Monday, March 28, 2016

MILO Breakfast Movement 2016



Mengambil sarapan setiap pagi memang sangat penting. Selain daripada dapat memberi tenaga, sarapan juga sangat membantu untuk kita lebih fokus terhadap kerja dan aktiviti sepanjang hari. Pengambilan menu sarapan yang seimbang juga memainkan peranan dalam memastikan keperluan tenaga kita cukup untuk melakukan aktiviti di permulaan hari.

Atas kesedaran kepentingan pengambilan sarapan. MILO telah melancarkan Kempen Bersarapan setiap tahun. Dan untuk tahun 2016, MILO telah menganjurkan MILO Breakfast Day di 7 lokasi yang terpilih. Sepanjang acara di MILO Breakfast Day , pelbagai aktiviti telah dianjurkan dan yang paling best MILO juga menyediakan sarapan percuma kepada semua pengunjung yang hadir *terhad untuk 1500 yang pertama.

Saya juga berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran kempen ini baru-baru ini. Apa yang menarik selain daripada mengetahui perkembangan tentang kepempen terbaru. Saya juga mendapat beberapa tips dan ilmu berguna tentang pemakanan dan tabiat kanak-kanak masyarakat Malaysia hari ini terutama berkaitan dengan isu bersarapan.
Pembukaan majlis oleh Cik Philomena Tan (Business Executive Manager of MILO, Business Unit in Nestle (Malaysia) Berhad).


Saya suka untuk berkongsi beberapa input yang saya rasa begitu penting untuk kita semua ketahui, tentang "80% tenaga akan hilang semasa kita tidur". Dan kita perlu mendapatkan balik kehilangan tenaga itu menerusi sarapan yang perlu diambil setiap hari. Isu mengenai ini telah dibincangkan secara berkesan oleh Cik Cher Siew Wei (Corporate Wellness Manager, Nestle (Malaysia) Berhad)


Seterusnya saya juga berpeluang mendapatkan beberapa input menarik dari Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamed yang telah menjalankan penyelidikan tentang "Tabiat Bersarapan di Kalangan Kanak-kanak di Malaysia".







Hasil daripada penyelidikan Prof., didapati masih terdapat ramai lagi kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan waktu pagi. **Dianggarkan 1 dari 4 kanak-kanak di Malaysia tidak bersarapan sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. Ini juga mungkin disebabkan oleh tiada sokongan daripada ibu-bapa mereka sendiri. Selain daripada kekangan masa, faktor ibu-bapa yang juga tidak mengambil sarapan juga sangat mempengaruhi kehidupan anak mereka.

Kesannya, anak menjadi tidak aktif, letih dan tidak fokus di sekolah. Dan jika tidak bersarapan ianya boleh  menyebabkan kita akan mengambil makanan secara berlebihan pada waktu makan tengahari. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh mendorong kita menjadi obesiti. Jadi adalah disarankan untuk kita semua mengambil sarapan dan apabila makan tengahari kita boleh makan mengikut sukatan yang perlu sahaja tanpa perlu mengambil makanan secara berlebihan.

Seorang ibu dan pemain bowling negara, Puan Shalin Zulkifli turut berkongsi tips dan cerita peranan beliau sebagai ibu dalam memastikan anaknya mendapat secukup khasiat setiap hari melalui pengambilan sarapan.

Sebagai pengeluar produk energi bijirin terkemuka, MILO sekali lagi menganjurkan kempen Malaysia Breakfast Day yang bermula di Melaka (27 March 2016), Pahang (10 April 2016), Kota Kinabalu Sabah (17 April 2016), Johor Bahru (23 April 2016), Penang (15 Mei 2016), Kuching Sarawak (22 Mei 2016) dan Dataran Putrajaya (29 Mei 2016). Jangan lupa sertai ya uolll nanti!!

Saya dan rakan media lain juga telah menyertai Cabaran Menyediakan Sarapan yang diadili olef Chef Nik Imran.

Dan inilah hasilnya :=)

Roti wholemeal, asparagus dan telur omelette. Simple tetapi sedap!!!

Jom Breakfast bersama MILO untuk tenaga sepanjang hari!

Keterangan lanjut www.milo.com.my/breakfast!

4 comments:

mummy_ayu said...

seronoknya.. Ayu dpt gak invitation ni... tapi last minit tak dpt join.. :-(

AyuArjuna BiGoshh said...

mummy ayu- best event ni sbb info perkongsian dier byk betul :)

YieN said...

Kite dah say bye2 kat milo lama dah, amek tamar cocoa pulak, hehe~

AyuArjuna BiGoshh said...

tien -tAmar cocoa sedap tak??