang kanak-kanak untuk mencapai paling tertinggi (aim) apa yang die kehendaki dalam hidup.

 Lihat sahaja pada Akid, yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tapi kesungguhan beliau untuk merealisasikan impian,misi tetap diteruskan. Sekaligus mengajar kanak-kanak untuk tidak berputus asa.

 Setiap impian, pasti ada cabaran. Kita kena hadapi dengan tenang dan sabar.

 Apa yang penting perlu menjadi berani dan percaya pada kebolehan diri. Nescaya, semua sifat-sifat yang baik mengiringi dan pasti segala kesukaran dapat diatasi seklaigus kita berjaya capai apa yang diingini.


Dan jangan lupa untuk isi kupun cabutan bertuah. Kira maskot Kinder Bueno,  masukkan butiran diri dan hantar di kotak yang disediakan. Seramai 3 pemenang di cari sepanjang 3 hari acara berlangsung. 

Tiada apa yang lebih gembira, 
bila dapat menghabiskan masa bersama,
dengan anak-anak tercinta,
melakukan aktiviti berfaedah yang banyak manfaatnya!

Jangan lupa ke  Kinder Wonderland @ Sunway Pyramid, kalau ada masa :p

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Lama dah tak ke sunway piramid...cuti sek xd berjalan mana sgt...

AyuArjuna BiGoshh said...

chekgu- tapi ramai sgt org ..sbb cuti sekolah kan huhuhu